Sunday, December 20, 2009

Happy Birthday to:


Teacher Airil (my dad) 11th December

Miss Afiqah (my sis) 16th December
sebelah dia adalah my cousin ye.

Dr. Anyssa (my cousin) 19th December
And also to all people that has born on December. I'm sorry if I forgot to wish on your birthday.. hehehe perhaps I don’t noticed. So claim it!




Present :)

Kasih Adik & Kakak

Ketika akak sudah menangis sekian lama dan hati akak masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung airmatamu, kak...

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan akak merasa tertekan,
Allah bersama akak untuk menenangkan akak...

Ketika akak merasa bersendirian dan sahabat-sahabat terlalu sibuk untuk menghubungi,
Allah sentiasa berada di samping akak...

Ketika akak sudah berusaha dan tidak tahu berbuat apa-apa,
Allah sentiasa ada jawapannya, kak...

Ketika akak rasa tiada siapa yang peduli tentang akak,
Allah sentiasa peduli tentangmu, kak...


Kepada Adik, syukran atas kata2 itu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengubat hati. Buat adik2,


Dari solat, adik akan temui kedamaian..

Dari Al-Quran, adik akan temui keindahan..

Dari hadis, adik akan temui pedoman..

Dan dari dirimu dik, akk temui KASIH SAYANG..

Semoga ukhuwwah kita berkekalan...


MISS MY SISTERS..

Thursday, December 17, 2009

Happy New Year 1431 H




Salam hijrah, Salam tahun baru..

Akhirnya tamat dah tahun 1430 H. Nak masuk tahun 1431 H lak. Hm guane azam tahun baru? Hehehe azam tahun ni pun tersasar. Harap sahabat2 tak la macam tu. Apape pun, saya di sini ingin mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini memberi makna yang lebih besar buat kita. InsyaAllah.. :)


Kelebihan bulan Muharram

  1. Awal muharram ialah penetapan tahun hijrah bagi umat Islam bermula pada masa Khalifah Umar Al-Khattab berkuasa iaitu pada tahun 13 Hijrah hingga 23 Hijrah bersamaan 634-644 M. Daya usaha untuk menetapkan perhitungan tahun hijrah ini.
  2. Palig afdal berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah berpuasa dalam bulan Muharram. Paling afdal selepas solat Fadhu ialah solat Qiamulalil.
  3. Allah telah menjadikan di dalam setahun, dua belas bulan. Empat daripadanya diharamkan berperang iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
  4. Rasulullah bersabda dalam Surah Al-Fajar yang bermaksud Demi Fajar. Bermakna bulan Muharram ialah Fajar bagi tahun ini.
  5. Puasa Asyura adalah kifarah bagi setahun dan puasa di hari Arafah ialah kifarah bagi dua tahun.
  6. Siapa yang memberi kelapangan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah meluaskan rezekinya pada seluruh tahun itu.
  7. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa as bersama pengikutnya dari tentera Firaun.
  8. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan rahmat.
[Muslimin/Muslimat digalakkan berpuasa dari 1-10 Muharram]


Nanti jangan lupe baca doa ini ye.

NEW YEAR!!

Tuesday, December 15, 2009

Ku Percaya Ada Cinta



Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

~This song from Siti Nurhaliza.

*******************

Salam sayang buat semua pembaca blog saya ini. Kali ini, saya nak berkongsi satu lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang saya rasa bait-bait lagunya ada mengaitkan tentang cinta pada Allah. Saya percaya setiap orang di dunia ini pasti punya masalah dan akan diuji Allah. Cume ujiannya sahaja yang berbeza-beza. Semua itu atas ketentuan qada' dan qadar Allah. Jadi apabila kita diuji, kembalilah kepada Allah SWT, kerana hanya kepada DIA lah tempat untuk kita bergantung, kerana DIA yang mencipta kita. DIA lebih Mengetahui dan Berkuasa atas kita. Firmannya,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [29 : 2 & 3]

Jika kita menusuri bait-bait lagu tersebut, ada ternyata bahawa setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Ia tidak akan terjadi atau tercipta dengan sengaja. Malah ia menunjukkan setiap perlakuan dan tingkah laku kita ada hikmah disebaliknya. Cuma, terpulang kepada kita untuk mengetahuinya atau tidak.

Selain itu, bait-bait lagu ini juga menyeru kita untuk memerhatikan sekeliling alam ini. Bagaimana pembentukannya, bagaimana prosesnya terjadi, bagaimana hubungannya dengan yang lain dan bagaimana ia terhasil. Semua itu keindahan ciptaanNYA yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana untuk membuktikan akan adanya pencipta yang Esa di dunia ini.

Bagi pendapat saya, banyak yang ingin penulis lagu ini tonjolkan tentang hasil ciptaanNya yang indah dan bersebab. Luas rangkuman contoh yang diselitkan agar kita tidak memandang kecil penciptaan alam ini. Penulis lagu ini ingin kita berfikiran terbuka dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah dberikan kepada kita. Moga-moga kita sentiasa dekat dengan Rabb kita, selain dapat meningkatkan unsur Tauhid Rububiyyah dan seterusnya mencetuskan lonjakan Tauhid Uluhiyyah dalam diri kita. Syukran atas lagu ini. Cuma, kurang senang bagi saya apabila perempuan yang mengalunkannya. Takut-takut maksud murni lagu ini kurang sampai ke benak hati dan kalbu manusia.

Wallahualam..

Luahan rasa secebis kata


“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah:216]

*****************

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, Ia beri ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali, ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah cara Tuhan, indah pada masaNya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Ia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita kecewa dan terluka, tapi jauh di atas segalaNya, Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

*****************

Kita umumnya senang dengan pelangi tapi tak mau menerima sedikit hujan. Berikut ini, cara menerima hujan untuk mendapatkan pelangi.

Izinkan diri untuk bersedih.
Saat mengalami peristiwa yang menyedihkan, izinkan diri sendiri untuk merasakan berbagai jenis emosi yang berbeza. Perasaan ini akan hilang dengan berlalunya waktu.
Kuatkan Iman.
Biarkan hati tetap terbuka dan jangan pernah melepas harapan.
Terima perasaan seperti apa adanya.
Bicara dengan teman positif yang pernah mengalami kejadian serupa atau bergabung dengan kelompok pendukung.
Tetapkan tujuan realistis.
Beri sedikit penghargaan kepada diri sendiri atas setiap prestasi kecil yang sudah diraih. Ini akan membuat anda melangkah maju dan makin dekat dengan kebahagiaan.

*****************

Monolog dalaman..

Sering kali orang melihat diriku ceria,
tingkah lakuku menghiburkan mereka,
celotehku membingitkan suasana..

Namun di sebalik itu semua,
aku tetap insan biasa,
hamba Allah yang Esa,
punya perasaan jua,
masalah menggunung tiba,
hajat hati orang muda..

Senyum tidak bererti suka,
nangis tidak semestinya duka,
cemerlang tidak bererti berjaya,
gagal tidak semestinya selamanya..

Mungkin aku leka dengan dunia,
Mungkin aku biasa ceria,
Biar aku disisih mereka,
Biar aku menangis hiba,
asal aku dekat denganNYA..

Ya Allah Ya Rabbi,
aku cuba dekati kembali,
sejarah nabi lantasku singkapi,
pengajarannya ku teladani,
moga diri mula menyinari..

Buat sahabat yang disayangi,
mohon tunjuk ajar diri,
yang salah boleh diperbaiki,
semoga ukhuwwah kita diberkati..



AienAiril

00:06

15 Dec 09

room of me

deep bottom from kalbu


harapan tinggal harapan
selagi realiti belum realiti..

Friday, December 11, 2009

Kisah Moden. Org Bandar??

Salam Perjuangan buat sahabat sahabiah. Di sini, saya nak kongsi 3 buah kisah. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.. Wallahualam..

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentangKeluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2:
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah-3
Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini... Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah.

Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. Bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki.

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman. Cuba kita tanya diri kita sendiri...
- Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
- Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
- Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
- Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah... Alhamdulillah... Semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Wednesday, December 9, 2009

Wajah Baru Semangat Baru!

Alhamdulillah akhirnya selesai juga pemulihan dan penambahbaikan pada blog saya ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa, saya akan pastikan hanya yang terbaik untuk pembaca blog saya kerana disinilah tempat saya boleh berkarya dan meluahkan segalanya dengan mudah. Saya juga berharap wajah baru blog ini dapat memudahkan sahabat2 serta memudahkan kerja dakwah kita.

Dengan wajah baru blog saya ini, saya lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan dahulu. Harapan yang tinggi juga agar penulisan dan karya saya sedikit sebanyak dapat memberi impak dan kesan dalam pemikiran pembaca blog saya. Saya tidak mendoktrin atau memaksa pembaca blog saya untuk menerima pendapat dan pandangan saya, tetapi untuk membuatkan pembaca blog saya berfikir dan membuka luas pemikiran agar kita menjadi umat yang peka dan bijak.

Akhir kata, terimalah sebuah lagu pemangkin semangat jihad kita terhadap agama suci kita agama Islam. Segala perbuatan kita pasti akan dihitung kelak. Dan sewaktu perbicaraan nanti, kita akan sedar, hanya Islam dapat menyelamatkan kita dari api neraka. Biar kita susah dan merana di dunia yang sementara ini daripada kita susah dan merana di akhirat yang kekal kelak.

Wallahualam.. :)


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Ayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hinggal ajal kan menjelang


Henyahkan rasa takut dan gentar

Walau raga kan meregang nyawa

Kerna Allah tlah janjikan syurga

Untukmu mujahid setia


ALLAHU AKHBAR!

Tuesday, December 8, 2009

Tudung Perempuan





Hm untuk renungan bersama. Banyak input boleh diambil dari pandangan mereka yang berbeza ni. Agar semua dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran...

Tuesday, December 1, 2009

Lagu Mawaddah Terpesong

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya terkejut sangat apabila dapat tahu yang kumpulan nasyid Mawaddah yang selama ni saya dengar lagu2nye adalah golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Hm maaflah kepada semua kerana saya baru tahu mengenai kumpulan ini. Rufaqa' atau Al-Arqam memang memperjuangkan nasyid untuk menyebarkan ajaran mereka selain bergiat dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Antara kumpulan nasyid yang terkenal adalah Nadamurni yang kini telah berpecah menjadi Rabbani, Hijjaz dan Raihan. Mawaddah juga antara kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Rufaqa' Corporation. Ni ada dua buah lagu yang terang2an memuja Abuya dan menganggap dia adalah putera bani tamim yang akan memegang panji-panji Imam Mahdi. Astagfirullahalazim.. mintala dijauhkan dari terjebak dengan ajaran sesat.


Hadirlah Abuya

Hadirlah Abuya
Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya
Abuya tidak sekolah tinggi Tetapi ilmunya sangatlah tinggi

Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya
Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat
Daripada dunia

Abuya ulamak besar Abuya koporat besar
Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar

Abuya tokoh politik besar Tapi tidak masuk politik
Abuya pemimpin dan mahaguru
Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar

Orang yang sayang terlalu sayang
Orang yang benci terlalu benci
Abuya pemimpin yang dilantik
Tuhan secara semula jadi

Pengikut-pengikutnya tidak ramai
Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih
Dan penyayang uburnya hadis
Untuk memberi iman kepada semua manusia

Abuya itu harganya haris
Berkongsikan dengan siapa saja
Anak dan juga isteri tidak dimewahkan
Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan
Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin

Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya
Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan
Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem

Lahirlah etnik baru dikalangan melayu
Poligami cara hidup yang dipilih Perjuang untuk dapatkan daulah
Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang Sesama manusia.

Dia Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan
di akhir zaman oooo
dia dilantik oleh tuhan memperbaharui
urusan agama di zamanmya
ilmunya luar biasa oooo

mampu menyelesaikan
sgala permasalahan dunia
tanpa merujuk kepada sesiapa
kerna ilmunya ilham dari tuhan

dia pribadi awal kurun berperanan
jua di awal kurun
dia hadir membawa rahmat
seluruh alam sepertimana
hadirnya rasulullah ke dunia ini

hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
dan kehadirannya digeruni oleh musuh
namun tidak dapat ditewaskan dirinya
kerana di belakangnya ada tuhan
yang menjadi sumber segalanya

kepimpinannya amat disanjungi
yang kasih padanya terlalu kasih
yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia

dialah yang utama paling dicintai tuhan
kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
kepribadiannya amat membayangi rasulullah
kerana itulah dia digelar rasulli rasul..

dia hadir dikala dunia amat memerlukan
keberkatannya dia memperbaharui segala
sistem dunia yang sedia ada yang ternyata
tidak menyelamatkan dunia

lalu digantikannnya dengan sistem baharu
iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat
dan dialah seorang manusia luar biasa
dialah putera bani tamim.

Berikut adalah bentuk-bentuk keterlaluan dalam pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Abuya:

a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.
b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan.
c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.
d. Abuya dikurniakan ilmu laduni dan kasyaf, iaitu dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta kisah-kisah palsu dan fitnah terhadap ahli Arqam yang keluar dari jemaahnya.
e. Abuya adalah sumber berkat. Oleh itu apabila ada sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu."Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata,"Ini berkat Abuya @ berkat Sheikh Suhaimi."
f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.
g. Abuya adalah Sohibuzaman @ pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.

Nauzubillah...