Thursday, February 2, 2012

Hedgehog aka Sugar


Assalamualaikum wbt.

Kenal tak dengan haiwan bernama Hedgehog? Species ini lebih kurang macam landak tapi lebih kecil. Kini ramai orang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Kakak Sedara saya pernah membelanya dan menamakannya Sugar =)

Sugar sejenis mamalia yang biasanya selalu tidur pada waktu siang di bawah tempat yang teduh dan kurang cahaya dan ia berhibenasi serta aktif pada waktu malam. Duri yang terdapat di badannya jarang skali dilepaskan seperti landak apabila diserang, sebaliknya hanya untuk pertahan diri sahaja. Diet pemakanannya lebih kepada omnivor iaitu makan buah, serangga, katak, ular, cendawan dan lain-lain. *Kitorang bagi makanan kucing je =) Kitaran hidup bagi spesies kecil adalah antara 2-4 tahun manakala bagi spesies besar adalah 4-7 tahun.


Hurm...

Baby...

Sugar beraksi...

Bersiar-siar...

Comelnya...

Selain Sugar (Si Hedgehog), kami pun ada membela Kuning (Si Kucing Gemuk) dan Fishy (Si Ikan Sepat & Guppy). Gambarnya nanti saya uploadkan di post lain.

* Sayangilah haiwan =) Wee~
*Mengagumi ciptaan Allah yang beraneka bentuk dan macam.*

0 comments:

Post a Comment