Saturday, October 16, 2010

Jauhnya Syurga - Haikal



Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini

Yang tertuang dalam bekas kesedaran

Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku

Di hening taubat dan penyerahan


Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang

Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi

Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi

Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib

Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan


Diantara nafsu dengan keimanan
Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan

Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan

Kepastian yang belum ku temui

Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian

Jauhnya syurga untuk aku jejaki

2 comments:

mR.sYaH said...

terlalu byk kekhilafan dlm hidup..
]namun ego seringkali mengatasi utk berubah..
masih adakah waktu untuk menuju syurga buatku?

:D

AienAiril said...

InsyaAllah dik.
syurga tu adalah hak semua yang inginkannya.
jika kita berusaha, pasti kita dapat memilikinya.
muhasabahlah diri selalu.
buangkan ego kerana kita tak layak untuk ego pada pencipta kita.
Dia lebih berkuasa.
Jadilah hamba yang taat padaNYA.
Jangan bertangguh untuk berubah.
Kerana kita tak tahu bila kita akan mati!

Post a Comment