Tuesday, December 1, 2009

Lagu Mawaddah Terpesong

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya terkejut sangat apabila dapat tahu yang kumpulan nasyid Mawaddah yang selama ni saya dengar lagu2nye adalah golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Hm maaflah kepada semua kerana saya baru tahu mengenai kumpulan ini. Rufaqa' atau Al-Arqam memang memperjuangkan nasyid untuk menyebarkan ajaran mereka selain bergiat dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Antara kumpulan nasyid yang terkenal adalah Nadamurni yang kini telah berpecah menjadi Rabbani, Hijjaz dan Raihan. Mawaddah juga antara kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Rufaqa' Corporation. Ni ada dua buah lagu yang terang2an memuja Abuya dan menganggap dia adalah putera bani tamim yang akan memegang panji-panji Imam Mahdi. Astagfirullahalazim.. mintala dijauhkan dari terjebak dengan ajaran sesat.


Hadirlah Abuya

Hadirlah Abuya
Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya
Abuya tidak sekolah tinggi Tetapi ilmunya sangatlah tinggi

Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya
Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat
Daripada dunia

Abuya ulamak besar Abuya koporat besar
Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar

Abuya tokoh politik besar Tapi tidak masuk politik
Abuya pemimpin dan mahaguru
Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar

Orang yang sayang terlalu sayang
Orang yang benci terlalu benci
Abuya pemimpin yang dilantik
Tuhan secara semula jadi

Pengikut-pengikutnya tidak ramai
Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih
Dan penyayang uburnya hadis
Untuk memberi iman kepada semua manusia

Abuya itu harganya haris
Berkongsikan dengan siapa saja
Anak dan juga isteri tidak dimewahkan
Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan
Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin

Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya
Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan
Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem

Lahirlah etnik baru dikalangan melayu
Poligami cara hidup yang dipilih Perjuang untuk dapatkan daulah
Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang Sesama manusia.

Dia Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan
di akhir zaman oooo
dia dilantik oleh tuhan memperbaharui
urusan agama di zamanmya
ilmunya luar biasa oooo

mampu menyelesaikan
sgala permasalahan dunia
tanpa merujuk kepada sesiapa
kerna ilmunya ilham dari tuhan

dia pribadi awal kurun berperanan
jua di awal kurun
dia hadir membawa rahmat
seluruh alam sepertimana
hadirnya rasulullah ke dunia ini

hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
dan kehadirannya digeruni oleh musuh
namun tidak dapat ditewaskan dirinya
kerana di belakangnya ada tuhan
yang menjadi sumber segalanya

kepimpinannya amat disanjungi
yang kasih padanya terlalu kasih
yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia

dialah yang utama paling dicintai tuhan
kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
kepribadiannya amat membayangi rasulullah
kerana itulah dia digelar rasulli rasul..

dia hadir dikala dunia amat memerlukan
keberkatannya dia memperbaharui segala
sistem dunia yang sedia ada yang ternyata
tidak menyelamatkan dunia

lalu digantikannnya dengan sistem baharu
iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat
dan dialah seorang manusia luar biasa
dialah putera bani tamim.

Berikut adalah bentuk-bentuk keterlaluan dalam pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Abuya:

a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.
b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan.
c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.
d. Abuya dikurniakan ilmu laduni dan kasyaf, iaitu dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta kisah-kisah palsu dan fitnah terhadap ahli Arqam yang keluar dari jemaahnya.
e. Abuya adalah sumber berkat. Oleh itu apabila ada sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu."Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata,"Ini berkat Abuya @ berkat Sheikh Suhaimi."
f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.
g. Abuya adalah Sohibuzaman @ pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.

Nauzubillah...

43 comments:

pena minang said...

terima kasih dengan info ini.....

Ibnu Abas said...

ada juga lagunya yang tidak terpesong. pandai-pandai lah kita menilai. jangan dihukum semua sesat sudah lah.. =)

AienAiril said...

salam.hm saya xmenghukum mereka.saya cume memberitahu kebenaran dan saya xsekat sesiapa untuk mendengar lagu2 mereka.

Ibnu Abas said...

ya saya tahu. saya cuma bagitahu supaya sesiapa yang membaca faham akan hal tu. Bukan saya maksudkan saudari =)

AienAiril said...

hm ok2! :)

Anonymous said...

salam....
saya adalah salah seorg bekas ahli al-arqam sejak kecil hingga hujung tahun 1997 ketika tu berumur 15 tahun. selama sy dlm arqam dulu rasanya x de pun benda2 yg terpesong dr akidah yg sy nampak dan yg mereka ajar ketika itu. apa yg mrk ajar sama mcm kita belajar kt sek biasa cuma ada tambahan subjek yg memeningkan kepala. mungkin masa tu sy kecil lg. mengenai memuja abuya tu entahla sy pun x berapa tahu. rasanye mungkin pengikutnya yg taksub yg buat lirik dan lagu tersebut. selagi sy tidak melihat dgn mata sy sendiri bahawa abuya sendiri yg mengakui bahwa beliau seperti yg disebut di atas (al-ghuluw). selagi itu sukar untuk saya membuat tuduhan pd beliau. dan satu lagi sbb sukar utk sy membuat tuduhan pd beliau kerana sy rasa pahala & amal sy terlalulah amat sedikit berbanding beliau dan juga saudara empunya blog ini, yang tidak pernah jemu utk menyebarkan dakwah dan nasihat utk kebaikan insan.sedang sy terlalu jauh utk itu...

wallahuaklam...

mohdsyahid said...

salam....
saya adalah salah seorg bekas ahli al-arqam sejak kecil hingga hujung tahun 1997 ketika tu berumur 15 tahun. selama sy dlm arqam dulu rasanya x de pun benda2 yg terpesong dr akidah yg sy nampak dan yg mereka ajar ketika itu. apa yg mrk ajar sama mcm kita belajar kt sek biasa cuma ada tambahan subjek yg memeningkan kepala. mungkin masa tu sy kecil lg. mengenai memuja abuya tu entahla sy pun x berapa tahu. rasanye mungkin pengikutnya yg taksub yg buat lirik dan lagu tersebut. selagi sy tidak melihat dgn mata sy sendiri bahawa abuya sendiri yg mengakui bahwa beliau seperti yg disebut di atas (al-ghuluw). selagi itu sukar untuk saya membuat tuduhan pd beliau. dan satu lagi sbb sukar utk sy membuat tuduhan pd beliau kerana sy rasa pahala & amal sy terlalulah amat sedikit berbanding beliau dan juga saudara empunya blog ini, yang tidak pernah jemu utk menyebarkan dakwah dan nasihat utk kebaikan insan.sedang sy terlalu jauh utk itu...

wallahuaklam...

AienAiril said...

salam syukran pada mohdsyahid.
hm saya hormat pada pandangan anda
saya xkan halang klo anda ingin menjadikan abuya as ur idol, as long as anda tidak sampai tahap al-ghuluw terhadap dia..
kerana ada jgk org yang menjadikan figure2 yang wara' dan alim untuk dijadikan idola, untuk menaikkan lagi semangat jihad menyebarkan dakwah Islam.. cuma saya nasihatkan,jika sampai tahap al-ghuluw,kembalilah kepada Allah dan Rasul.
wallahualam.. :)

mujahidah said...

salam alaik...
saya sahabat kepada anak-anak abuya.. tapi ape yg penting...kite amik yg baik je.. kena pandai2lah kan..suke lagu2 dia sbb bnyak lagu kepda kesedaran cinta kepada Allah.. walau ape2 pun tema yg die bwk sgt bagus...cintai Allah...sayangi manusia..=)

Anonymous said...

jangan sampai pihak mawaddah mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog ini sebabnya kes-kes ini telah selesai lamanya, org yg bersalah tidak bersalah selama-nya, allah itu maha pengampun hamba-nya, inikan pula manusia yg melabelkan org yg bersalah itu adalah sesat slama2nya, diharap pemilik blog ini delete post ini sebelum tindakan undang-undang akan diambil, ia melibatkan maruah kumpulan mawaddah dan syarikat kami...daripada ahli kumpulan mawaddah..sekian terima kasih..

Anonymous said...

jgn takut dgn pihak mawaddah tu...
On December 26, 2009 12:49 PM , Anonymous said...

Anonymous said...

jgn mudah kate org sesat...sesat boleh balik kepada kite kalo org yg kite fitnah sesat sebenarnya x sesat...salah abuya kah kalo pengikutnya taksub?...

salah saidina ali r.a kah atas fahaman syiah yang mengagungkan beliau?

salah nabi Isa kah atas fahaman sesat kristian?...

berhati2 sebelum bertindak...

dr azmi said...

lebih baik berdiam hati dan mulut supaya kita tidak menilai sesuatu yg kita tidak tahu...kerana ilmu Allah itu maha luas....Sekiranya tuduhan sesat itu tidak benar, maka tuduhan sesat akan berbalik kpd org yg menyesatkan...

Anonymous said...

dr azmi said...

lebih baik berdiam hati dan mulut supaya kita tidak menilai sesuatu yg kita tidak tahu...kerana ilmu Allah itu maha luas....Sekiranya tuduhan sesat itu tidak benar, maka tuduhan sesat akan berbalik kpd org yg menyesatkan...


SETUJUUUUUU...

Anonymous said...

Allah Ghoyatuna
Ar Rasul Qudwatuna
Al Quran Dusturuna
Al Jihadu Sabiluna
Almautu Fi Sabilillah
Asma Amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi....

bukankah inipun Dari nasyid AlAqram yang U tulis sesat? mengapa ia jadi mision anda? saya jadi bingung????

Ibnu Abas said...

Anda bingung sebab anda tak tahu sejarah.. lagu yang anda dakwa sebagai lirik oleh abuya tu sebenarnya dikarang oleh al-Imam Hasan al-Banna.. anda yang keliru, jangan salahkan orang lain. Saya ada kawan bekas al-Arqam.. saya tahu kesesatan mereka. Jadi tak perlu anda yang tak tahu nak membela..

Anonymous said...

salam..
astagfirullah...
jika ini adalah satu kesilapan, maka kepada Allah lah sy memohon ampun..
sy mmpunyai shabat rapat yg trdiri dr jemaah al-arqam yg sy tinggal dgnnya slama tiga tahun...
spnjg tempoh itu, tiada yg meragukan sy ttg akidahnya..
malah, kesabaran dan keimanannya lbh mgagungkan sy... tahajjud dn sifat berbaik sangkanya lbh baik dr kite sndri..
jd, jgn lah mnghukum sesiapa kalu kite tk pnah tahu asal usulnya.. wpon sy bkn jemaah, tp sy ckup positif krn sikap mreka yg sgt takutkan Tuhan...
kenali lah.. bru lah mnilai...
lbih bek tersalah sangka dr tersalah mnghukum..
wallahualam..

Anonymous said...

salam.. :)
waa.. begitu mendalam perdebatan ini ya..
wahai admin blog ini.. jika benarlah mawaddah dan seluruh jemaah ABUYA adalah sesat.. mengapakah sehingga hari ini.. Jemaah Abuya masih lagi teguh berdiri?? mengapakah pula ekonomi jemaah ini semakin lama semakin bertambah baik?? dalam pegetahuan saya.. sebaik sahaja pengharaman Rufaqo.. Abuya tidak dibenarkan berurusan dengan apa2 perkhidmatan di Malaysia.. termasuklah bank dan penggangkutan.. macamana seseorg e2 boleh menigkatkan ekonominya sedangkan semua perkhitmatan x boleh digunakannya?? x ka hebat org2 seperti e2?? bagaimanakah ketika beliau di tahan di I.S.A.. keluarga nya boleh hidup dengan baiknya?? tanpa ada pertolongan dari kerajaan?? nah.. bukankah rezki e2 ALLAH yang memberikannya.. e2 la keajaiban2 orang2 yang ALLAH berikan pertolongan..

wahai semua insan di luar sana.. jangan sesekali berani membuat tuduhan.. sedangkan IMAM syafiee, untuk mengeluarkan sesuatu Hukum pun, beliau akan bertahajut setiap malam kerana takut tersalah memberikan hukum.. E2 IMAM SYAFIEE.. kita?? terus membabi buta menuduh sedangkan amalan kita kepada Allah pun masih kucar kacir.. 5 waktu pun belum tentu khusyuk.. apatah lagi mahu mendidikan tahajut tiap2 malam.. malu la dengan kesalahan diri..

bukankah telah Rasulullah mengatakan bahwa di akhir zaman islam akan bangkit semula di bahagian timur.. baiklah.. mari kita liha sama2.. pada ketika ini.. negara manakah ISLAM NYA begitu cantik, indah dan aman sekali?? terlalu banyak manusia telah mengakui bahawa islam di MALAYSIA lah ISLAM yang paling cantik pengamalannya.. jadi??? diamakah kebangkitan ini akan terjadi?? Wallahualam..

memang betul pun abuya e2 bayangan rasulullah di akhir zaman.. kerana sifat2nya dan perwatakannya memang seperti rasulullah.. sifat sabarnya, tawadduknya, kasih sayangnya dan ketakwaanya.. dan tidak lah sama 100% kerana e2 dy digelar bayangan rasulullah.. juga beliau memperjungkan sistem ALLAH dan melawan sistem nafsu dan syaitan..

Kebenaran e2 pasti akan ALLAH zahirkan.. InsyAllah.. kebenaran akan Allah tunjukkan kepada semua manusia.. sesungguhnya yang memberi Hidayah e2 hanyalah ALLAH.. minta lah kebenaran darinya bukan dari manusia yang hina lagi lemah..

Wallahualam.. :)

Anonymous said...

AsSalamualaikum wrt buat semua.

Method dan hujjah geng rufaqa adalah sama untuk setiap website.
"Mereka orang baik, takutkan Tuhan"
"Saya tak nampak apa2 yang salah dengan mereka"

Juga ancaman yangs sama

"Tak baik tuduh orang sesat, nanti kena balik kat kita"
"Kita yg ni tuduh sesat ni amal setakat mana"

Ini semua menunjukkan kaedah berhujjah yg lemah, didasari oleh kekeliruan yang nyata.

Kesesatan abuya bukanlah kerana ditulis dalam website atau blog, tetapi ianya telah difatwakan oleh ulama, majlis ulama, j/k fatwa negeri dan negara. Mereka membawa hujjah dan dalil atas keputusan mereka. Silalah kemukakan hujjah dan dalil membatalkan setiap hujjaj mereka. Baru betul..!

Dulu golongan ini membawa hujjah dari MUI bahawa Arqam tidak sesat. Namun hari ini berbeza.

Buku Tsunami Membuktikan Abuya Putra Bani Tamim (Satria Piningit) yang ditulis Hatijah Aam juga telah disesatkan oleh Ulama Indonesia

“Itu jelas tak mendasar dan bisa disebut sangat menyesatkan,” ujar Sekretaris MUI Jawa Barat Rafani Akhyar saat dikonfirmasi okezone, Selasa (27/4/2010).

Menurutnya, tak akan ada orang yang bisa mendatangkan gelombang tsunami atau diminta Allah mebuat tsunami. Sebab, kata dia, segala jenis bencana yang terjadi hanyalah kedendak Allah SWT.

“Kalau memang seperti itu, berarti Abuya menganggap dirinya satu tingkat di bawah Allah, dan itu sangat menyesatkan,” tandasnya.
End of quote.

Sambung nanti

Wassalam
Din Taliban

Anonymous said...

Assalamulaikum wrt.

Sambungan dulu:-



Mereka juga berhujjah, kerana ilmu Allah itu luas, maka ada perkara yang tak diketahui oleh orang awam, hatta para ulama. Jadi tak baik tuduh2, belajarlah dulu.

Inilah satu cabang dari kesesatan, bagaikan Quran dan Hadis itu ada makna batin yg hanya diketahui oleh satu kelompok elit ahli makrifat dan tidak oleh para ulama yg lain.

Mereka menolak ulama kerajaan dengan alasan ulama kerajaan makan gaji dan ada kepentingan. Ulama kerajaan tak pun menyesatkan perbuatan2 sumbang tapi sibuk sesatkan mereka yg kononnya berjuang utk menegakkan ekonomi Islam dan poligami. Kaedah ekonomi mereka

Mereka menolak ulama dari parti politik Islam dengan alasan orang politik Islam berjuang tak syumul. Takda ekonomi Islam.

Mereka juga menolak ulama timur tengah dengan alasan dipengaruhi wahabi.

Bila dibawakan hujjah hadis dan Al Quran, kita dikatakan copy paste. Mana syarahnya dari kalangan ulama...?, kata mereka.

Mereka takwilkan istilah pemuda bani tamim dlm bab hadis akhir zaman kepada putera bani tamim, sebab abuya mereka dari muda hingga tua tak juga jadi PM. Setelah mati, jadi ghaib pula utk kembali sebagai pemuda bani tamim.

PBT dlm hadis tu telah jelas bernama Suib bin Saleh, tapi itu pun jadi takwilan juga.

Pendekata, apa2 hujjah dan dalil AQ dan Hadis yang tak sesuai dgn fahaman mereka, maka AQ dan Hadis tu lah yg kena takwil.

Tak pula mereka menyatakan ulama mana yg menyokong mereka. Ahhh..,, ulama tak perlu menyokong mereka, kerana abuya mereka dapat ilmu direct dari Allah dan tunjuk ajar Raslulullah.

Bila abuya dah mati, sekarang ummu Jah tu pun dikatakan dah boleh berborak dengan RSAW. Dulu tak pula macamni.

ALangkah jauhnya dari petunjuk.

Jika mereka ini dinilai dengan Usul 20 karangan Imam Hassan Al Banna, maka kesalahan mereka meliputi hampir sepertiga dari usul2 tersebut.

Wahai sdr ku Global Ikhwan,

Amal baik itu tidak akan ada maknanya jika aqidah anda dipersoalkan.

Jika Abuya anda mengajak mencintai Allah, maka mengapa Allah itu tidak diseru secara terus menggunakan Namanya yang Agung ketika berdoa? Bukankah Allah SWT yang mengkehendaki sedemikian? Kenapa nak seru Abuya?

Adakah ABu Bakar ra, setelah wafatnya Rasulullah ada mengingatkan kaum muslimin, termasuk yg baru Islam:" Jangan kalian berdoa terus kepada Allah, kerana kalian banyak dosa dan jauh, tapi serulah nama aku, panggillah aku dalam doa kalian, nanti aku yg duduk jauh akan menyampaikan doa kalian kerana aku As Siddiq". Adakah begitu wahai orang2 Global Ikhwan?

Cara kalian menjauhkan ummat dari Allah, menimbulkan kaedah berdoa yang pelik dan menyeru selain Allah semasa berdoa.

Nanti kalian akan katakan "cara ini sudah biasa di kalangan ulama tarekat". Soalnya, tarekat atau tidak, apakah sandarannya? Bila dimintakan dalil, nanti dituduh wahabi pula. Back to square one.

ANda mungkin berhujjah bahwa Allah memerintahkan kita mengambil wasilah, tapi fahamkah anda huraian ulama dengan kaedah mengambil wasilah tersebut? Adakah dengan menyeru awahai Abuya, tolonglah daku-sedangkan dia tiada pun di situ?

Atau adakah dengan janggut, tisu, sisa minuman abuya juga boleh jadi bahan tawassul...?

Saya sangka dengan kematian Asaari, akan tutup dan padamlah sebuah kekeliruan dan kesesatan, tapi hakikatnya makin berkembang dan menjadi-jadi. Ummu jah yg jadi pelopor karut-marut.

Allah jualah yang dapat menyelamatkan ummah ini dari perosak Agama yang muncul dengan wajah Agama.

Moha tulisan saya ini dapat menghidari mereka yg belum terjebak dengan Global ikhwan dari terjebak, jika pun tak dapat membawa kembali mereka yg telah jauuuuh terjebak.

Moga Allah merahmati tuan moderator. Mak ayah saya pun orang Johor, isteri saya pun orang Muo. Wong Jowo!


Wassalam
Din Taliban

Nota: Sisi pandangan lain terhadap abuya, dari pewaris Aurad Muhammadiah.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20149&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

zahratul mezlina nisa said...

jangan cepat menghukum seseorang jika kita belum pasti lagi....ok selamat beramal :-)

Unknown said...

Ashaari tu penderhaka kepada keluarga nasab. Malah mengaku jadi pemuda bani tamim. Dan banyak membuat ijtihad palsu dan banyak bertaqiyah. SESAT dah weyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!!!!, aku pernah join grup puak tu, mcm2 amalan dan kuliah karut depa amalkan.... . SESAT!!!

Unknown said...

Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk. Dengarkan baik-baik lagu mawaddah, lagu-lagu raihan dan nasyid-nasyid lain. Alangkah banyak ajaran-ajaran yang baik di sana. Berpegang teguhlah pada al-Quran dan Hadits niscaya perjalanan akan selamat.

Anonymous said...

Ni belajar dari mana entah. Nasyid tu bukan dari arqam, tapi ikhwanul muslimin. Malu sikit arqam ni.

Ammy said...

Sebelumm ebuat tulisan ini adakah anda klarifikasi kepada kumpulan mawaddah apa maksud dari syair syair tu? Sebab jangan cuma memandai ambil kesimpulan yg sebenarnya anda tak faham. Jangan menuduh sebelum bertanya maksud sebenar kepada mereka.

Ammy said...

Sebelumm ebuat tulisan ini adakah anda klarifikasi kepada kumpulan mawaddah apa maksud dari syair syair tu? Sebab jangan cuma memandai ambil kesimpulan yg sebenarnya anda tak faham. Jangan menuduh sebelum bertanya maksud sebenar kepada mereka.

Unknown said...

kita tunggu dan lihat...

Unknown said...

Setuju

Sinan74 said...

İstanbul
Sivas
Kırıkkale
Zonguldak
Iğdır
757

ElectricSorcerer314 said...

Muğla
Samsun
Eskişehir
Sakarya
Kars
SAP5U

InfinityPioneer666 said...

manisa
sakarya
sivas
van
elazığ
N7T71

NeonMatrix007 said...

görüntülüshow
ücretli show
NYX

BinarySerpentXYOLG129 said...

malatya evden eve nakliyat
artvin evden eve nakliyat
kocaeli evden eve nakliyat
ankara evden eve nakliyat
düzce evden eve nakliyat
SZ2

BinaryPhoenix said...

kayseri evden eve nakliyat
antalya evden eve nakliyat
izmir evden eve nakliyat
nevşehir evden eve nakliyat
kayseri evden eve nakliyat
C7Hİ

3423ALindsey137FF said...

79654
Ordu Lojistik
Tokat Parça Eşya Taşıma
Denizli Evden Eve Nakliyat
Kayseri Parça Eşya Taşıma
Zonguldak Parça Eşya Taşıma

E795BBryan24A77 said...

8F77E
Şırnak Lojistik
Karaman Evden Eve Nakliyat
İstanbul Lojistik
Kilis Parça Eşya Taşıma
Iğdır Evden Eve Nakliyat

FEDDBPaytonD3C8F said...

C22CB
Ünye Televizyon Tamircisi
Tokat Şehirler Arası Nakliyat
Eskişehir Şehirler Arası Nakliyat
Keçiören Boya Ustası
Kırklareli Lojistik
Bolu Parça Eşya Taşıma
Tekirdağ Fayans Ustası
Kastamonu Şehirler Arası Nakliyat
Çerkezköy Çamaşır Makinesi Tamircisi

8F673Samuel5A56B said...

37801
Çorum Parça Eşya Taşıma
Amasya Parça Eşya Taşıma
Paribu Güvenilir mi
Kırıkkale Şehirler Arası Nakliyat
Alya Coin Hangi Borsada
Bartın Şehir İçi Nakliyat
Afyon Evden Eve Nakliyat
Antep Şehir İçi Nakliyat
Keep Coin Hangi Borsada

73F0AMilan4B534 said...

3AE7E
Aksaray Şehirler Arası Nakliyat
Urfa Şehirler Arası Nakliyat
Artvin Evden Eve Nakliyat
Etimesgut Parke Ustası
Elazığ Şehir İçi Nakliyat
Eryaman Parke Ustası
Ankara Boya Ustası
Tokat Lojistik
Kırıkkale Şehirler Arası Nakliyat

B4775Alissa48615 said...

6EFAB
binance %20 indirim

Anonymous said...

Jangan buat ulasan & menghukum tanpa merujuk kpd ilmu .

1ED02Jakayla5D2FF said...

E6EC7
sesli sohbet siteleri
ücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
Afyon Rastgele Görüntülü Sohbet Uygulamaları
Istanbul Yabancı Sohbet
Urfa Sesli Sohbet Sesli Chat
bedava görüntülü sohbet sitesi
bedava sohbet uygulamaları
yabancı görüntülü sohbet uygulamaları
Kocaeli Kadınlarla Sohbet

78E3ASaige92FE1 said...

1FE36
arculus
wallet avax
wallet bitbox
trezor web
ellipal
web ledger wallet
eigenlayer wallet
ledger
ledger

Post a Comment