Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Delicious nyum2~



Salam Mahabbah.
Saya ada jual pelbagai jenis kerepek untuk persiapan RAYA akan datang.
Setiapnya bungkusan 500g/paket.
Harga murah je seperti di bawah ni.
Sesapa berminat bolehla pm or contact no 0193703764.
Penghantaran percuma sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Bangi dan Kajang.

UBI MASIN - RM5.50
UBI PEDAS KERING - RM6.50 (RECOMMENDED)
UBI BBQ - RM6.50
JEJARI UDANG - RM6.00
UBI PEDAS BASAH - RM6.50 (RECOMMENDED)
JEJARI UBI - RM5.50 (RECOMMENDED)
BAWANG - RM6.00
JEJARI BILIS - RM6.00
KEROPOK KACANG DAL - RM4.50 (RECOMMENDED)
MARUKU - RM6.00
KACANG SHUNDONG - RM6.80
UBI LADA HITAM - RM6.50

*Sape tak suka pedas, ada banyak pilihan untuk tak pedas, rangup dan lazat!
Semuanya sedap2 belaka~

Sunday, February 26, 2012

Pembukaan e-store Basyirah (Blogshop saya)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ini 26 Februari 2012 lahirlah blogshop saya yang bernama e-store Basyirah. Anda boleh lawatinya di SINI. Khas buat pembaca setia Muhasabah Cintaku, e-store Basyirah boleh dijadikan sebagai salah satu 'one stop center' bagi mereka yang inginkan barangan muslimah dan buku2 pemacu minda. Pelbagai produk yang ada antaranya:

Handsocks
Pin kayu comel
Buku2 daripada terbitan Jundi Resources 
Beg sandang tepi *Coming soon*
Stokin / sarung kaki  *Coming soon*
Tudung labuh  *Coming soon*
Jubah  *Coming soon*

dan pelbagai lagi buku2 pencerahan Islam buat anda. Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja di e-store Basyirah untuk agama Islam tercinta.

♥ Pray hard for my success dearest people~  ♥

Wednesday, February 22, 2012

Lebarkan sayap

Assalamualaikum wbt..
Ok hari ni post lebih kepada Ekonomi. huwhuwhuw~
InsyaAllah saya akan mengembangkan sayap
Dengan satu lagi perniagaan baru.
Perniagaan online. *Wink2*


Namanya ialah e-store Basyirah
Kini blog perniagaan saya sedang dalam pembinaan.
InsyaAllah akan siap hujung minggu ni.
Nantikannya *Jeng Jeng Jeng*


Saya sangat mengharapkan komen yang membina daripada sahabat2.
Pray for me! *begging*

Seronok ada Nuffnang dan Churp Churp ni

nuffnang
churp2


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur atas hadrat illahi. Saya sentiasa bermimpikan untuk kaya. Tiba2 ada sahabiah ni ajak join Churp2 & Nuffnang ni. Memang seronok, dapat duit sape tak seronok. huhu Pernah lepas satu 'Bengkel Keusahawanan' yang saya hadiri, saya dapat bina jaringan kengkawan yang sama impian. Lalu kami berikan nama kumpulan kami dengan nama yang penuh motivasi tinggi, 'Geng Nak Kaya!'. huhu Macam2 perkongsian perniagaan kami lakukan bersama. Alhamdulillah, kini hampir 3 bulan kumpulan ini dapat bergerak bersama dengan KAYA. huwhuwhuw~

Matlamat asal penubuhan kumpulan ni memang semata2 nak kaya untuk bantu orang lain. Ye, kami bukan tamak haloba ye. Malu dengan taraf pendidikan, saya fikirkan perniagaan adalah sesuatu yang lebih menguntungkan daripada terus bermuram durja memikirkan cara nak naikkan pointer. Dengan perniagaanlah saya jumpa ramai orang dan merekalah yang mengajar saya tentang kejayaan. *Terharu~*

Ok sekarang nak cerita tentang Churp2 & Nuffnang yang juga merupakan sebahagian daripada proses nak KAYA! huwhuwhuw~ Churp2 & Nuffnang ni adalah satu medium untuk seseorang mendapat duit dengan hanya mengiklankan Churp2 & Nuffnang. Caranya letakkan iklan Churp2 & Nuffnang di facebook, twitter, blog atau apa sahaja medium berunsurkan internet yang boleh diakses sesiapa je untuk baca. Mudahkan? Cuma sakit sketla kalau nak join Churp2 & Nuffnang tapi tak de internet. huhu Sesape je boleh join Churp2 & Nuffnang. Yang penting perlu ada facebook atau twitter. Kalau ada dua2 pun boleh, ada blog lebih boleh. Nak daftar Churp2 & Nuffnang pun mudah. Ok meh nak ajar.

Pertama skali, buka website untuk daftar kat SINI. Boleh guna akaun FB atau Twitter untuk 'Sign in'. Isi butir-butir yang diminta. Sesudah itu, korang ke Settings dan lengkapkan maklumat di situ untuk pemberian cek apabila hasil anda melebihi RM100.

Kemudian ke Rewards untuk teruskan proses pengiklanan. Korang bolehlah iklankan di FB, Twitter, blog, YM dan lain2. Tapi korang jangan wat spam pulak. Baca "Do's & Dont's" ye. Setiap klik di iklan tu akan mendapat 20sen-40sen atau bergantung pada jenis iklan dan rewards yang ditunjukkan. Kat situ juga kita boleh tengok hasil pendapatan yang korang perolehi. Selamat mencuba~

Alamak, penat lak nak terangkan. huhu Ok untuk Nuffnang, pun senang je. Korang tgk jela kat SINI. Senangkan? *Macam iklan Soflan tu*

P/s: Ada sape2 nak masuk 'Geng Nak KAYA'?

Friday, June 11, 2010

RMK 10


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. Ketika membentangkan RMKe-10 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos rendah untuk berdaya saing memandangkan arus globalisasi dan liberalisasi mewujudkan persaingan sengit dengan negara seperti China, India, Brazil, Rusia malah negara jiran.

eras pertama, kata Najib ialah menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Kedua ialah dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi manakala teras ketiga dengan menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Teras keempat dan kelima ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
RMKe-10 bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial", memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun berkenaan.

Dalam pembentangan yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit itu, Najib berkata bagi mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, RMKe-10 digagaskan daripada 10 idea, antaranya memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Selain itu ialah dengan menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi, memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul serta menjadikan kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata RMKe-10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan.

Dalam rancangan itu, beliau berkata Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasar untuk meningkat kepada RM38,850 atau US$12,140 pada tahun 2015.

"Ini memerlukan KDNK sebenar berkembang pada kadar enam peratus setahun. Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICTm bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan," katanya.

Najib berkata dalam RMK-10, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap.

Dalam pada itu, katanya peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 21.8 peratus dalam RMKe-9.

"Tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka ke arah memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan usaha menggalakkan sektor swasta untuk turut serta melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan kemahiran.

"Menyokong hasrat ini, kerajaan akan menyumbar pelaksanaan perolehan perkhidmatan kepada sektor swasta. Maksudnya sektor swasta akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran pada kos yang kompetitif," katanya.

Perdana Menteri berkata RMKe-10 juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan Bumiputera merupakan bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan itu.

Katanya sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan.

"Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.

"Di atas segalanya, saya memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing," katanya.

Selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada NKEA "Greater Kuala Lumpur", beliau berkata kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega "Mass Rapid Transit" berkapasiti tinggi.

Beliau percaya projek itu adalah satu lagi ikon kepada ibu negara Malaysia dan akan memberi impak yang meluas dan meliputi rangkaian perniagaan berkaitan.

"Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini," katanya.

Perdana Menteri berkata agenda pembangunan Bumiputera akan terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dengan pengagihan dalam rancangan berkenaan.

Najib berkata mulai RMKe-10, pelaksanaan program dan projek secara pelan berpusingan akan diperkenalkan.

Melalui pendekatan itu, beliau berkata peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012.
Beliau berkata pendekatan itu membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global.

"Senarai terperinci program dan projek bagi pelan pusingan pertama ini akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. Bagi melaksanakan program pembangunan RMK-10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

"Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus kepada sektor pentadbiran am," katanya.

Dengan merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata rakyat negara ini bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

"Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

"Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

"Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensina bagi mencapai kejayaan," katanya. - Bernama

Monday, May 31, 2010

Berita terbaru HPA *must read!

Produk HPA yang telah diberhentikan pengeluarannya. Harap Maklum.




Restoran Radix Chicken House (RCH) di Kota Bharu, Kelantan

Restoran Radix Chicken House (RCH) yang baru dibuka pada Februari lalu ialah di Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah cawangan RCH yang ke 5 selepas Arau, Kangar, Alor Setar dan Kluang.

Alamat RCH Kota Bharu:

MK3-068, TINGKAT 3 KOTA BHARU TRADE CENTRE,
JALAN BULUH KUBU,
15000 KOTA BHARU,
KELANTAN

NO TEL: 097479145 (EN MOHD RIZAKI)






klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

SEDAPNYE!!!

Thursday, October 15, 2009

Nak bersedekah tapi tiada wang?

Salam kesyukuran ke hadrat illahi.
Assalamualaikum wbt..
DNA - Dengan Nama Allah


Selalunya dah hujung-hujung sem ini, ramai yang tidak berduit tapi masih lagi tidak mahu meninggalkan ibadah mulia yang mudah, semudah bersedekah. Namun bagaimanakah caranya untuk bersedekah bagi mereka yang tidak berduit ini?



"Untunglah orang kaya, kerana mereka mempunyai wang, harta dan kekayaan kerana boleh bersedekah dengan mudah. Kami yang tiada wang, harta dan kekayaan, tidak boleh bersedekah." ngomel Si Miskin.

"Bukan orang kaya sahaja yang boleh bersedekah, orang miskin, papa kedana dan yang muflis juga boleh bersedekah. Malah lebih mudah daripada orang kaya." Jawab Si Bijaksana.

"Tapi bagaimana caranya. Ajarkanlah agar kami juga dapat merasai kenikmatan bersedekah." tanya Si Miskin.

"Salah satunya ialah dengan senyuman... =D" jelas Si Bijaksana.



Jadi sahabat-sahabat sekalian, bersedekah ini adalah amalan yang paling mulia dan sangat mudah. Dengan satu senyuman sahaja kita boleh mendapat pahala bersedekah. Mudahkan? Selain itu, perkara-perkara lain yang dapat dilakukan oleh mereka yang kurang berkemampuan adalah :

  • Bertasbih, bertahmid dan tahlil
  • Melakukan amar makruf nahi mungkar
  • Buang duri atau batu yang menghalang perjalanan orang
  • Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat
  • Melakukan perbuatan baik
  • Sedekah sahaja apa sahaja yang ada pada kita kepada yang memerlukannya
Selamat bersedekah!
~ngee =D

Saturday, May 9, 2009

Krisis Ekonomi Global

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻡ ﻮﺑﺭﻜﺍﺘﻪ ﺍﷲ ﻮﺮﺤﻤﺔ


Krisis ekonomi dunia kini kian meruncing. Biasalah tu, ekonomi ni akan turun naik turun naik, ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah. Jadi terpulanglah kepada kita samada bersedia atau tidak dengan persiapan-persiapan menghadapi krisis global ini. Pelbagai tanggapan dan pandangan pakar ekonomi dunia meramal dan terus meramal. Namun segalanya terletak pada kekuasaan ALLAH SWT. Kita sebagai umat Islam seharusnya peka terhadap keadaan semasa kita, tidak kira di dalam atau di luar negara. Penting untuk kita mengetahui, meneliti, merancang dan bertindak agar kita tidak di pandang rendah.

Setelah diketahui apabila George W. Bush akan meletakkan jawatan pada akhir tahun lepas dan menggantikan jawatan beliau dengan Barack Hussien Obama, ekonomi dunia telah mula menampakkan kemerunduman dan berlaku penyusutan yang mendadak pada harga petroleum dunia. Dahulu kita dikejutkan dengan harga petroleum dunia mencecah 140++ Dolar America setong, tetapi kini harga petroleum dunia boleh didapati dalam lingkungan hanya 80++ Dolar America setong. Jelas memperlihatkan bahawa krisis ekonomi dunia ini sangat serius. Tambahan pula, banyak syarikat-syarikat besar termasuk syarikat gergasi Jepun yang mana pekerjanya terdiri daripada hampir 2/3 rakyat Jepun terpaksa mengambil inisiatif yang dratik dengan membuang sejumlah besar pekerja bagi menampung kejatuhan ekonomi Barat. Negara kita sedikit sebanyak menerima impak dengan jumlah penganggur semakin bertambah hari demi hari.

Jadi bagaimanakah persediaan kita, umat Islam khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi dunia ini?? Pertama, bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menggenggam segulung sijil tamat belajar, adalah lebih baik untuk mereka menyambung pelajaran mereka dalam bidang yang lebih tinggi. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sepenuhnya di dada sementara menunggu keadaan ekonomi kembali pulih dalam jangka masa selama 5tahun lagi. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam ini, pelajar Islam akan mudah mendapatkan pekerjaan setimpal dengan kelulusan yang ada. Selain itu, umat Islam harus bijak berbelanja dan menguruskan keperluan harian. Tidak melakukan pembaziran dan tidak membeli barangan yang tidak berfaedah seperti membelanjakan duit dengan unsur-unsur hiburan dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan. Seelok-eloknya membelanjakan duit yang ada untuk benda-benda yang penting dan membantu menjana ekonomi ummah (HPA!!). Di samping itu, kita dapat memelihara diri dan keluarga kita terhindar daripada barang-barangan haram. Mencari yang halal itu fardhu dan dituntut dalam Islam!

Oleh itu wahai sahabat-sahabat semua, ayuhlah buka minda untuk sama-sama berubah agar kita tidak tenggelam sebagaimana tenggelamnya ekonomi dunia kini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang wajib untuk difikirkan bersama dalam merubah presepsi dan tanggapan orang bahawa umat Islam lemah, mundur dan tidak berfikiran kritis dan kreatif dalam menghadapi krisis ekonomi global.


Wassalam...