Monday, March 12, 2012

Sibuk atau Menyibuk?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman & Islam. Subahanallah Maha Suci Allah. Allahu Akbar Allah Maha Besar. Lailahaillah tiada tuhan selain Allah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam.

MasyaAllah lama saya tak update blog ni. Maaf atas kelewatan. Terlalu banyak perkara yang memerlukan untuk diselesaikan dalam masa yang terlalu singkat ini. Seminggu lebih di perantauan, perit dan jerih telah dilalui dengan bantuan sahabat-sahabat terhebat. Masa kan tidak, perjalanan ke Kemaman, Terengganu yang secara tiba-tiba tanpa ada perancangan teliti terlebih dahulu. Mujur sahabat berjiwa mulia membantu dari sudut pengangkutan, tempat tinggal dan lain-lain. Syukran sahabat, terasa ukhuwah fillah yang sebenar. Paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman sewaktu ke Jengka, Pahang. Sungguh mencabar dan menguji kesabaran. Situasi yang jarang saya hadapi sendiri iaitu menaiki bas tambang. Namun matlamat yang jelas memudahkan segalanya. 

Di pantai Teluk Kalung, membiarkan diri ditampar angin pantai
pada waktu hampir senja setelah lelah di makmal. Fuhh!

Malam di Jengka, terbang bersama sahabat setelah puas menjamu selera
masakan Kak Raja Ina (Ikan steam & sawi masak kicap ^^, sedap!)

Namun, dalam kesibukan yang melanda, ada perkara penting yang tak dilupakan iaitu pengajian di Shah Alam. Terlalu saya merindui suasana harmoni belajar walaupun dalam suasana hiruk pikuk kota. Juga tersangat merindui sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Hampir 2 bulan berpraktikal bersama mereka yang tidak sefikrah membuatkan diri ini merindui pengajian ilmu lebih-lebih lagi pengajian agama dan berkitab. Sungguh, jiwa manusia ini mahukan pencerahan dan pengisian jiwa dan rohani yang berkala dan berterusan.

"Jiwa-jiwa perlukan makanan rohani, santapan tarbiyah dan minuman nasihat sentiasa. Jangan biarkan ia hanyut dengan arus masa yang tidak akan pernah kembali." Khadeeja Bisyir

Kini, tinggal seminggu je lagi untuk saya mengharungi latihan di tempat praktikal. Banyak lagi laporan makmal yang perlu disiapkan dengan segera untuk dihantar. Di fikiran terbayang sudah suasana Shah Alam. Perancangan blajar dan perniagaan yang lebih cerah di sana menanti penuh teruja. Mohon doa kalian untuk dipermudahkan segalanya. Buat sahabat di Jengka, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester. Semoga kejayaan yang cemerlang milik kalian, InsyaAllah.

3 comments:

kiwi said...

bestnya gi pntai..dh lame dh x gi pntai..suka dngr bunyi ombak..angin sana ^^..masyaallah tenang sangat

Udinz.com said...

study rerajin ek..
bagus..walau dimana jua tetap teringat kat kawan2..

TiraPengemis said...

semoga dipermudahkan....aminnn

Post a Comment