Thursday, November 18, 2010

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?



APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.


DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
ATAU
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
ATAU
Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
Unit bergerak Suruhanjaya;
DAN
Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.


TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH
Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.


MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)
1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:

2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)

3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.
4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).
5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.
6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.


BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?
Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:
1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
2) melalui internet di www.spr.gov.my;
Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
atau
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500

MENDAFTARLAH SEKARANG DAN GUNAKAN HAK ANDA
SEBAGAI WARGANEGARA
UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

4 comments:

Anonymous said...

Gambar yang bawah sekali 2...
kalau mengundi nak pangkah mane 1?
dacing ke bulan?

AienAiril said...

pangkahla yang adil.
yang melaksanakan Islam.

Anonymous said...

Dacing la...sbb banyak da dia bangunkan masjid..
bagi bantuan dan derma..

Ummu Basyirah said...

kalau saya, saya pilih Bulan.
sebab bulan melaksanakan pe yang islam ajar.
x berjudi, x minum arak dan x ambil rasuah.
lagi plak pemimpin dia tu bertaqwa, ulama'.
takkan ulama' melakukan dan menggalakkan dosa.
pape pun pilihla yang Islam. Islam Ad-Deen.
tidak mewakili bangsa tertentu, walaupun melaungkan perpaduan kaum.

Post a Comment