Tests
Quizzes
Project CSC
Lab reports
and many more..
I can always ask people to pray for me. Will you? But if I myself don’t have any effort to change it, it never happens. Me, wake up! Final is around the corner.. Hm I have to share this with you all, as reminder to you and me as well..
Dari Abu Hurairah r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” [H.R. Ibnu Majah & At-Tarmizi: Hasan]
Pengajaran Hadis:
Allah tidaklah menjadikan manusia suatu makhluk yang sia-sia hidup di dunia ini tanpa tujuan. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. mengajarkan umat Islam agar memohon ilmu yang berguna, iaitu ilmu yang dapat diamalkan bagi kepentingan hidup di dunia dan seterusnya kepentingan di akhirat.
Seseorang umat Islam disarankan memilih sesuatu berdasarkan kedudukannya yang lebih utama, utama, terbaik, baik, sederhana dan sedikit baiknya. Mana-mana yang tidak berguna hendaklah terus dibuang atau ditinggalkan.
Umat Islam tidaklah wajar hidup tanpa tujuan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam perancangan itu hendaklah ditinggalkan sesuatu yang tidak berguna kepada agama, diri dan keluarga. Jika ada orang yang mengamalkan bid’ahnya dalam suatu masyarakat, maka tinggalkan dia dengan bid’ahnya, janganlah terikut dengan kesesatan, sebab dia mensia-siakan hidup anda!
2 comments:
tape..
nanti kite saling mengingatkan ye kak...
syukran ya habibi ukhti =D
Post a Comment