Tuesday, February 14, 2012

Fenomena~



Assalamualaikum wbt..

Kenal tak mamat ni? Teka jangan tak teka. erk.. Bergaya gitu. huhu
Jangan terkejut ye teman-teman.
Mungkin ni penampilan lain untuk bagi korang dapat cam siapa dia sebenarnya.

YE! Dia adalah Ustaz Don Daniyal Don Bijiyad.

Sedikit pengenalan ustaz..

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor
(Personaliti TV Al-Hijrah)
Status: Bujang (Bertunang dengan pelajar perubatan yang sedang belajar di tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Awal kemunculan: Bulan Ramadhan 1432H (2011) di TV Al-Hijrah
Rancangan TV: 30 minit bersama Ustaz Don

Kini beliau menjadi fenomena terbaru dalam arena pendakwah Islam kerana merupakan pendakwah muda dan mempunyai gaya yang tersendiri. Beliau juga bijak dalam menyampaikan ilmu kepada segenap lapisan masyarakat yang mudah diterima serta diamalkan. Bahasa dan pendekatan yang mudah memenuhi citarasa umat masa kini. Seorang yang merendah diri, selalu menasihati agar mereka yg lebih berpengetahuan untuk menegur dia sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sewaktu ucapannya. Semoga Allah merahmati usaha dakwah Ustaz.

^_^ Dakwah bukan untuk orang tua je. Tapi untuk setiap umat Islam..

0 comments:

Post a Comment