Tuesday, June 22, 2010

Bertudung lebih ayu & anggun =)


Saya tau artikel ni panjang. Tapi tolonglah luangkan sedikit masa untuk membacanya.Tak salah membaca sesuatu yang baik & mulia.. Semoga Allah merahmati. Amin Ya Rabb!


Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.


Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkahlakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Sukamenolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.


Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanyasudah ada sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil AlQuran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan orgramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggikepada mereka.


Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesenbas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah.


Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudungberpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malahkadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.


Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggungwayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidakmempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.


Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.


Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita ygbertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.


Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utkmenutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada didalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :

" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang

diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."


Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat , tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.


Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat disekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapatkeredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.


Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergu gat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.


Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.


Wallah hu a'lam


Dipetik dari : http://wanferoaziq.blogspot.com/2008/08/kelebihan-bertudung.html


Boleh tengok gak artikel ni. BEST!

http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/261-sn063-tudung-dan-hukum-syarak

http://pukullima.blogspot.com/2009/06/tudung-labuh-tudung-biasa.html

http://rajulussyifaa.blog.friendster.com/2006/11/kelebihan-bertudung-dan-menutup-aurat/

http://malaysia.youthsays.com/questions/154249

Monday, June 21, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia



Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).
**********
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang."
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk."
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."
"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh."
"Saya tak faham."
"Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik `demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!"
"Awak sindir saya?"
"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!"
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"
"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!"
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
"Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan `genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran."
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"
"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh `berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah."
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."
"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "
"Eh, kami yang demonstrasi semua solat…"
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?"
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka."
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus `mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Renung dan insafi diri kita sejauh mane kita mengambil berat akan kepedulian kita terhadap saudara kita yang terus-menerus dihimpit oleh zionis laknatullah

OH ISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Tuesday, June 15, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau". (dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALLAM.

JOM GEMPUR IBADAH!

Friday, June 11, 2010

RMK 10


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. Ketika membentangkan RMKe-10 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos rendah untuk berdaya saing memandangkan arus globalisasi dan liberalisasi mewujudkan persaingan sengit dengan negara seperti China, India, Brazil, Rusia malah negara jiran.

eras pertama, kata Najib ialah menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Kedua ialah dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi manakala teras ketiga dengan menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Teras keempat dan kelima ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
RMKe-10 bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial", memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun berkenaan.

Dalam pembentangan yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit itu, Najib berkata bagi mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, RMKe-10 digagaskan daripada 10 idea, antaranya memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Selain itu ialah dengan menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi, memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul serta menjadikan kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata RMKe-10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan.

Dalam rancangan itu, beliau berkata Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasar untuk meningkat kepada RM38,850 atau US$12,140 pada tahun 2015.

"Ini memerlukan KDNK sebenar berkembang pada kadar enam peratus setahun. Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICTm bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan," katanya.

Najib berkata dalam RMK-10, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap.

Dalam pada itu, katanya peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 21.8 peratus dalam RMKe-9.

"Tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka ke arah memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan usaha menggalakkan sektor swasta untuk turut serta melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan kemahiran.

"Menyokong hasrat ini, kerajaan akan menyumbar pelaksanaan perolehan perkhidmatan kepada sektor swasta. Maksudnya sektor swasta akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran pada kos yang kompetitif," katanya.

Perdana Menteri berkata RMKe-10 juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan Bumiputera merupakan bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan itu.

Katanya sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan.

"Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.

"Di atas segalanya, saya memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing," katanya.

Selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada NKEA "Greater Kuala Lumpur", beliau berkata kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega "Mass Rapid Transit" berkapasiti tinggi.

Beliau percaya projek itu adalah satu lagi ikon kepada ibu negara Malaysia dan akan memberi impak yang meluas dan meliputi rangkaian perniagaan berkaitan.

"Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini," katanya.

Perdana Menteri berkata agenda pembangunan Bumiputera akan terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dengan pengagihan dalam rancangan berkenaan.

Najib berkata mulai RMKe-10, pelaksanaan program dan projek secara pelan berpusingan akan diperkenalkan.

Melalui pendekatan itu, beliau berkata peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012.
Beliau berkata pendekatan itu membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global.

"Senarai terperinci program dan projek bagi pelan pusingan pertama ini akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. Bagi melaksanakan program pembangunan RMK-10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

"Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus kepada sektor pentadbiran am," katanya.

Dengan merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata rakyat negara ini bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

"Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

"Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

"Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensina bagi mencapai kejayaan," katanya. - Bernama

Lawak2 =D


BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN