Saturday, May 9, 2009

Krisis Ekonomi Global

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻡ ﻮﺑﺭﻜﺍﺘﻪ ﺍﷲ ﻮﺮﺤﻤﺔ


Krisis ekonomi dunia kini kian meruncing. Biasalah tu, ekonomi ni akan turun naik turun naik, ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah. Jadi terpulanglah kepada kita samada bersedia atau tidak dengan persiapan-persiapan menghadapi krisis global ini. Pelbagai tanggapan dan pandangan pakar ekonomi dunia meramal dan terus meramal. Namun segalanya terletak pada kekuasaan ALLAH SWT. Kita sebagai umat Islam seharusnya peka terhadap keadaan semasa kita, tidak kira di dalam atau di luar negara. Penting untuk kita mengetahui, meneliti, merancang dan bertindak agar kita tidak di pandang rendah.

Setelah diketahui apabila George W. Bush akan meletakkan jawatan pada akhir tahun lepas dan menggantikan jawatan beliau dengan Barack Hussien Obama, ekonomi dunia telah mula menampakkan kemerunduman dan berlaku penyusutan yang mendadak pada harga petroleum dunia. Dahulu kita dikejutkan dengan harga petroleum dunia mencecah 140++ Dolar America setong, tetapi kini harga petroleum dunia boleh didapati dalam lingkungan hanya 80++ Dolar America setong. Jelas memperlihatkan bahawa krisis ekonomi dunia ini sangat serius. Tambahan pula, banyak syarikat-syarikat besar termasuk syarikat gergasi Jepun yang mana pekerjanya terdiri daripada hampir 2/3 rakyat Jepun terpaksa mengambil inisiatif yang dratik dengan membuang sejumlah besar pekerja bagi menampung kejatuhan ekonomi Barat. Negara kita sedikit sebanyak menerima impak dengan jumlah penganggur semakin bertambah hari demi hari.

Jadi bagaimanakah persediaan kita, umat Islam khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi dunia ini?? Pertama, bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menggenggam segulung sijil tamat belajar, adalah lebih baik untuk mereka menyambung pelajaran mereka dalam bidang yang lebih tinggi. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sepenuhnya di dada sementara menunggu keadaan ekonomi kembali pulih dalam jangka masa selama 5tahun lagi. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam ini, pelajar Islam akan mudah mendapatkan pekerjaan setimpal dengan kelulusan yang ada. Selain itu, umat Islam harus bijak berbelanja dan menguruskan keperluan harian. Tidak melakukan pembaziran dan tidak membeli barangan yang tidak berfaedah seperti membelanjakan duit dengan unsur-unsur hiburan dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan. Seelok-eloknya membelanjakan duit yang ada untuk benda-benda yang penting dan membantu menjana ekonomi ummah (HPA!!). Di samping itu, kita dapat memelihara diri dan keluarga kita terhindar daripada barang-barangan haram. Mencari yang halal itu fardhu dan dituntut dalam Islam!

Oleh itu wahai sahabat-sahabat semua, ayuhlah buka minda untuk sama-sama berubah agar kita tidak tenggelam sebagaimana tenggelamnya ekonomi dunia kini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang wajib untuk difikirkan bersama dalam merubah presepsi dan tanggapan orang bahawa umat Islam lemah, mundur dan tidak berfikiran kritis dan kreatif dalam menghadapi krisis ekonomi global.


Wassalam...

1 comments:

Anonymous said...

kenapa jadi begini? Allah duga dan turun kan bala pada kita.. kenapa bala krisis ni ada? dan barang2 pun kebanyakan naik harga? sebab semakin ramai yang menipu dalam menggunakan wang, tidak kira dalam berniaga, pecah amanah, rasuah dan seumpanya. Allah dah bagi nikmat rezeki, kita tambah pula perisa kuman yang mudah merebak dalam rezeki tu.. Kuman memang cepat membiak, tp mati pun cepat... kita semua sia-siakan rezeki Allah. Tamak. akibatnya suma kene rasa bala' Allah ni.. Setitik nila rosak susu sebelanga. setitik dosa lapar isi neraka.
sama-samalah manusia kena berubah berubah..

Post a Comment