Sunday, November 7, 2010

Tangan orang yang menghulurkan bunga mawar, pasti akan berbau harum!


Salam penuh kecintaan atas namaMu Ya Allah buat pembaca blog ini yang setia. Mungkin saya tidak mengenali anda, tapi saya ingin memberi cinta kepada anda..

"Cinta bukan benda, yang akan berkurang apabila dikongsi. Cinta berkurang apabila cinta berubah hati. Siapa yang cinta banyak, akan memberi banyak. Tingkatkanlah cinta kepada Pencipta cinta, maka banyaklah cinta. DIA AL-WAHHAB (Maha Pemberi)". Pahrol Mohd Juoi

Begitu keindahan bercinta dengan Allah. Sekiranya kita sedar dan merasakan diri keseorangan, tiada yang mencintai kita, ingatlah bahawa kita sentiasa mempunyai Allah sebagai teman yang paling rapat dan tempat untuk kita meluahkan segala rasa rindu dan cinta. Kelmarin, saya menghadiri majlis berbuka puasa dan solat hajat di Melati, seorang ukhti yang sangat saya sayangi ada memberi tazkirah berkenaan cinta Illahi. Katanya, kalau kita cintakan seseorang itu, semua perkara kita akan kongsi dengannya. Contoh, nak pi makan ke, nak pi kedai ke, pasti kita akan bagitahu pada si dia agar si dia tak risau dan tertanya2. Maka, mengapa tidak kita lakukan sedemikian dengan Allah. Setiap apa yang kita hendak lakukan, bagitahu padaNYA. Lama kelamaan, rasa kasih sayang dan cinta kepadaNYA pasti akan menyelusuk masuk ke dalam sanubari kita. Selain itu, kesannya juga terdapat pada Si DIA. DIA pasti akan lebih menyayangi dan mencintai kita apabila DIA berasa dihargai, lebih2 lagi hambaNYA. Pasti indah bukan saat bercinta denganNYA! MasyaAllah..

Sahabat2ku yang dikasihi Allah, dalam kita memberi, janganlah kita mengharapkan balasan. Sungguh, jiwa manusia siapa yang tidak inginkan balasan yang baik setelah bersusah payah memberi, tapi kita boleh didik. Banyakkan memberi daripada menerima. Tidak kira apa sekalipun, meskipun hanya dengan senyuman, nasihat, kasih sayang, perhatian dan doa. InsyaAllah, pasti hati kita lebih tenang jika tanpa pengharapan. Dalam konteks lain, manusia dan Allah sama2 boleh memberi dan menerima. Sungguh, cantik kitaran ini.