Monday, September 13, 2010

Ni ada nak cite.Mehla baca..=)




Salam Syawal penuh kemuliaan dan kemaafan..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog setia saya. Maaflah kalau selama kewujudan blog ni ada yang terasa hati, terguris rasa, terlebih kata dan lain2 lagi. Semua yang terpost kat blog ini hanyalah pandangan saya semata-mata. Jadi kemungkinan untuk berlakunya kekhilafan itu masih ada dan tak akan lari jauh daripada setiap orang hambaNYA. Maaf zahir dan batin. hm ada terima satu mesej dari sahabat tercinta "Kemaafan itu susah untuk diberikan tapi belajarlah kerana dari kemaafan itu mungkin akan membuahkan kebahgiaan. Ingatlah sahabatku, bahagia yang kita cari mungkin ada pada orang yang kita paling benci, jadi mana mungkin untuk kita dapatkannya selagi mana kita tak mampu untuk memaafkan mereka. Jadi, belajarlah untuk memaafkan walaupun dirimu terluka. Ikhlaskan hati demi merebut syurga illahi." Hm tersentuh sangat2 bila baca mesej ni. Dulu saya bukanlah pemaaf seperti sekarang. Kerana seseorang itulah yang menyedarkan saya..
Maka di sinilah bermulanya cerita...
~Pada suatu hari yang cerah, korang mintak tolong adik korang angkatkan kain sebab korang nak pergi beli barang masakan kat kedai. Maka adik ni pun dengan patuhnya mengangkatkan kain di jemuran. Tapi adik korang ni terlebih rajin & baik, dia pun terus lipatkan kain yang bertimbun-timbun tu dan menyimpankannya di tempat yang sepatutnya. Bila korang balik penat-penat ini, teringat lak kat kain yang bertimbun-timbun itu, nak lipat dan simpan. Korang pun tanyalah kat adik, mane kain2 tu. Dengan penuh kesopanan dia menjawab, da simpan da. Korang yang penat2 ni tibe2 muka jadi berseri2. Mesti korang bukan kepalang punya suka & bersyukur. Yela korang suro angkatkan je kain tu tapi adik korang pi lipat & simpan skali. Terus semakin sayang korang dekat adik korang yang sorang ni kan?? hihi =)~

Hm macam itu lah juga Allah. Pasti Allah akan lebih sayang korang kalau korg wat lebih dari yang dia suro. DIA suro korang puasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan. [Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. 2:183] Tapi korang tambahkan lagi puasa korang dengan puasa 6 di bulan Syawal. [Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim). Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.] Lagi bertambahlah kasih sayang ALLAH pada korang. Ibu Bapa korang pun sejuk hati dengan sikap korang ni. huhu =)

Bila berkata tentang puasa sunat 6 ni, mesti ada macam2 masalah yang timbul. Lebih2 lagi bagi kaum hawa. Keliru nak ganti dulu atau nak puasa 6 dulu. [Tapi kaum Adam kena tau jugak. Mane tau nanti zaujah (isteri) korang tanya. Melalut lak nak jawab. hihihi =)] Hari tu ada pergi kuliah agama, Ustaz kate ikut mazhab Syafie', blh disekalikan puasa ganti dan puasa 6 syawal. Ini pula pandangan yang di ambil dari ILuvIslam.

--->Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.<---


JADI JOM PUASA 6 SYAWAL!!!

0 comments:

Post a Comment