Tuesday, October 19, 2010

Gelanggang Perempuan

Salam mahabbah, ukhuwwah dan 1 Malaysia. May I ask?
Girl.
What make this kind of human so special? Is it because of caring? Or because of loving? Boleh saya tanya, apa yang orang ramai akan katakan akan sifat2 wanita? Pemalu, manis, ayu, angun, berdikari, cantik, manja mungkin? Huhu pada saya, wanita, hatinya lembut. Selembut sutera. Wanita, suci. Seputih susu. Wanita, manis. Semanis gula. Wanita, cantik. Secantik bunga. Wanita, pemalu. Semalu pokok semalu?? Hihi wanita sukar ditafsir sifatnya. Malah wanita terlalu rapuh hatinya. Alhamdulillah saya tergolong dalam kalangan wanita. Namun, pasti kita masih tertanya2. Kenapa sebegitu mulia Allah angkat darjat wanita.
Tempat.
Kalau anda ada anak perempuan, di manakah tempat yang anda rasa selamat untuk meletakkannya? Rumah, asrama, surau, tandas, shopping mall, taman rekreasi, atau hutan? Kalau saya adalah rumah. Mungkin ramai yang akan bersetuju. Tidak kurang pada yang tidak bersetuju, lebih2 lagi perempuan itu sendiri. Kerana akan terasa dikongkong, tidak bebas, bosan dan bagai katak di bawah tempurung. Hm tidak bagi saya. Rumahku syurgaku. Antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih suka menggunakan perkataan ini berbanding lelaki. Kerana memang fitrahnya begitu. Semua orang kata, perempuan tempatnya di rumah, di dapur. Ya benar! Bukankah itu mulia tempatnya. Walaupun gelanggangnya kecil, hanya di rumah, namun tanggungjawab dan tugasnya adalah besar. (Pahroi Mohd Juid) Ternyata perempuan lebih sesuai duduk di rumah berbanding lelaki yang lebih utama di luar rumah. Kerana apa? Kerana perempuan itu boleh membawa fitnah apabila di luar. Malah pelbagai perkara di rumah kalau tiada perempuan, sukar rumah itu hidup. Namun tidak bermakna perempuan perlu dipenjarakan di dalam rumah, tetapi pergerakannya di luar perlu batasan.
Persoalan.
Pernahkah kita berfikir, kenapa budak perempuan sewaktu kecilnya mesti main masak2, main anak patung, kalau main kawen2, dok umah, yang laki pi keje? Kecil2 lagi budak perempuan dah ada mind set dan bersedia untuk memasak bila da besar nanti, mempunyai sifat penyayang dan membiasakan diri untuk berada di rumah. Teori jelas. Praktikal 50%-50%. Sebab apa? Perempuan bila da besar menidakkannya. Pernahkah terdengar madah, tangan yang menghayung buaian boleh menggoncang dunia. Mengapa perempuan masih malu dengan statement, orang perempuan tempatnya di rumah?
im girl.

0 comments:

Post a Comment