Thursday, January 26, 2012

Buku & Aku


ASSALAMUALAIKUM WBT..

>Buku<

Alhamdulillah dan syukur atas rezeki yang diterima daripada Allah SWT yang berupa Baucher Buku sejumlah RM200. Malam tadi baru selesai menggunakan sebanyak RM100 untuk membeli buku pilihan. Buku ini telah lama diimpikan untuk memilikinya. Alhamdulillah impian itu tercapai.


"Tak salah berangan-angan dan berimpikan sesuatu, asalkan ada usaha untuk mendapatkannya. Jangan pula menjadi seperti Mat Jenin yang hanya berangan-angan, namun tiada sekelumit usaha yang dilakukan. Tanpa usaha, hasil tak akan diperolehi."

Antara buku yang telah berjaya dimiliki... ♥


~Salah satu buku yang akan dijadikan panduan untuk berjaya dalam perniagaan~

~Hasil pembacaan buku 'Aku Terima Nikahnya' telah menjadikan buku ini sebagai koleksi peribadi untuk persiapan buat diriku~

Selain buku-buku ini, beberapa buah buku latihan, novel dan alat tulis saya belikan dan diberikan kepada adik-adik untuk mereka bersama-sama dapat merasai nikmat rezeki Allah ini. Semoga ianya dapat digunakan dengan sebaiknya agar tidak mengufuri nikmat berterusan Allah yang Maha Pemurah.

*****

>AKU<

Untuk pengetahuan, saya sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta yang berkaitan dengan kimia proses. Ditugaskan sebagai pembantu jurutera dalam menghasilkan tender dan sekali sekala akan melawat 'Offshore' untuk melihat dan melakukan sendiri proses pembersihatan tangki tekanan 'Pressure Vessel'.

Setelah dua hari menjalani praktikal yang masih kurang tugasannya, buku 'Aku Terima Nikahnya' inilah yang menemaniku. Malu jua membacanya di hadapan staf pejabat yang kebanyakkannya telah berumahtangga dan kesemuanya lelaki. Moga-moga segalanya baik-baik saja Ya Allah.

Buku yang dipinjamkan oleh seorang sahabat. Syukran ya sodiqoti! =)

Setakat itu dulu buat masa ni. Doakan perjalanan saya selamat daripada Kajang ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak tersayang.

0 comments:

Post a Comment