




KOTA BHARU 18 Okt. - Individu yang sanggup membuang bayi sama seperti kaum jahiliah di Mekah yang tidak berakhlak dan berperikemanusiaan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa bimbang dengan perbuatan tersebut kerana ia mungkin akan merebak menjadi wabak sosial yang sukar diubati di negeri ini.
''Buang bayi ini, hal yang amat mendukacitakan dan seperti balik semula ke zaman jahiliah yang tidak bermoral.
''Inilah hasilnya apabila kita besar-besarkan masalah Melayu, masalah pembangunan dan ekonomi tetapi kita lupa kepada masalah moral dan akhlak.
''Akhirnya Melayu buang anak, kerana apa, kerana tidak dididik dengan Islam sebaliknya dididik dengan bangsa, pembangunan dan kemewahan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dua kes pembuangan bayi dalam tempoh kurang seminggu di bandar ini.
Kes pertama berlaku di Masjid Al-Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian pada Selasa lalu manakala kes kedua, seorang bayi lelaki ditemui di Masjid Telipot.
Kedua-dua bayi tersebut ditemui dalam keadaan sihat dan hanya dibalut dengan sehelai kain tudung serta kain.
Justeru, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri akan memerangi perbuatan tersebut melalui dakwah untuk disampaikan kepada masyarakat.
''Kita akan perangi perbuatan seumpama itu habis-habisan melalui dakwah untuk menegakkan agama melalui ceramah, usrah dan khutbah Jumaat.
''Orang lihat perkara ini tanggungjawab polis, itu salah. Sebenarnya tanggungjawab individu itu sendiri untuk menjaga moral mereka dengan Islam, sama ada mahu ke syurga atau neraka,'' katanya.
miss baby.
2 comments:
comel nye.!
anak sape kau rembat 2?
jadi ke kerja kat nursery?
+ina+
hehhehe xjadi.
tidak mendapat kebenaran
Post a Comment