Tuesday, October 12, 2010

Musibah Membawa Mahabbah


Salam Sayang, mahabbah dan ukhuwwah fillah. Alhamdulillah diri masih diberi kesempatan waktu untuk meng'update' blog ni. Atas nikmat iman & Islam, saya masih lagi bernafas dan bernyawa untuk meneruskan penulisan di blog ni. ALHAMDULILLAH!

Sahabat2, kita tidak mengetahui bila tarikh, detik, saat dan waktu kematian kita. Jadi selalulah kita mengingati kematian agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Kerana bila2 sahaja Allah boleh tarik kembali nyawa kita untuk bertemuNYA. Untuk pengetahuan sahabat2, malaikat maut (Izrail) sering menjenguk kita setiap hari. Malah tidak pernah lepas dari pandangan kita sebanyak 70kali dalam sehari. Bertapa kematian itu terlalu hampir dengan kita, cuma kita sahaja yang tidak sedar dan lihat kehadirannya. Sedikit perkongsian dari diriku.

Sahabat2, Rasulullah saw pernah melihat sendiri malaikat pembawa wahyu (Jibrail) sewaktu di Sidratul Muntaha semasa Israk Mikraj. [Surah AnNajm, ayat 13-18] Kerana besarnya Jibrail, Jibrail hanya boleh menyerupai manusia sahaja di bumi. Ketika Jibrail menunjukkan rupanya yang sebenar, Rasulullah saw terpegun dengan kebesaran rupa Jibrail. Sahabat2, apabila Jibrail melebarkan sayapnya, dengan satu sayap sahaja sudah cukup untuk menutupi langit. Malah Jibrail, mempunyai 600 sayap. Lalu Rasulullah berkata, sesungguhnya kamu lah makhluk yang paling besar. Namun, Jibril berkata tidak. Izrail lebih besar. Izrail mempunyai 1000 sayap, 1 sayapnya seluas 600 sayap Jibrail. Sahabat2, bertapa besarnya kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Sekiranya kita boleh melihat rupa sebenar Izrail, pasti kita akan berasa gerun setiap kali berjumpa dengannya. Bayangkan 70 kali dalam sehari! Subahanallah..

Sahabat2, ketahuilah musibah adalah cara yang Allah tunjukkan pada kita supaya kita mengingatiNYA kembali. Mungkin kita telah kufur nikmat dengan pemberianNYA. Mungkin kita telah terleka dengan kesenangan yang diberikanNYA. Namun, DIA masih sayang dan kasih pada kita. Buktinya, DIA memberikan kita musibah untuk kita kembali mengingatiNYA. Maha Suci Allah, bertapa mulianya tuhan. Jika kita dengki dengan orang lain, pasti kita tidak akan menghiraukannya. Malah menjauhinya. Namun, Allah sedikit pun tidak pernah menjauh dan tidak menghiraukan kita sewaktu kita tidak dapat menerima takdir Allah. Malah, DIA berusaha untuk mengembalikan ingatan kita padaNYA. Maka, seringlah bersangka baik denganNYA dan setiap perkara yang berlaku atas diri kita. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. DIA Maha Mengetahui segalanya. Yakinlah dengan janjiNYA, pasti!

Sahabat2, apabila mendengar sahabat kita ditimpa musibah, pasti ucapan takziah dan khabar berita ditanya. Pelbagai nasihat dan pengajaran yang diselitkan. Jika sebelumnya kita berasa keseorangan, tiada yang 'care'. Dengan tiba2, ramai yang akan bertanya khabar berita, meluahkan perasaan duka, berkongsi cerita, menjaga keperluan kita dan mendoakan kesejahteraan bersama. Terhibur seketika apabila diri menjadi tumpuan ramai orang. Bertapa indahnya musibah, timbulnya mahabbah sesama sahabat, maka ukhuwwah kembali terjalin. Yang jauh terasa dekat, yang dekat terasa mesra. Hm mungkin kisah dan jalan cerita musibah ini diadaptasikan dari diri sendiri, namun jangan tersalah faham. Ianya hanyalah sebagai pengajaran buat kita semua. InsyaAllah (^_^)V

ALLAH IS THE BEST!

5 comments:

Anonymous said...

salam...musibah membawa rahmat..musibah akan mengajar kita erti sebenar menjadi hamba ALLAH..tanpa musibah,kita akn leka dgn nikmat dunia...musibah akan mengajar kita utkm kembali kepada fitrah sebenar...fitrah insani...

AienAiril said...

salam.syukran (^_^)

sEindAh mAwAr bErdUri_bidAdAri syUrgA_ said...

salam..ingtlah.akan hadir pelangi selepas hujan..insyaallah..kak ain...rndu sama kak ain..dh lama xdgr kabar.pe kbr imanmu kakakku??pe kabar amalan2 mu?pe kbar jihad ilmu mu?n pe kabar sgala2nya...sampaikanlah kbrmu pd adikmu yg merinduimu ini...^_^

AienAiril said...

wsalam.kakakmu ini merinduimu jua adik.alhamdulillah mereka sedang membesar dengan baik.adik pula bagaimana??maaf lama xbertanya khabar.

sEindAh mAwAr bErdUri_bidAdAri syUrgA_ said...

alhamdulillah...syukur...kak ain tgh nk exm skng kan??sy plak xlama lg nk exm gak..8nov..

Post a Comment