Sunday, October 4, 2009

Imtihan


"Bila sejuta ilmu kita dalami, yakinlah itu hanya setitis air dari seluas lautan. Hadirkan dalam hati rasa keinsafan. Moga ilmu itu menjadi wadah mendekati Allah..."

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.."

"Bila tubuhmu lemah dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmuberpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titisan air matamu. Bila dirimu terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk 1 saat yang tidak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan yang hakiki. Hidup ini indah dan mudah jika bersama Allah.."

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester, buat adik2 akk kat kuantan, adik2 dan sahabat di Jengka dan sahabat2 di kampus dan universiti yang lain. Semoga usaha kita dalam belajar ini serba sedikit dapat membantu dalam perjuangan kita sekaligus dapat mengharumkan nama kita dan juga Islam. Dengan ilmu kita akan maju dan lebih dihormati..

"Ya Allah, jika kejayaan aku nanti memberi kerosakan, fitnah dan buruk sangka kepada diriku dan agama suci ini, maka hindarilah aku dari kejayaan tersebut. Namun, jika kejayaan aku nanti memberi manfaat,berguna dan taulan kepada diriku dan agama suci ini, maka kurniakanlah aku kejayaan yang cemerlang serta peliharalah aku dari jatuh ke lembah kegagalan. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui segalanya, Ya Fattahu Ya Alim.."

Kitalah pembela Islam!

2 comments:

Nurdyana said...

Salam aien,
selamat menempuh imtihan...
study elok2 nak final ni.
doakan kejayaan kita sama2.
^_^

AienAiril said...

salam kak dyana,
selamat menempuh imtihan juga.
insyaAllah.Chaiyok! (",)

Post a Comment