Saturday, September 11, 2010

From deep inside my heart, I Really Love You!


Salam kasih sayang penuh kecintaan atas namamu Ya Allah Ya Rahman..

Cinta Allah itu Fikrah Hati
Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain2 sifat mulia, baik dan sempurna dalam hidup ini? Ya, tiada seorang manusia pun yang inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah? Mengapa? Ini adalah kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang diingini oleh kita itu.
Bukankah Allah itu Al-Ghani, memiliki kekayaan yang diinginkan oleh orang miskin? Allah itu Ar-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu Al-Adl yang mampu memberi keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas. Itulah nama-nama Allah yang sinonim dengan sifat2NYA. Allah mempunyai nama2 yang baik (Asma' al-Husna) yang menggambarkan keindahana, keadilan, kasih sayang dan segala sifat kesempurnaanNYA.

Begitulah sebahagian petikan yang terdapat dalam majalah solusi edisi ke 23 ini. Penuh bermakna, penuh tersentuh dengan kebesaran ALLAH! Subahanallah.. Ternyata semua sifat2 itu DIA yang punya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya sahaja. Sehingga kita alpa menilai sifat itu datangnya dari ALLAH bukan dari susuk tubuh manusia itu sendiri. Makanya, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan memperolehi segala-galanya. MasyaAllah! Agung sungguh sifatMU. Pernah dahulu menghadiri kuliah agama, khusus tajuknya Asma' al-Husna. Memberitahu bahawa setiap nama ALLAH itu ada kelebihanya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi. InsyaAllah..

Sahabat2, meskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan, diuji dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali2 kita menjauh dengan ALLAH. DIA maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah padaNYA. "Pernah malaikat berjumpa ALLAH mengatakan bahawa insan ini telah meminta pertolongan dariMU berkali2. Perkenankanlah. Namun ALLAH mengatakan, biarkan insan ini terus2an meminta dariKU. Kerana AKU rindu untuk mendengar keluh tangisannya.." ALLAH sedikit pun tidak rugi jika kita meminta dariNYA. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta dariNYA. DIAlah yang menentukan takdir kalian. Maka, seharusnya hanya pada DIA sahajalah yang layak diadukan masalah..

Sahabat2 yang saya kasihi dan cintai lillah, kerana cinta yang hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Tidak dinafikan, kasih sayang antara manusia itu berbahagi2 dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta ALLAH itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada ALLAH. Pepatah Inggeris menyatakan, "What you give, you get back." Maka, serahkanlah sepenuh jiwa raga kita padaNYA. Biarkan DIA sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita seberikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita perolehi. Jika banyak yang diberi, maka banyaklah yang akan diperolehi. Setiap yang mencari cintaNYA sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini..

Kini, diri ini terasa ingin sekali
mencintai dan dicintai oleh MU Ya Rahman. Maka, kurniakanlah cinta agungMU itu agar diri ini terasa tenang berasa disampingMu, beribadat kepadaMU, berjihad untuk agamaMU, berkasih sayang dengan redhaMU dan mencintai apa yang dicintaiMU. ALLAHUAKBAR! Indah sungguh perasaan itu Ya Rahman. Diri ini tidak sesekali ingin menyia2kannya..

*Syukran dan credit untuk team Solusi atas tajuk yang penuh membina diri. Semoga manusia yang lainnya juga menerima hidayah, Taufiq dan rahmatnya menerusi majalah ini. InsyaAllah..

4 comments:

sEindAh mAwAr bErdUri said...

allah....bez!!!betul..ana setuju...=).....

AienAiril said...

syukran.solusi mmg bestla.

AienAiril said...

hm seindah mawar berduri ini dielah ye?

AienAiril said...

sebahagian besar post ini telah diterbitkan dalam solusi edisi ke 25.

Post a Comment