Showing posts with label Kepimpinan dan MPP. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan dan MPP. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Wakaf Quran UiTM


 

Keinginan untuk terus berbakti di UiTM Shah Alam telah menghasilkan cetusan idea bagi menjalankan program Wakaf Q Ramadhan 1434H dalam membantu mengimarahkan lagi masjid dan surau-surau kolej di UiTM Shah Alam. Namun, program ini tidak dapat dijayakan dengan sendiri. Oleh itu, program ini memerlukan kerjasama yang baik dengan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU), dan MPP Kerohanian sesi 2012/2013 UiTM Shah Alam. Justeru itu, program ini diharap dapat memberi impak yang besar dalam permulaan bulan Ramadhan 1434H dalam usaha memartabatkan Al-Quran dan mengamalkan ayat-ayat suci tersebut.

Keunikan program wakaf quran ini adalah ia lengkap dengan sistem penomboran pada muka depan quran bagi memudahkan pewakaf menjejaki al-quran yang telah diwakafkan atas nama mereka.
  
  1. Program Wakaf Quran semperna bulan Ramadhan 1434H di UiTM Shah Alam anjuran Aifa Baraqah Enterprise dengan kerjasama MPP UiTM Shah Alam sesi 2012/2013
  2. Quran wakaf akan ditempatkan di Masjid dan surau-surau kolej dan fakulti UiTM Shah Alam dan akan digunakan sewaktu Tadarus Al-Quran dalam program Ihya Ramadhan kelak.
  3. Quran yang digunakan adalah tafsir quran yang mempunyai terjemahan agar pembaca memahami isi kandungan ayat suci quran. Juga terdapat dalam pelbagai variasi warna dan ditampilkan dengan saiz yang kecil, mudah dipegang.


Semoga usaha murni untuk menggalakkan lagi amalan sedekah/wakaf di kalangan warga UiTM Shah Alam ini memperoleh manfaat buat segenap warga kampus dan sekaligus dapat mengimarahkan lagi masjid dan surau-surau di UiTM Shah Alam.

Tafsir quran yang akan digunakan untuk program Wakaf Q Ramadhan 1434H.
Hanya dengan RM 35 senaskah, seorang - 3 orang nama boleh diwakafkan.


Mission
  • Menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan warga UiTM Shah Alam.
  • Mendidik warga UiTM Shah Alam membaca dan menghayati Al-Quran.
  • Mengimarahkan masjid dengan aktiviti tadarus Al-Quran.

Company Overview



Berminat untuk berwakaf?

Caranya mudah sahaja:
1. klik page WAKAFQURANUITM
2. klik like & pm (nama, nama pewakaf, cara bayaran: tunai/deposit tunai/internet perbankan)
Bank Islam (BIMB) Aifa Baraqah Enterprise
12-092-01-003853-9
3. emailkan bukti pembayaran ke aifabaraqah@gmail.com

~Semoga dengan amalan wakaf ini diredhai Allah dan bermanfaat buat semua~

Thursday, November 18, 2010

Takwa


Allah SWT telah banyak mengingatkan hamba-Nya akan Taqwa. Terdapat satu ayat yang benar-benar menghembuskan tiupan kesedaran kepada sesiapa sahaja yang masih mempunyai mata hati untuk merenungnya. Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al-Hasyr: 18)

Ayat ini khusus ditujukan hanya untuk orang-orang beriman, dimana Allah memerintahkan agar kita takut kepada-Nya dan memikirkan tentang apa yang akan dilakukan pada hari esok dan masa akan datang. Hal ini sangat penting bagi seorang muslim yang beriman, sehingga dia tidak akan membiarkan masanya berlalu begitu sahaja, apatah lagi mengisinya dengan perbuatan yang memaksiati Allah SWT, na’udzubillah min dzalik.

Oleh itu, mari kita lihat perjalanan hidup manusia. Cuba kita bayangkan bahawa kehidupan ini berjalan bagaikan satu garis yang lurus, panjang, dan tidak terputus-putus, yakni tidak berpenghujung. Garis yang sangat panjang itu dibahagikan menjadi 3 bahagian. Bahagian yang paling kecil itu berada di tengah-tengah garisan, malah ianya hanyalah sebesar titik kecil. Garis sebelumnya itu adalah garisan yang sangat panjang yang kita tidak tahu dimanakah permulaan garisan itu. Garisan yang dibahagian terakhir itu adalah garisan yang begitu panjang sehinggakan ianya tidak mempunyai pengakhiran.

Ketahuilah, bahawa garisan panjang dibahagian pertama itu adalah masa ketika kita berada di alam roh dan ketika kita berada di dalam rahim ibu. Garisan di bahagian kedua yang sangat pendek itulah yang mewakili kehidupan kita di dunia, yang menunjukkan kehidupan kita di dunia ini pada hakikatnya sangat singkat! Garisan di bahagian ketiga yang tidak berpenghujung itu pula adalah masa setelah kita meninggalkan dunia ini, masa penentuan dimana kita akan ditempatkan samada di syurga mahupun neraka. Setelah manusia mati, Jika dia gagal dalam kehidupannya di dunia, maka dia akan menderita, tersiksa, teraniaya, untuk selama-lamanya. Namun, apabila dia berhasil dalam kehidupannya di dunia, maka dia pasti akan bahagia untuk selama-lamanya.

Seharusnya kita sedar bahawa hidup ini hanyalah sekali, dan ia tidak mungkin akan dapat diulang lagi. Sekiranya seorang pelajar yang gagal di dalam peperiksaan, dia pasti akan merasakan perasaan yang malu dan sedih di atas sebab dia mensia-siakan masa lapang ketika dia mempunyai peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Walau sedalam mana sekalipun kesedihan pelajar itu, dia masih mampu untuk berusaha kembali dan mengulang kembali peperiksaan itu sehingga dia beroleh keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya seseorang yang membuat banyak maksiat telah mati tanpa bertaubat dan kemudiannya dihadapkan dihadapan Allah untuk diputuskan oleh-Nya neraka, apakah dia masih boleh untuk meminta ditangguhkan keputusan itu dan kembali mengulang kehidupan di dunia sekali lagi? Ingatlah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini benar-benar singkat. Hal ini dikhabarkan oleh Allah SWT:

“Pada hari mereka melihat hari kebangkitan itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari” (QS. An-Nazi’at: 46)

Selama ini kita merasakan bahawa umur kita masih panjang lagi, kerana kita merasakan bahawa kita masih muda dan masih mempunyai masa yang lama untuk bertaubat. Sedangkan Allah mengingatkan bahawa kehidupan di dunia itu bagaikan sepetang atau sepagi sahaja, tidak sampai satu hari pun!

Rata-rata umur umat nabi Muhammad saw itu hanyalah sekitar 60 tahun sahaja. Dengan masa yang panjang sebanyak 60 tahun itu, apakah kita dapat menggunakan kesemuanya untuk beribadat? Tidak sama sekali. Maka kita harus menolaknya dengan 15 tahun dahulu ketika kita masih belum baligh dan berada di zaman kanak-kanak. Dalam tempoh masa ini, kita tidak akan dihisab. Baki sebanyak 45 tahun itu hendaklah kita tolak dengan masa kita tidur. Kebanyakan manusia itu tidur sebanyak 8 jam sehari. Di dalam sehari ada 24 jam, maka sedar tak sedar, kita sebenarnya telah menghabiskan 1/3 kehidupan kita hanya dengan tidur semata-mata! 1/3 daripada 45 tahun itu bersamaan 15 tahun. Maka kita akan menghabiskan masa sebanyak 15 tahun hanya untuk tidur. Oleh itu, mereka yang membuang masa dengan tidur tanpa melakukan pekerjaan yang bermakna itu adalah orang yang sia-sia. 45 tahun itu sekiranya ditolak 15 tahun tempoh tidur itu berjumlah 30 tahun. Maka sebenarnya kita hanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk tempoh 30 tahun ini sahaja di dunia!

Persoalannya, apakah kita benar-benar menggunakan keseluruhan 30 tahun ini untuk beribadat kepada Allah? Kebanyakan pelajar hari ini menghabiskan masa mereka dengan bermain game, internet, bola sepak, melepak, berkaraoeke, tidur di siang hari, malah melakukan maksiat melihat pornografi, melakukan pergaulan bebas (couple), merempit, dan banyak lagi kemaksiatan yang lain! Bagaimanakah keadaannya kita di akhirat kelak?

Tuesday, November 2, 2010

Harapan Mahasiswa dalam Pilihan Raya



Salam Perpaduan, Salam Pilihan Raya, Salam 1 Malaysia!!!

Berkata tentang politik, pasti ramai mahasiswa yang masih lelap dengan politik. Tidak kurang juga yang tidak cakna langsung tentang isu semasa dan keadaan di Malaysia ni. (Bukan rakyat yang baik, maaf!) Katanya, malas nak amek tau tentang politik, politik kotor, tak nak terlibat dengan politik, dan macam2 lagi. Tahukah sahabat2, politik adalah penting. Dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad s.a.w. telah terlibat secara langsung dengan politik. Contohnya, baginda merupakan ketua negara Madinah. Malah baginda mengamalkan piagam Madinah sebagai perlembangaan negara. Jadi tidak dinafikan, politik merupakan salah satu cabang dalam Ad-deen Islam. Namun, politik sahaja pun tak boleh juga, kita perlu seimbang dengan semua cabang dalam Ad-Deen Islam.

Berhubung dengan gambar di atas, saya tertarik apabila ada mahasiswa yang turun sendiri ke tempat pilihan raya, Galas di Kelantan memberi peringatan tentang sesuatu yang baik. Pemilihan pemimpin. Ya, nasihat anak muda kepada penduduk di Galas. Antaranya, fikir dahulu sebelum pangkah, pangkahlah yang baik2 (setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu-Bahasa Kebangsaan)! Bukankah amalan saling menasihati adalah amalan yang mulia? Malah nasihat yang diberi tidak langsung memberikan kesan kepada mereka, namun dengan ikhlasnya mereka memberi. Saya kagum dengan keberanian mereka.

Namun, mereka telah ditangkap oleh pihak polis, yang menyatakan bahawa mahasiswa ini berpolitik. Maaf saya katakan bahawa pihak polis perlu siasat dahulu sebelum melakukan dan mengambil tindakan. Saya tak nak perkara seperti kematian pelajar tingkatan 3 yang mati ditembak oleh pihak polis gara2 memandu tanpa lesen berulang kembali. Ini jelas menampakkan kekurangan di sudut kecekapan pihak polis menjalankan tanggungjawab. Saya faham mahasiswa terikat dengan AUKU, Akta 173 (UiTM), tetapi isu ini langsung tidak berkaitan dengan politik. Sekalipun mereka benar terlibat dengan politik, maka Pihak Pentadbiran Universiti lah yang bertanggungjawab, bukannya pihak polis.

Bukan niat untuk menyatakan mahasiswa belum layak untuk memperkatakan tentang politik. Namun, post kali ini ingin membuka minda mahasiswa seluas2nya supaya bersedia sebaiknya perkara mengenai politik ini sebelum memasuki alam pekerjaan dan politik yang sebenar nanti. Jangan dah terjun baru nak tau bape dalam dan bahayanya lubang atau gaung yang kita terjun tu. Kaji dulu luas diameter, kedalaman, bahaya dan lain2 sebelum terjun. Begitu jugalah politik. Lakukanlah persiapan dan dalami ilmu tentang politik terlebih dahulu sebelum memasukinya. Tak rugi pun, malah berguna bagi kita. Ia juga merupakan fardhu kifayah bagi setiap umat Islam. Jadi rebutlah pahala ni ye sahabat2.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada semua pengundi si Galas dan Batu Sapi semperna pilihan raya pada 4 Oktober ini. Kami mahasiswa benar2 mengharapkan agar semua pengundi berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang baik, akan membawa kita ke arah kebaikan bukan keburukan dan maksiat. Pemimpin yang baik merupakan aset kita di akhirat kelak, manakala pemimpin yang tidak baik pula merupakan liabiliti kepada kita di akhirat nanti. Maka, gunakanlah pemikiran dan akal yang dikurniakan Allah sebaiknya. Nilailah kepimpinan seseorang berdasarkan akhlak, cara memimpin dan amalan yang dilakukan. Jangan dikaburi dengan wang ringgit dan kemewahan semata. Akhir kata, "May the best win!"

Saya dah layak mengundi!=) Bersedia untuk melakukan tanggungjawab.














Thursday, October 28, 2010

Barang Hantaran.

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.


“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.


“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Ra'd “Apa benda nih” detik hati Nabil.


“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL...MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit!


>Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.<>



read this...


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :


'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:


'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'



AlQuran itu indah.


Thursday, April 8, 2010

Menilai Kepimpinan?

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. katanya:
Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga , prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertangungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.


Salam Perpaduan & Salam kerinduan buat semua. hm lama rasanya x update blog. Alhamdulillah hari ini diberi masa dan kesempatan sekejap untuk update blog. Berdasarkan hadis di atas, teringat saya atas tanggungjawab saya pada Allah, Rasul, Agama, Keluarga, sahabat dan xlupe gak tangungjawab saya dahulu sebagai MPP. Adakah terlaksana dengan betul dan tiada ragu2? Hm biarkan Allah Ya Rabb yang menentukan segala. Kini, tanggungjawab lain pula yang digalas. Menjadi ketua ekonomi dan ketua kelas. nampak remeh dan mudah, tapi pada dasarnya, ia memang menguji ketahanan fizikal, mental, emosi dan rohani. InsyaAllah sementara masa masih berbaki dan tersisa ini, akan saya gunakan sebaik mungkin peluang yang telah diberikan ini untuk membaiki serta memulihkan segalanya. Sekaligus saya dapat pengalaman walaupun saya tahu berat untuk memegang amanah ini. Bak kata seorang sahabat, "Kita x diajar untuk memilih (amanah) apa yang kita inginkan, tetapi belajarlah untuk menerima apa jua tanggungjawab yang diberikan. Mungkin kamu tidak merasa itu baik untuk kamu, padahal Allah ya Barik, Maha Perancang telah mengagendakan untuk meletakkan kamu di tempat itu." Saya merenungi sedalam-dalamnya. Syukran ya sahabat!


Kepada yang pernah berkerja bersama saya, saya mohon agar diri ini dimaafkan sekiranya saya ada kekhilafan sepanjang berkerja bersama, berlaku ketidak-adilan dalam kepimpinan saya, atau berlaku kepincangan dan salah faham selama kita bergerak kerja. Semoga Allah membalas segalanya kelak. InsyaAllah...


Contoh paling baik dan tepat apabila kita berbicara soal kepimpinan, Rasulullah s.a.w. lah yang paling dekat sekali.
Rasulullah s.a.w. digelar al-Amin sebelum dilantik menjadi Rasul. Sifat “dipercayai” yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu bukan sekadar diketahui oleh orang ramai di Mekah pada masa itu. Bahkan sifat itu sudah menjadi gelarannya. Apabila sudah mencapai tahap diberi gelaran, maka sifat itu sudah mendapat pengiktirafan. Dan kalau kita kaitkan dengan topik bicara kita tentang salah satu sifat tonggak kepimpinan iaitu al-Amin, maknanya Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf sebagai mempunyai ciri tonggak kepimpinan.

Oleh sebab itu, kita lihat Rasulullah s.a.w. menggunakan kelebihan ini ketika mula-mula mengiklankan dakwah baginda secara terang-terangan. “Kalau aku katakan kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini ada sepasukan tentera berkuda yang bersiap sedia mahu menyerang kamu, adakah kamu percaya?”. Sekelian yang berhimpun pun berkata, “Ya, kami tidak pernah melihat kamu berbohong”. Sehabis sahaja dialog ini, Rasulullah s.a.w. terus mengiklankan dakwahnya.

firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Kepimpinan ( leadership ) nabi Muhammad S.A.W adalah contoh ideal dan praktikal yang semestinya diikuti oleh seluruh umat. Baginda diutuskan untuk membimbing seluruh umat, wilayah kepimpinan baginda meliputi alam sejagat dan tidak dibatasi oleh sempada geografi serta tidak pula dikhususkan oleh sesuatu bangsa, kebangsaan dan negara. Dengan demikian kepimpinan baginda adalah bersifat sejagat. Firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud:

“dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikat itu”

Menjadi seorang pemimpin, maka bertambah kewajipan seseorang dan makin banyak soalannya dihadapan Allah. Oleh itu, pemimpin di dalam Islam, bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan tetapi tanggungjawab. Meskipun semakin besar tanggungjawab,semakin besar pula ganjaran baik yang disediakan Allah di hari akhirat kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab itu. Namun jika tanggungjawab itu diabaikan,maka besarlah risiko dan akibatnya di hari akhirat.

Oleh itu Rasulullah S.A.W sangat berhati-hati supaya pemimpin itu berada di tangan orang yang kuat dari segi ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati oleh rakyat. Baginda berhati-hati supaya jangan pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah syakhsiahnya sehingga ia lemah melawan nafsunya. Jika ia seorang yang lemah melawan nafsunya sendiri, maka ia tidak dapat mematuhi allah dan tidak terselamat dari factor-faktor kehancurtan seperti rasuah, maksiat dan lain-lain.

Abu Zar Al-Ghaffari meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah S.A.W Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata,” wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di dalamnya”.

Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah dan dikuasai nafsu tetapi dia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan, dia adalah seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnya bersikap tegas kepada kawan dan lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah S.A.W apatah lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.

Rasulullah S.A.W juga menetapkan dasar bahawa pemimpin itu tidak diberikan kepada orang tidak berkelayakan yang meminta atau berusaha dengan tipu daya supaya dia dijadikan pemimpin, kerana sikap seperti itu akan menjadikan pemimpin itu satu rebutan dan lahir kegiatan serta pengaruh-mempengaruhi yang menyebabkan pertimbangan yang betul untuk lantikan menjadi kacau bilau dan menyeleweng. Oleh itu lantikan itu hendaklah dijalankan dengan pertimbangan yang objektif dan dengan hasrat yang bersih dan suci.

Justeru dalam kepimpinan sesebuah negara, tegak atau robohnya sesebuah negara, maju atau mundurnya peradaban manusia, timbul atau tenggelamnya sesuatu bangsa adalah bergantung kepada baik atau buruk pentadbiran dan kepimpinan yang dimiliki, Para pemimpin atau ketua yang telah dilantik hendaklah melantik pembantu-pembantu yang jujur dan berkebolehan. Tanda-tanda kejujurannya ialah sentiasa bersikap beriman dan tidak mengampu sehingga membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Apabila Allah S.W.T menghendaki seseorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia akan jadikan pembantunya itu bersikap benar. Jika ia lupa ( lupa kepada Allah dan menyeleweng dari kebenaran ) ia mengingatkannya. Jika ia tidak lupa, ia memberi pertolongan dan bantuan kepada ketuanya itu. Jika Allah menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkanya dan jika ia ingat tidak dibantunya” ( diriwayatkan oleh Abu Daud ).

Oleh kerana tugas pemimpin itu berat dan luas, maka ganjaran baik yang disediakan untuk pemimpin di akhirat yang menjalankan kewajipannya adalah besar. Dianatara tujuh orang yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang akan mendapat perlindungan Allah ialah pemerintah yang adil yang diletakkan di senarai yang pertama. Sebaliknya mereka yang menjadi pemimpin sedangkan dia tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang selayaknya dan tidak menjalankan kewajipannya maka ia akan menerima balasan yang pedih.Seksaan Allah bertambah berat lagi bagi sesiapa yang menjadikan kedudukannya sebagai pemimpin sebagai jalan untuk kepentingan dirinya dan menipu orang-orang yang dipimpinnya.

Oleh kerana tugas pemimpin adalah besar dan tugas itu tidak dapat dijalankan melainkan dari kerjasama orang yang dipimpinnya maka Allah menentukan supaya orang yang dipimpin itu hendaklah mematuhi ketuanya di dalam semua suruhan yang disukai atau tidak kecuali suruhan untuk melakukan maksiat dan melanggar hukum-hukum Allah.

RASULULLAH PEMIMPIN AGUNG

Monday, October 19, 2009

FEMINA 09

Dari keratan akhbar Utusan Malaysia, 19 Oktober 2009

Shahrizat Abdul Jalil menurunkan tandatangan sebagai menerima resolusi yang disampaikan oleh pengarah FEMINA 09, Saudari Shah Rizul Ayuni Zulkiply (dua dari kiri).


Tahniah saya tujukan kepada Pengarah FEMINA 09, Saudari Shah Rizul Ayuni Zulkiply yang juga merangkap Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) atas kejayaan beliau menganjurkan satu program yang membina untuk pelajar khususnya mahasiswi. Keberanian beliau dalam menghasilkan resolusi dan berhujah juga harus dipuji kerana jarang terdapat golongan mahasiswi yang berani tampil untuk memberikan pendapat sendiri. Semoga semangat beliau boleh dicontohi oleh mahasiswi lain terutamanya saya dalam menjadi sayap kiri perjuangan.

Friday, August 21, 2009

Program MPP dalam bulan Ramadhan

SENYUMAN PALESTIN
29 OGOS 2009; DSG; 8.00 PAGI
CERAMAH, PAMERAN & **DEMONSTRASI MEMBAKAR BENDERA ISRAEL & USA

*Kesinambungan daripada program semester lepas
*Menyambung perjuangan EAC dalam program tayangan Gerakan Freemanson

SOLAT HAJAT & AMBANG MERDEKA
30 OGOS 2009; UWAIS AL-QARNI & DATARAN INTERLEK; 8.30 MALAM
SOLAT TERAWIH & SOLAT HAJAT KEMERDEKAAN, MOREH KEMERDEKAAN, PERARAKAN KEMERDEKAAN (MENGIKUT PROGRAM), BERSAMA TOKOH KEMERDEKAAN, LAUNGAN MERDEKA, SAJAK & PUISI KEMERDEKAAN

*Kesinambungan daripada program Senyuman Palestin dengan mensyukuri nikmat aman kemerdekaan yang telah kita peroleh selama 52 tahun

MERDEKA (3x)!!!

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!
**sebarang perubahan akan dipinda

Saturday, August 8, 2009

RASULULLAH S.A.W SEORANG PEMIMPIN YANG BERSTRATEGI

Apabila diamati dan dianalisis sirah Rasulullah s.a.w, kita akan mendapati bahawa baginda s.a.w merupakan seorang pemimpin yang telah menyusun strategi yang kemas dan mantap bagi memastikan Islam menjadi sebuah agama yang unggul dan agung. Antara strategi-strategi yang telah dipraktikkan oleh baginda adalah:

Strategi 1: Melakukan dakwah secara rahsia
Pada peringkat awal penyebaran agama Islam, dakwah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w secara rahsia. Strategi bagi menyebarkan agama yang suci ini adalah dengan menyampaikannya terlebih dahulu kepada orang paling rapat dengan baginda, kaum keluarga serta teman-teman baginda. Mereka ini menganut agama Islam secara rahsia. Kaedah yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w adalah dengan mengumpulkan mereka serta membimbing ke arah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Antara orang terawal yang memeluk Islam adalah Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan seorang lelaki yang mesra, disenangi, mudah untuk berbicara, berakhlak mulia dan selalu melakukan kebajikan.

Strategi 2: Sistem dakwah dan pendidikan yang berpusat
Di samping itu juga, proses dakwah ini juga dilaksanakan secara berpusat. Perkara ini adalah jelas sekali apabila kita melihat Nabi Muhammad s.a.w menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi sebagai pusat dakwahnya dan tempat orang-orang Islam berkumpul. Pusat ini bukan sahaja sebagai pusat dakwah, bahkan juga ianya dijadikan sebagai satu pusat untuk mendidik, memberi kefahaman, memantapkan iman dan membawa manusia keluar dari lorong kegelapan ke arah lorong yang diterangi sinar cahaya.


Strategi 3: Menyemai benih ihsan di dalam hati para sahabat
Selain itu juga, antara strategi yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan menyemaikan benih ihsan di dalam hati para sahabat. Konsep ihsan yang ditekankan oleh Rasulullah adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah s.w.t dan yakin bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dilakukan oleh hamba-hambanya. Penerapan konsep ihsan ke dalam jiwa para sahabat ini telah melahirkan insan yang:
1- Ikhlas dalam setiap amalan dan tindakan.
2- Bersikap amanah terhadap tugas yang diberikan.
3- Menyakini bahawa Allah sentiasa mengawasinya.
4- Sentiasa bersungguh-sungguh dan jujur dalam setiap keadaan.


Strategi 4: Membentuk golongan pelapis yang berjiwa kental
Strategi seterusnya yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan membentuk golongan pelapis berjiwa kental dan berwibawa bagi menjamin kesinambungan perjuangan Islam. Antara anak muda yang terlibat dengan proses penyebaran agama Islam adalah Saidina Ali r.a. Kekentalan peribadi anak muda ini dapat kita lihat apabila beliau sanggup untuk tidur di atas katil Rasulullah s.aw ketika penjenayah-penjenayah besar Quraish telah melakukan persiapan untuk membunuh baginda s.a.w. Di saat-saat genting tersebut, baginda s.a.w telah berkata kepada Saidina Ali: ”Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut a-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.” Tanpa membantah, Saidina Ali melaksanakan misi tersebut dengan jayanya. Di sini kita dapat melihat bahawa penglibatan golongan muda dalam aktiviti dakwah adalah penting bagi memastikan kegemilangan dan kecemerlangan dakwah.


Strategi 5: Membentuk satu jemaah yang berstruktur dan berpasukan
Kekuatan Islam terletak kepada jemaah atau pasukan. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad s.a.w telah memperkuatkan dan membina satu pasukan yang kuat yang terdiri di kalangan para sahabat. Antara ciri-ciri pasukan yang dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah:
1- Menumpukan kepada matlamat jemaah atau pasukan iaitu untuk mengubah dunia dengan menegakkan Islam pada diri sendiri dan menyebarkannya seantero dunia.
2- Menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang.
3- Fokus pada menjayakan tugasan bersama, mengkordinasikan kerja dan menyumbangkan kemahiran tersendiri.
4- Merancang dan merangka misi dakwah secara bersama.

Selain itu juga, setelah bai’ah dilaksanakan, Rasulullah s.a.w telah menyusun dan memperkuatkan lagi jemaah atau pasukan dengan memilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib kepada kaumnya. Naqib atau istilah lainnya fasilitator (pemudahcara) bertanggungjawab sebagai seorang muallim, murabbi, dan mursyid kepada kaumnya.


Strategi 6: Membina perpaduan dan menyatukan umat
Sebaik sahaja tiba di Yathrib semasa peristiwa hijrah, Rasulullah s.a.w telah menyusun strategi untuk membina perpaduan di kalangan umat Islam. Baginda telah melancarkan satu sistem yang dikenali sebagai sistem muakhah (persaudaraan) dengan mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Umar al-Khattab dengan Zaid b. Harithah dan Abu Ubaidah b. Al-Jarrah dengan Saad b. Muaz.
Strategi yang dilakukan oleh baginda ini sebenarnya telah memberikan momentum yang kuat kepada sebuah negara baru pada masa tersebut. Hasilnya, Madinah menjadi sebuah yang kuat walaupun umat Islam terpaksa menghadapi ancaman dan sekatan daripada musuh di setiap penjuru.


Strategi 7: Memanfaatkan segala bentuk kepakaran

Setiap para sahabat mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Oleh itu Rasulullah s.a.w memanfaatkan dengan sebaik mungkin kepakaran mereka bagi menjayakan misi dakwah. Ketika di dalam peperangan khandaq, setelah mengadakan sidang majlis rundingan, Rasulullah s.a.w bersama para sahabat yang lain telah bersepakat untuk menerima idea, pengalaman dan kepakaran Salman al-Farisi r.a. Salman al-Farisi r.a telah mencadangkan agar mempertahankan kota Madinah dengan mengorek parit mengelilinginya. Maka selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengarahkan kepada setiap sepuluh orang lelaki supaya menggali parit seluas 40 hasta. Ketika itu juga, di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang Islam dengan cergasnya menggali parit. Rasulullah s.a.w mendorong semangat mereka dan turut serta menggali parit tersebut. Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w memanfaatkan segala bentuk kepakaran yang ada bagi mencapai kejayaan.

*dari http://mohdazrul.blogspot.com/

Friday, July 31, 2009

Penjelasan & Mohon Respon

Salam Muhibah & Perpaduan buat semua pembaca..

Tentu anda kebanyakkanya berada di rumah sekarang kerana banyak IPTA & IPTS yang ditutup atau dipercepatkan cuti pertengahan penggal gara-gara wabak H1N1. Sebagaimana di UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam, kami diberi cuti seminggu iaitu dari 25 Julai 2009 sehingga 2 Ogos 2009. Ramai yang terus pulang ke rumah setelah pekeliling ditampal. Sampaikan tiket tok balik kampung habis dengan cepat sekali. So, sape yang lambat tu, balik lambatla..


Dalam kegembiraan itu, sebenarnya ada perkara yang terselindung di mana ramai orang tidak tahu. Sebenarnya cuti seminggu ini adalah cuti yang ditarik dari cuti raya seminggu nanti. Jadi, kita pelajar UiTM hanya bercuti raya selama 3 hari sahaja untuk meraikan Hari Raya Puasa yang akan datang. Rugilah pada pelajar yang belajar di Sabah, Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia yang telah membeli tiket balik kampung selama seminggu.

Pada 27 Julai 2009, MPP UiTM Pahang & MPP UiTM Sarawak telah berbincang bersama-sama dengan wakil dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Pahang & UiTM Sarawak sewaktu kunjungan MPP UiTM Pahang ke UiTM Sarawak pada 25 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009 untuk memohon rayuan pada pihak pentadbiran UiTM masing-masing tok membenarkan pelajar bercuti raya selama seminggu dan menggantikan cuti yang ditarik itu pada cuti akhir semester. Di mana, minggu kuliah tetap berjalan selama 14 minggu dan final akan dianjakkan seminggu lewat tok menggantikan cuti raya yang dipohon selama seminggu.

Oleh itu, saya nak minta respon dari anda semua berkenaan pemohonan pemanjangan cuti raya ini. Adakah anda bersetuju dengan cadangan delegasi MPP ini atau ada cadangan lain yang ingin diutarakan. Jika ada, bolehlah hantarkan cadangan anda untuk diambilkira dan dibahaskan sebelum sebarang keputusan dimajukan ke pihak pentadbiran pada 10 Ogos 2009 (seminggu dari sekarang).

Selain itu, saya juga mendengar khabar berita mengenai terdapat borang H1N1 yang terdapat di laman web UiTM yang perlu diisi oleh setiap pelajar UiTM sewaktu pulang ke UiTM setelah seminggu bercuti penggal. Saya agak terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan mengenai borang tersebut dari pihak pentadbiran. Sejam kemudian, saya mendapat message dari sahabat saya mengatakan berita tersebut adalah palsu berdasarkan keterangan Dato' Timbalan Naib Canselor UiTM yang disebarkan oleh YDP MPP Shah Alam. Jadi, saya harap tidak timbul lagi pertanyaan tentang borang H1N1 ini.

Akhir kata, saya tinggalkan anda dengan beberapa maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan tuntutan pelaksanaan keputusan secara syura dan kepentingan bertanya sekiranya tidak tahu.


"... Sedang urusan mereka (diputuskan) secara syura antara mereka ..." (Surah Asy-Syuura; 38)


"... Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Nahl; 43)


Wallahualam.. ♥ ISLAM. ALLAHU AKHBAR!!!

Tuesday, July 7, 2009

Program MPP UiTM Pahang

Program Keindahan Bersama Mahasiswa [PKBM]

11 Julai 2009

*wajib pada semua pelajar bahagian 1


Bengkel Aktiviti Pelajar

11 Julai 2009

*wajib pada semua MT kelab dan persatuan untuk menetapkan tarikh aktiviti masing-masing


Hari Organisasi Mahasiswa [HOMSIS]

21 & 22 Julai 2009

*sama macam HARKEP cume tukar nama je


Jom Konvoi

1 & 2 Ogos 2009

*lawatan sambil khidmat masyarakat di Kuantan (terbuka kepada sesiapa yang berminat)


p/s : sebarang perubahan akan di updatekan..

pertambahan aktiviti dari masa ke semasa. Harap Maklum! =]