Tuesday, December 15, 2009

Ku Percaya Ada Cinta



Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

~This song from Siti Nurhaliza.

*******************

Salam sayang buat semua pembaca blog saya ini. Kali ini, saya nak berkongsi satu lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang saya rasa bait-bait lagunya ada mengaitkan tentang cinta pada Allah. Saya percaya setiap orang di dunia ini pasti punya masalah dan akan diuji Allah. Cume ujiannya sahaja yang berbeza-beza. Semua itu atas ketentuan qada' dan qadar Allah. Jadi apabila kita diuji, kembalilah kepada Allah SWT, kerana hanya kepada DIA lah tempat untuk kita bergantung, kerana DIA yang mencipta kita. DIA lebih Mengetahui dan Berkuasa atas kita. Firmannya,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [29 : 2 & 3]

Jika kita menusuri bait-bait lagu tersebut, ada ternyata bahawa setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Ia tidak akan terjadi atau tercipta dengan sengaja. Malah ia menunjukkan setiap perlakuan dan tingkah laku kita ada hikmah disebaliknya. Cuma, terpulang kepada kita untuk mengetahuinya atau tidak.

Selain itu, bait-bait lagu ini juga menyeru kita untuk memerhatikan sekeliling alam ini. Bagaimana pembentukannya, bagaimana prosesnya terjadi, bagaimana hubungannya dengan yang lain dan bagaimana ia terhasil. Semua itu keindahan ciptaanNYA yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana untuk membuktikan akan adanya pencipta yang Esa di dunia ini.

Bagi pendapat saya, banyak yang ingin penulis lagu ini tonjolkan tentang hasil ciptaanNya yang indah dan bersebab. Luas rangkuman contoh yang diselitkan agar kita tidak memandang kecil penciptaan alam ini. Penulis lagu ini ingin kita berfikiran terbuka dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah dberikan kepada kita. Moga-moga kita sentiasa dekat dengan Rabb kita, selain dapat meningkatkan unsur Tauhid Rububiyyah dan seterusnya mencetuskan lonjakan Tauhid Uluhiyyah dalam diri kita. Syukran atas lagu ini. Cuma, kurang senang bagi saya apabila perempuan yang mengalunkannya. Takut-takut maksud murni lagu ini kurang sampai ke benak hati dan kalbu manusia.

Wallahualam..

1 comments:

Deqna said...

cinta.
menyakitkan hati dan persaan............

Post a Comment