Tuesday, November 2, 2010

Harapan Mahasiswa dalam Pilihan Raya



Salam Perpaduan, Salam Pilihan Raya, Salam 1 Malaysia!!!

Berkata tentang politik, pasti ramai mahasiswa yang masih lelap dengan politik. Tidak kurang juga yang tidak cakna langsung tentang isu semasa dan keadaan di Malaysia ni. (Bukan rakyat yang baik, maaf!) Katanya, malas nak amek tau tentang politik, politik kotor, tak nak terlibat dengan politik, dan macam2 lagi. Tahukah sahabat2, politik adalah penting. Dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad s.a.w. telah terlibat secara langsung dengan politik. Contohnya, baginda merupakan ketua negara Madinah. Malah baginda mengamalkan piagam Madinah sebagai perlembangaan negara. Jadi tidak dinafikan, politik merupakan salah satu cabang dalam Ad-deen Islam. Namun, politik sahaja pun tak boleh juga, kita perlu seimbang dengan semua cabang dalam Ad-Deen Islam.

Berhubung dengan gambar di atas, saya tertarik apabila ada mahasiswa yang turun sendiri ke tempat pilihan raya, Galas di Kelantan memberi peringatan tentang sesuatu yang baik. Pemilihan pemimpin. Ya, nasihat anak muda kepada penduduk di Galas. Antaranya, fikir dahulu sebelum pangkah, pangkahlah yang baik2 (setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu-Bahasa Kebangsaan)! Bukankah amalan saling menasihati adalah amalan yang mulia? Malah nasihat yang diberi tidak langsung memberikan kesan kepada mereka, namun dengan ikhlasnya mereka memberi. Saya kagum dengan keberanian mereka.

Namun, mereka telah ditangkap oleh pihak polis, yang menyatakan bahawa mahasiswa ini berpolitik. Maaf saya katakan bahawa pihak polis perlu siasat dahulu sebelum melakukan dan mengambil tindakan. Saya tak nak perkara seperti kematian pelajar tingkatan 3 yang mati ditembak oleh pihak polis gara2 memandu tanpa lesen berulang kembali. Ini jelas menampakkan kekurangan di sudut kecekapan pihak polis menjalankan tanggungjawab. Saya faham mahasiswa terikat dengan AUKU, Akta 173 (UiTM), tetapi isu ini langsung tidak berkaitan dengan politik. Sekalipun mereka benar terlibat dengan politik, maka Pihak Pentadbiran Universiti lah yang bertanggungjawab, bukannya pihak polis.

Bukan niat untuk menyatakan mahasiswa belum layak untuk memperkatakan tentang politik. Namun, post kali ini ingin membuka minda mahasiswa seluas2nya supaya bersedia sebaiknya perkara mengenai politik ini sebelum memasuki alam pekerjaan dan politik yang sebenar nanti. Jangan dah terjun baru nak tau bape dalam dan bahayanya lubang atau gaung yang kita terjun tu. Kaji dulu luas diameter, kedalaman, bahaya dan lain2 sebelum terjun. Begitu jugalah politik. Lakukanlah persiapan dan dalami ilmu tentang politik terlebih dahulu sebelum memasukinya. Tak rugi pun, malah berguna bagi kita. Ia juga merupakan fardhu kifayah bagi setiap umat Islam. Jadi rebutlah pahala ni ye sahabat2.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada semua pengundi si Galas dan Batu Sapi semperna pilihan raya pada 4 Oktober ini. Kami mahasiswa benar2 mengharapkan agar semua pengundi berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang baik, akan membawa kita ke arah kebaikan bukan keburukan dan maksiat. Pemimpin yang baik merupakan aset kita di akhirat kelak, manakala pemimpin yang tidak baik pula merupakan liabiliti kepada kita di akhirat nanti. Maka, gunakanlah pemikiran dan akal yang dikurniakan Allah sebaiknya. Nilailah kepimpinan seseorang berdasarkan akhlak, cara memimpin dan amalan yang dilakukan. Jangan dikaburi dengan wang ringgit dan kemewahan semata. Akhir kata, "May the best win!"

Saya dah layak mengundi!=) Bersedia untuk melakukan tanggungjawab.














0 comments:

Post a Comment