Tuesday, May 19, 2009

Doakan Bersama..

Bismillah Hirrahman Nirrahim..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka..

Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku,
dan Pahala yang besar bagi mereka,
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka deritakan keranaku,
Hilangnya semua hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
dan Bertambahnya pahala kebaikan mereka,
Dengan perkenanMU ya Allah,
Hanya Engkau yang berhak membalas kejahatan,
Dengan kebaikan yang berlipat ganda..

Ya Allah,
Bila magfirahMU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya,
Maka izinkanlahku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Dengan santunanMU di tempat kediamanMU,
Yang dinaungi kemuliaanMU,
AmpunanMU serta rahmatMU..

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta anugerah yang tiada berakhir,
dan Engkaulah yang Maha Pengasih & Penyayang..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Salam Perpaduan, Salam Muhibah dan Salam Kematangan kepada semua,
saya ingin menyerulah kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita yang telah mewujudkan kita di muka bumi ini dengan izin Illahi.
Terciptanya kita dari air mani yang hina menjadi segumpal darah yang akhirnya membentuk seorang manusia yang cukup sempurna, Alhamdulillah.
Jasa mereka tidak akan sama sekali dapat dibalas dengan apa jua bentuk hadiah atau balasan.
Kita hanya sekadar dapat memuaskan hati mereka dengan mentaati dan mematuhi segala perintah mereka selagi mana ia tidak melanggar syarak.
Oleh itu sahabat-sahabat, dengan senjata umat Islam yang paling kebal dan tiada tandingannya inilah, kita gunakan sebaik mungkin untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaan yang tidak terhingga pada mereka dengan penuh keikhlasan.
Kepada sahabat-sahabat yang telah kehilangan parent, gunakanlah doa ini sebagai penghargaan yang tidak berbelah bahagi kita pada mereka kerana doa anak-anak yang Soleh & Solehah dapat membantu mereka di akhirat kelak. Semoga apa yang ingin saya sampaikan di sini tidak untuk menyedihkan sahabat-sahabat yang tiada parent, tetapi sebagai pembakar semangat untuk sahabat-sahabat lebih istiqamah dalam menghargai & menyayangi mereka walaupun mereka telah tiada. Pada yang masih mempunyai parent, hargai & sayangilah mereka sebaik mungkin selagi mana kita
masih mampu melihat dan menjaga mereka.

Wassalam...

1 comments:

Afdhal MH said...

ibu...
akulah anakmu..
anak yang pernah di kau lahirkan suatu ketika dahulu...
hasil perkongsian kasihmu dengan ayah...
ibu aku memerlukanmu..
bukalah mata ibu..jangan terus pejam mata begini..
ayah tolonglah jangan terus begini...
bangunlah..ayah ibu....aku terlalu menyayangi dirimu..
bangunlah...ya Allah..tolonglah.
kembalikan dua insan ini yang melahirkan aku,membesarkan aku..IBU!!!AYAH!!

tatkala hadir malaikat maut,tiada apa lagi yang hendak di kata..arahan Allah di laksana tanpa terlewat atau terawal..meskipun untuk sedetik cuma..
hargailah kita ada..
iringilah doa pabila tiba saatnya...
tiada lagi mereka di sisi..

Post a Comment