Friday, March 30, 2012

Nostalgia Bulatan Gembira


Assalamualaikum wbt

 “Salam Ain, hujung minggu ni free tak? Jom buat bulatan gembira!” Sahabiah

“Free je. Bereh2!” Ain

Itulah sms yang sering saya tunggu-tunggukan, bulatan gembira di hujung minggu. Bulatan gembira santai je, tapi itulah satu-satunya pertemuan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Saya kenal bulatan gembira time skolah lagi. Tapi tipulah kalau kate ada bulatan gembira kat skolah Convent kan (tapi tak mustahil, suatu hari nanti). Sebenarnya, saya kenal bulatan gembira melalui satu rancangan di TV3 iaitu dalam Drama Dunia Baru. Di mana, ‘Madihah’ sering menghadiri bulatan gembira semasa dia belajar di Universiti. ^^,

Bagi saya bulatan gembira penting sebab dengannya saya boleh berkongsi rasa, meluah kata dan melukis cerita. Malah bulatan gembira dapat memberi impak yang sangat besar pada pemakaian, pertuturan, akhlak dan pergaulan saya (tak banyak sedikit). Siapa yang tak nak berubah menjadi yang lebih baik? Jadi saya tak nak rugikan dan sia-siakan masa hidup saya yang singkat ini. Anda?

Tahu tak, bulatan gembira adalah agen pembaharuan dan perpaduan yang sangat berkesan. Ya, matlamat yang jelas dengan kaedah mudah yang kembali kepada Islam, mampu untuk merealisasikannya. Lagipun apa yang dibincangkan dalam bulatan gembira semuanya berkisarkan tentang kehidupan dan cara hidup yang unggul. Jadi marilah kita kejar skuad bulatan gembira ini untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda.


Dari bulatan gembiralah saya kenal fungsi jaket labuh atau sweater yang slalu dipakai oleh muslimah. (tak nak bagi tudung terbang2 waktu naik motor)



Dari bulatan gembira jugalah saya kenal baju tshirt labuh. First time pakai, pinjam baju adik sampai sekarang, suka amek baju dia. hikhikhik



Tudung inilah yang merubah penampilan saya dari berselimpang kepada lebih sopan. Ayu gitu.



Sarung kaki dan sarung tangan ni dah lama saya pakai, sejak skolah lagi, tapi on off. Sekarang ia satu keperluan. Nak beli, tekan di SINI.

dan macam-macam lagi yang saya dapat daripada bulatan gembira. Marilah kawan-kawan, kita join bulatan gembira. Ce cuba skali, pasti datang lagi.. ^^,

3 comments:

Misz J said...

Suker3...kak jina pinjam term bulatan gembira nih keh...tqqq

kiwi said...

kiwi pon dah mula sertai bulatan gembira ni..hihi ^^

no_helmi87 said...

AKUM ...mmg berminat nak hadirkan diri tp still xtau lg dari mana nk mula...harap blh bantu

Post a Comment