10 Ciri Pelajar Muslim (Al-Marhum Sheikh Mustafa Masyur)
Pertama
Penuntut Muslim hendaklah memastikan niatnya sentiasa betul dalam menuntut ilmu. Seorang pelajar Muslim tidak hanya menuntut ilmu semata-mata untuk mendapatkan sijil bagi memperoleh kerja, jawatan dan mampu menyara hidup. Sebaliknya pelajar hendaklah meletakkan niat belajar untuk memberi sumbangan kepada Islam.
Kedua
Membetulkan pandangan terhadap pelajaran iaitu bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat yang memenuhi otak bagi menghadapi peperiksaan tetapi yang dikehendaki adalah menyediakan keperibadian terpelajar. Peribadi ini akhirnya boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia sejagat di samping memahami hubungan bidang yang dipelajari dengan kehidupan. Pendek kata, pendidikan akhlak adalah lebih utama dalam ajaran Islam.
Ketiga
Pandai memilih kawan dan bahan-bahan bacaan yang akhirnya membantunya menjauhi maksiat dan dosa.
Keempat
Mengatur masa dengan baik dalam semua aspek termasuk belajar, mengulangkaji, tidur, beriadah dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan. Ringkasannya, tidak menggunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.
Kelima
Membiasakan diri dengan kebersihan yang dimulakan dengan pembersihan dalaman iaitu perbersihan hati dari dendam, hasad, pemarah, takbur, terpedaya dan setiap perasaan yang dimurkai ALLAH swt.
Keenam
Berusaha menguasai bidang pelajaran dan mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Hal ini dituntut bagi menggembirakan hati ibu bapa di samping mengelakkan fitnah kepada pelajar Muslim.
Ketujuh
Menggilap bakat dan potensi diri dalam perkara yang boleh memberi faedah kepada usaha-usaha pengembangan.
Kelapan
Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan ALLAH dari godaan syaitan.
Kesembilan
Memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masanya adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi.
Kesepuluh
Hendaklah menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam termasuk dalam berpakaian, perhiasan dan pergaulan. Hendaklah menyuburkan adab pemalu, bijak memilih kawan perempuan serta memahami masalah agama terutamanya berkaitan hal kewanitaan Muslimah. Juga melaksanakan peranan sebagai pendakwah kepada kawan-kawan sejenisnya.
1 comments:
Terima kasih atas informasi berharga ini
Post a Comment