Friday, July 31, 2009

Penjelasan & Mohon Respon

Salam Muhibah & Perpaduan buat semua pembaca..

Tentu anda kebanyakkanya berada di rumah sekarang kerana banyak IPTA & IPTS yang ditutup atau dipercepatkan cuti pertengahan penggal gara-gara wabak H1N1. Sebagaimana di UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam, kami diberi cuti seminggu iaitu dari 25 Julai 2009 sehingga 2 Ogos 2009. Ramai yang terus pulang ke rumah setelah pekeliling ditampal. Sampaikan tiket tok balik kampung habis dengan cepat sekali. So, sape yang lambat tu, balik lambatla..


Dalam kegembiraan itu, sebenarnya ada perkara yang terselindung di mana ramai orang tidak tahu. Sebenarnya cuti seminggu ini adalah cuti yang ditarik dari cuti raya seminggu nanti. Jadi, kita pelajar UiTM hanya bercuti raya selama 3 hari sahaja untuk meraikan Hari Raya Puasa yang akan datang. Rugilah pada pelajar yang belajar di Sabah, Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia yang telah membeli tiket balik kampung selama seminggu.

Pada 27 Julai 2009, MPP UiTM Pahang & MPP UiTM Sarawak telah berbincang bersama-sama dengan wakil dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Pahang & UiTM Sarawak sewaktu kunjungan MPP UiTM Pahang ke UiTM Sarawak pada 25 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009 untuk memohon rayuan pada pihak pentadbiran UiTM masing-masing tok membenarkan pelajar bercuti raya selama seminggu dan menggantikan cuti yang ditarik itu pada cuti akhir semester. Di mana, minggu kuliah tetap berjalan selama 14 minggu dan final akan dianjakkan seminggu lewat tok menggantikan cuti raya yang dipohon selama seminggu.

Oleh itu, saya nak minta respon dari anda semua berkenaan pemohonan pemanjangan cuti raya ini. Adakah anda bersetuju dengan cadangan delegasi MPP ini atau ada cadangan lain yang ingin diutarakan. Jika ada, bolehlah hantarkan cadangan anda untuk diambilkira dan dibahaskan sebelum sebarang keputusan dimajukan ke pihak pentadbiran pada 10 Ogos 2009 (seminggu dari sekarang).

Selain itu, saya juga mendengar khabar berita mengenai terdapat borang H1N1 yang terdapat di laman web UiTM yang perlu diisi oleh setiap pelajar UiTM sewaktu pulang ke UiTM setelah seminggu bercuti penggal. Saya agak terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan mengenai borang tersebut dari pihak pentadbiran. Sejam kemudian, saya mendapat message dari sahabat saya mengatakan berita tersebut adalah palsu berdasarkan keterangan Dato' Timbalan Naib Canselor UiTM yang disebarkan oleh YDP MPP Shah Alam. Jadi, saya harap tidak timbul lagi pertanyaan tentang borang H1N1 ini.

Akhir kata, saya tinggalkan anda dengan beberapa maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan tuntutan pelaksanaan keputusan secara syura dan kepentingan bertanya sekiranya tidak tahu.


"... Sedang urusan mereka (diputuskan) secara syura antara mereka ..." (Surah Asy-Syuura; 38)


"... Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Nahl; 43)


Wallahualam.. ♥ ISLAM. ALLAHU AKHBAR!!!

3 comments:

Anis Hayati said...

Assalamualaikum...
Pada pndgn sy, cdgn MPP ni boleh diterima pakai
Memandangkan 3 hari shj cuti utk raya, rasanya x cukup..
kasihan dkt pljr2 lain yg tinggal jauh..
alamatnya nanti, ada pula yg beraya di UiTM Jengka.. tentu sedih

saya x kisah pun pasal cuti akhir semester yg lambat.. sebab rasanya cuti utk raya hnya 3 hari, x cukup..
nak balik kampung lagi...

Apa pun, semuanya terletak pada MPP & pelajar lain
saya sokong apa shj keputusannya.
Insyaallah....

Mengenai SMS borang kesihatan H1N1 itu pun saya ada dapat...
setahu saya hanya UiTM Perak sahaja yg perlu mengisi borang tersebut

Sekian, wassalam

AienAiril said...

salam.
syukran ats pandangan adik.
segala keputusan bukan ats pemikiran MPP shj.
semua berhak memberikan pandangan kerana kami mengamalkan konsep syura.
Lgpun kami hny pengantara ant student & HEP.
btw, ia tetap perlu dibahaskan semula.
wallahualam..
♥ ISLAM SYUMUL!

Shafiza said...

Salam kak ain.
Ni shafiza.
Tulaaa...
Sy pn terpikir jgk.
Cuti hari raye 3 hr?
Mane boleh.
Kalo cm tu, baik die tak payah nak awalkn cuti mid sem.
ape-ape pn, buatla ape yg terbaik.
everything happen for a reason kn?

Post a Comment