Sunday, June 16, 2013

Aifa Baraqah Enterprise

Nama Syarikat: Aifa Baraqah Enterprise

Nombor Pendaftaran: (SA0254245-P)

Jenis Perniagaan: Pembekal buku-buku ilmiah, pembekal dan penjual produk makanan sunnah, pusat latihan dan bimbingan keusahawanan

Alamat Perniagaan: No 25, Jalan 4, Taman Delima, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

No Telefon: 019-3703764 / 0133088148

Tarikh Mula Perniagaan: 15 Mac 2013

Email: aifabaraqah@gmail.com

Status Syarikat: 100% Bumiputera dan Muslim

Nama Bank: Bank Islam (Kajang) 12092010038539, CIMB (Shah Alam) 12050002582105

Jenis Perniagaan: Perkongsian

Nama Pemilik: Nur Ain Binti Airil & Siti Fadilah Binti Mohd Isa

Logo Aifa Baraqah Enterprise


PERKEMBANGAN TERKINI SYARIKAT

Program Wakaf Q Ramadhan 1434H

Program Wakaf Quran semperna bulan Ramadhan 1434H di UiTM Shah Alam anjuran Aifa Baraqah Enterprise dengan kerjasama MPP UiTM Shah Alam sesi 2012/2013.

Quran yang digunakan adalah tafsir quran yang mempunyai terjemahan agar pembaca memahami isi kandungan ayat suci quran. Jadi, pahala wakaf akan berterusan diterima selagi mana pembaca itu membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan ayat2 dalam kitab suci al-quran tersebut!

Quran tersebut juga terdapat dalam pelbagai variasi warna, mesra pengguna dan ditampilkan dengan saiz kompak, mudah dipegang. Ciri-ciri ini sedikit sebanyak menarik minat mahasiswa & warga UiTM untuk membacanya.

Keunikan program wakaf quran ini adalah ia lengkap dengan sistem penomboran pada muka depan quran bagi memudahkan pewakaf menjejaki al-quran yang telah diwakafkan atas nama mereka. Juga akan diletakkan nama pewakaf pada quran bagi memudahkan pembaca mendoakan pewakaf.

Quran wakaf akan ditempatkan di Masjid dan surau-surau kolej dan fakulti UiTM Shah Alam dan akan digunakan sewaktu Tadarus Al-Quran dalam program Ihya Ramadhan kelak serta program islamik akan datang.


Pembukaan booth di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam

Friday, May 17, 2013

Wakaf Quran UiTM


 

Keinginan untuk terus berbakti di UiTM Shah Alam telah menghasilkan cetusan idea bagi menjalankan program Wakaf Q Ramadhan 1434H dalam membantu mengimarahkan lagi masjid dan surau-surau kolej di UiTM Shah Alam. Namun, program ini tidak dapat dijayakan dengan sendiri. Oleh itu, program ini memerlukan kerjasama yang baik dengan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU), dan MPP Kerohanian sesi 2012/2013 UiTM Shah Alam. Justeru itu, program ini diharap dapat memberi impak yang besar dalam permulaan bulan Ramadhan 1434H dalam usaha memartabatkan Al-Quran dan mengamalkan ayat-ayat suci tersebut.

Keunikan program wakaf quran ini adalah ia lengkap dengan sistem penomboran pada muka depan quran bagi memudahkan pewakaf menjejaki al-quran yang telah diwakafkan atas nama mereka.
  
  1. Program Wakaf Quran semperna bulan Ramadhan 1434H di UiTM Shah Alam anjuran Aifa Baraqah Enterprise dengan kerjasama MPP UiTM Shah Alam sesi 2012/2013
  2. Quran wakaf akan ditempatkan di Masjid dan surau-surau kolej dan fakulti UiTM Shah Alam dan akan digunakan sewaktu Tadarus Al-Quran dalam program Ihya Ramadhan kelak.
  3. Quran yang digunakan adalah tafsir quran yang mempunyai terjemahan agar pembaca memahami isi kandungan ayat suci quran. Juga terdapat dalam pelbagai variasi warna dan ditampilkan dengan saiz yang kecil, mudah dipegang.


Semoga usaha murni untuk menggalakkan lagi amalan sedekah/wakaf di kalangan warga UiTM Shah Alam ini memperoleh manfaat buat segenap warga kampus dan sekaligus dapat mengimarahkan lagi masjid dan surau-surau di UiTM Shah Alam.

Tafsir quran yang akan digunakan untuk program Wakaf Q Ramadhan 1434H.
Hanya dengan RM 35 senaskah, seorang - 3 orang nama boleh diwakafkan.


Mission
  • Menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan warga UiTM Shah Alam.
  • Mendidik warga UiTM Shah Alam membaca dan menghayati Al-Quran.
  • Mengimarahkan masjid dengan aktiviti tadarus Al-Quran.

Company Overview



Berminat untuk berwakaf?

Caranya mudah sahaja:
1. klik page WAKAFQURANUITM
2. klik like & pm (nama, nama pewakaf, cara bayaran: tunai/deposit tunai/internet perbankan)
Bank Islam (BIMB) Aifa Baraqah Enterprise
12-092-01-003853-9
3. emailkan bukti pembayaran ke aifabaraqah@gmail.com

~Semoga dengan amalan wakaf ini diredhai Allah dan bermanfaat buat semua~

Wednesday, August 1, 2012

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’






1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah. 

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang. 

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak. 

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. 

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah. 

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah. 

Waallahukhlam...Peringatan buat kaum hawa.