Bersahabat dengan ahli ibadah
Kadang kala membuatkan diriku terasa hina
Bersahabat dengan ahli maksiat

Kadang kala membuatkan diriku menjadi hina
Namun jika aku menjauhi ahli ibadah
Maka jauhlah aku dari dakwahnya
Dan jika aku menjauhi ahli maksiat
Maka jauhlah aku dari berdakwah kepadanya
Kerana itu, aku perlu menjadi hamba yang hina di hadapanNYA

Saidina Ali r.a. berkata,"Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya."
Sukar untuk menjadi yang terbaik tetapi tidak mustahil jika kita lakukan yang lebih baik. Jadi tiada masa untuk kita mengalah. Walau siapa kita, jangan lupa kita membawa tujuan yang satu.
STRIVE LILLAHI TAALA!
0 comments:
Post a Comment