Thursday, February 2, 2012

Islam is the way of life ♥


Assalamualaikum wbt dan salam Muhibbah.

Comel tak gambar di atas? Sekadar peringatan buat diri jua semua yang bergelar wanita aka perempuan di luar sana, Islam adalah sebagai salah satu cara hidup yang unggul dan sempurna. Opss lupa, untuk si jejaka dan lelaki jua. Kenapa saya katakan begitu? Kerana Islam itu telah sempurna malah diredhai oleh Allah. Allah berfirman~

Maksudnya, "Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah agama Islam." [Surah Al-Imran, ayat: 19]

Apabila kita telah lahir dengan Islam, maka seharusnya kita berbangga dengan agama yang kita miliki ini. Dengan cara apa? Mudah je, kita sayangi Islam, beramal dengannya. Senangkan? Dari tajuk saya dah tekankan bahawa Islam adalah salah satu cara kita untuk hidup di muka bumi Allah ini. Maka, tiada kesukaran dalam melaksanakannya dan mengamalkannya. Kerana setiap apa yang kita lakukan setiap hari kita hidup adalah ibadah untuk mengabdikan diri pada Allah.

Contohnya, mandi, makan, bekerja, tidur, bersosial, membeli-belah, bercuti, berseronok, belaja dan macam-macam lagi. Mudahkan? Syaratnya kita niatkan segala perbuatan kita itu lillahi taala (Kerana Allah). Pasti ganjaran pahala akan diperolehi selain diberkati dan diredhai Allah. ^_^

Yang penting kita tidak melakukan maksiat, perkara yang dilarang, merosakkan alam ciptaanNYA dan mengambil perkara yang haram. Nak masuk syurga Allah itu tidak mustahil, mudah dengan hanya melakukan amalan seharian tanpa melakukan dosa. Tetapi jangan dilupa akan ibadah wajib seperti solat, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. Kemudian, untuk menambah sedikit sebagai bonus, rajin-rajinlah melakukan perkara sunat, contohnya, berpuasa sunat, solat sunat, beriktikaf di masjid, mengerjakan umrah, membaca al-Quran dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah. Pasti kita akan terasa diri kita lebih dekat dengan Allah dan lebih tenang hidup di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKU." [Surah Ad-Dzariyat, ayat 56]

Ayat di atas ini menunjukkan matlamat utama kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepadaNYA untuk mencapai mardhatillah. So, strike for the aim and achieve the goal! Jangan berlengah-lengah lagi ye kawan-kawan. Kerana, kita hanya ada masa di dunia ini sahaja untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan baik. Lepas ini, kita akan menghadapi checkpoint2 lain yang tidak mungkin dapat kita tambah amalan kita. Tetapi, kita akan diperlihatkan tentang amalan yang kita ada dengan cara yang baik atau dengan cara yang tidak baik. Segalanya terletak pada kita.

Sekian dulu untuk post kali ini. Jumpa lagi di post seterusnya. Daaa~

0 comments:

Post a Comment