Thursday, May 7, 2009

Ucapan Dasar??

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah Syukur dipanjatkan ke hadrat ILLAHI, akhirnya saya berpeluang untuk menulis permulaan perjalanan blog yang tidak seberapa ini. Pertamanya ucapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan dalam MPP iaitu saudari Nad & saudara Liwau yang telah mencetuskan idea persaingan antara blog-blog sehinggalah lahirnya blog MUHASABAH CINTA ini. Segala bantuan dan tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini amat diperlukan untuk memperbaiki segala kekurangan dan cacat celanya.
Muhasabah Cinta tercetus setelah sekian lama saya menghayati setiap bait2 lagu Muhasabah Cinta yang dipopularkan oleh edCoustic. Cinta yang Maha Agung yang berhak menentukan nasib dan takdir setiap orang di muka bumi ini. Lagu ini banyak mengajar saya erti bersyukur terhadap setiap nikmat yang diberikan, jelas menampakkan bertapa DIA Maha Berkuasa terhadap hambaNYA. DIA dengan mudah tanpa mengira waktu, boleh sahaja mengambil setiap nikmat kekayaan, ilmu, kesihatan, keluarga, malah setiap inci pada tubuh badan kita. Maka, hina dan malulah kita apabila berhadapan dengan Yang Maha Pencipta ini. Tunduk & sujudlah dengan penuh kehambaan menampakkan bahawa kita insan yang lemah serta tidak punya daya sama sekali terhadap kebesaran ciptaanNYA ini.
Untuk pengetahuan sahabat2, dalam 2 minggu ini sahaja pelbagai peristiwa pahit yang terjadi. Di mana ALLAH nak memberi kita ujian untuk melihat bertapa kita bersyukur atau tidak dalam menghadapinya. Minggu lepas, saya dikejutkan dengan 2 kisah pilu. Mak saudara saya telah mengalami kemalangan sehingga menyebabkan dia berada di dalam wad untuk beberapa hari. Kedua, keadaan mak yang tidak berapa sihat sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Rupanya mak rindu anak mak yang sorang ini sampai jatuh sakit kat rumah. Lama ain tinggalkan mak demi untuk meneruskan perjuangan di Kampus Khazanah Alam ini. Maafkan Ain mak. Minggu ini sahabat2 pula diberi ujian. Saudara NYPD, terpaksa berkejar pulang ke rumah kerana ayahnya mengalami kemalangan. Begitu juga dengan saudara saya yang jatuh di rumah sehingga menyebabkan kecederaan pada kakinya. Semoga kalian tabah menghadapi setiap ujian ALLAH dan semoga cepat sembuh saya doakan.
Akhir kata, setiap yang terjadi merupakan susunan dan kronologi yang indah, penuh dengan hikmah daripada DIA Yang Maha Esa. Berikanlah sepenuh keyakinan dan pengharapan agar ujian yang menimpa dapat dihadapi dengan tenang. Ingatlah setiap apa yang kita miliki ini bersifat sementara, tiada yang kekal. Hanya IMAN & TAKWA penentu segalanya.

Wassalam..

2 comments:

Unknown said...

segala yang berlaku merupakan satu peringatan pada kita bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara...

Anonymous said...

salam ain... apakah sume ni? kita sedih dengan berita ni sume. kita kkdng lupe seketika bagaimana keadaan org yang melahirkan kita org yang menciptakan kita. kita lalai dengann kelaghaaan dunia. aku harap kita semua kuat dalam menghadapi segla ujian Allah yng mempunyai untuk kita bijak meyelesaikannya dan seterusnya menumbuhkan pucuk kematangan kita dengan lebih subur mendekati Allah..

Post a Comment