Saturday, April 17, 2010

Ku Sakiti Hati Mu Yang Tulus Mencintaiku...):


Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasa
kannya

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar2 mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kepada Baginda dan para sahabat Baginda amnya..




IKHLASKAN HATIKU

Jujurku ungkapkan padaMu..

Kumencari redhaMu Ya Ilahi..
Namun langkahku terbalik..
Menuju kelembah durjana..




Ya Allah kau ikhlaskan hatiku..
Yang sudah tersasar jauh..
Dari landasan mencari cintaMu..
Untuk kebahagian duniawi dan ukhrawi..


Kutahu dosaku takkan terhitung..
Bagaikan buih-buih dilautan..
Dan pepasir di pantai..
Sungguh aku takkan mencium syurgaMu..


Jangan kau bolak balikan hatiku..
Aku amat mencintaiMu..
Tetapkanlah hatiku yang gelita..
Dan suluhkan cahaya kasihMu..


Kusedar kutak layak menuju Syurgamu..
Tapi aku sentiasa mengharapkanya..
Bertemu dengan kekasihMu..
Yang ikhlas mencintaiMu sepanjang perjalannya..
Aku juga mahu begitu..

NUKILAN: sYaHrAfi


♥ ALLAH!!

3 comments:

mR.sYaH said...

terima kasih kak ain..

AienAiril said...

sama2 :)

Alans108 said...

ikhlas......kemurnian hatimu menyebut namany dengan taqwa sebagai jalannya

Post a Comment