Tuesday, October 26, 2010

Mulut mengucapkan, tangan bersentuhan, hati merelakan..

Salam ukhuwwah fillah buat pembaca blog saya. Hm kadang2 saya berfikir, siapa yang agaknya sudi membaca blog ini? Mungkin di sini terdapat silent reader, jadi saya tidak pasti sama ada apa yang saya tulis ini dapat disebarkan atau tidak. Namun, tangan ini tetap menulis, otak ini ligat berfikir, hati tetap puas apabila artikel dapat dipost. Sekurang2nya, apabila ada yang tersinggah di sini, dia mendapat input berguna dan kerja dakwah seterusnya akan terus mengalir tanpa henti. Alhamdulillah! Hm pasti ramai yang tertanya2, tentang ‘consequent’ tajuk ini. Malah pelbagai andaian boleh dibuat. Tetapi jangan terlalu terburu. Meh baca dulu ye :)

“Maafkan saya, awak.” lantas tangan digenggam erat, tubuh dipeluk kuat dan hati saling menginsafi serta memaafkan sesama sendiri. Itulah tanda persahabatan yang hakiki. Apabila timbul salah faham, terguris hati, pantas dikesali dan memohon maaf. Dengan persahabatan ini, diri lebih terbela, lebih mengenali diri sendiri, belajar dari kesilapan. Bukan rasa diri sahaja yang benar. Mungkin hikmahnya lebih luas. Ingin mematangkan diri, membaiki akhlak, memurnikan jiwa. Jangan pernah menyimpan perasaan, kelak dirimu penat menyimpannya. Perselisihan faham juga menimbulkan daya pemikiran baru, yang lebih luas dan jauh. Malah saling memaafkan itu sifat yang mulia. Lembutkanlah hati dan lidah untuk mengucapkan kata2 maaf. Tiada apa yang kita rugi, malah beroleh manfaat yang lebih. Diri disayangi, disenangi dan diperbaiki oleh orang lain. Bukankah itu lebih baik?

Kemudian timbul pula masalah: kadang2 memberi maaf lebih sukar daripada memohon maaf. Sebab apa? EGO! Satu perkataan yang tidak sepatutnya ada di dalam diri manusia. Semua tahu, DIA yang Maha Berkuasa. Kenapa pula kita berasa diri lebih hebat, sempurna dan betul? Siapa kita untuk berasa EGO? Kita semua hamba. HAMBA. Jadi bolehkah seorang hamba mempunyai rasa ego sesama hamba. Sebab tiada yang lebih pada diri kita. Sepatutnya kita perlu merendah diri kerana diri adalah hamba. Saling mengingatkan dan memaafkan jika ada salah. Tidak perlu diagungkan ego itu, sifat syaitan. Malah apabila diri ego, hati tak tenang. Sering memikirkan cara untuk mempertahankan ego itu. Bukankah memenatkan? Salah satu cara untuk kenal pasti ego adalah berasa diri sahaja betul, tidak dapat menerima teguran, nasihat dan pandangan orang lain. Semua nak ikut kehendak hatinya sahaja. Maaf, orang ini harus mengikis egonya. Bagaimana? Fikirlah, adakah kita layak untuk ego? Kenapa kita berasa kita 'Besar' sehingga tidak memaafkan. DIA yang mencipta kita, bukan kita yang mencipta DIA. DIA lebih Besar, tapi Maha Pemaaf. Kita kecil, tapi nak jadi besar.

"Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilanNYA. Allah Maha Penyayang, suka kepada yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan." Pahrol Mohd Juoi

Selepas bermaafan, jangan pula mengasingkan diri, memutuskan ikatan silaturrahim. Jangan jua mengorbankan diri, katanya tidak layak lagi untuk bersahabat. Jadi berpaling daripada sahabat lantas mengorbankan diri dengan berseorangan dan meninggalkan persahabatan yang murni. Berlapang dada lah, walaupun sukar, didiklah jiwa menerimanya perlahan2. Yang lepas itu jadikan pengajaran, mulakan persahabatan semula, bina kembali kepercayaan, ratakan kembali sifat kasih, warnai dengan kenangan manis, kikislah hasad dengki & dendam dahulu. InsyaAllah persahabatan lebih bermakna, terasa kekosongan diisi kembali.

~Selalunya orang yang berkata2 itu sering diuji kata2nya. Hm muhasabah diri kembali. Benar perkara ini pernah terjadi. Allah.. Janganlah KAU jauhkan hati kami. Satukanlah kembali kasih sayang yang pernah terjalin suatu masa dahulu berlandaskan kehendakMU.. Amin ya rabb! hm nak call dia..

0 comments:

Post a Comment