Saturday, September 5, 2009

Kesalahan Muslim di Bulan Ramadhan

Salam mahabbah buat semua. Dah masuk hari ke16 kita berpuasa. Tapi adakah kita tahu bahawa puasa kita diterima ALLAH? Jom kita baca, adakah kita...
  1. Makan dan minum setelah batal puasa dengan sengaja. Hm dah la sengaja batalkan puasa, pastu nak tunjuk-tunjuk kat org yang dia da xpuasa. xbolehla macam tu.
  2. Makan sahur di tengah malam bukan di penghujung malam. Selalunya orang malas nk bangun pagi-pagi, so dia makanlah sahur sebelum tido.
  3. Bersahur (makan dan minum) tanpa beribadat kepada ALLAH. Ambillah peluang ini untuk beribadat dan merasai kemanisan Qiamullai yang berada dalam bulan Ramadhan.
  4. Solat withir selepas solat terawih. Solat withir adalah penghabisan solat sebelum bermulanya Subuh yang baru. Jadi untuk menyahut seruan Qiamullai di bulan yang mulia ini, kita seharusnya solat withir setelah selesai Qiamullai.
  5. Tidak melaksanakan solat apabila berpuasa. Hm rugi je dia puasa tapi x solat. Umpama makan tak kenyang-kenyang.
  6. Tidak melalukan solat subuh secara berjemaah. Berjemaah tu kan lebih banyak pahalanya daripada solat bersendirian, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan. Kalau dah sahur secara berjemaah, kan elok solat pun berjemaah.
  7. Niat ke masjid atau surau hanya untuk memeriahkan keadaan bukan untuk beribadat kepada ALLAH. Seronok tengok ramai orang kat masjid, tapi niat kita kena betul...
  8. Beralasan & tidak produktif semasa siang hari. Penat puasa sampai dah tak larat nak buat keje-keje harian. Haisyh, tak bolehlah macam tu..
  9. Memperbanyakkan tidur di siang hari. Walaupun ada hadis menyatakan tidur itu ibadat, tapi ia adalah hadis yang dhaif (lemah). Lagi pun, kalau tidur banyak-banyak, lagi memenatkan badan.
  10. Menjadikan imsak sebagai lampu merah untuk bersahur. Sepatutnya, kita perlu berhenti bersahur sebelum waktu imsak, bukan time dah imsak berhenti.
  11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid atau di surau dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Ramai wanita yang tak sedar bahawa kain telekung mereka jarang dan menampakkan tubuh badan. Kalau berpakaian yang seksi dan tidak menutup aurat tapi pakai telekung, sama je macam tak pakai telekung.
  12. Berpuasa dengan duit yang haram. Dalam keadaan puasa, kita seharusnya berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas besar, dosa-dosa dan harta yang haram. Jadi kalau ada harta yang haram, seelok-eloknya bertaubat dan tidak melakukannya lagi. Tambahan, sebelum masuknya bulan Ramadhan, kita seharusnya meminta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan lebih afdhal daripada meminta maaf apabila masuknya bulan Syawal.
  13. Tidak berdoa sewaktu berpuasa. Antara doa yang dimakbulkan oleh ALLAH ialah doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. Jadi banyak-banyakkanlah berdoa kerana ia adalah senjata umat Islam.
  14. Kurang membaca Al-Quran & menghabiskan waktu dengan perkara-perkara yang lagha. Pada bulan Ramadhan inilah kita seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar pahala dan amal ibadah umpama kita hanya ada waktu keemasan ini sahaja.
Dengan pendedahan ini, harap-harapnya baki Ramadhan kali ini dapat diperbaiki agar ibadah puasa kita diterima oleh ALLAH. Owh jangan lupa, malam Lailatul Qadr. Sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi malam-malam terakhir di bulan Ramadhan dengan amal ibadah untuk menggantikan semula dosa-dosa yang pernah kita lakukan dulu.

Wallahu 'alam...

2 comments:

Anonymous said...

salam kak ain...
selepas solat witir boleh solat sunat..
x semestinya penutup qiamullail..
cbe rujuk satu hadis dari Aisyah mengenai cara solat Rasulullah..
-adikmu-

AienAiril said...

salam..
hm ni ada tambahan sikit
Bolehkah Sembahyang Sunat Lain Selepas Witir?

Apabila seseorang itu sudah mengerjakan sembahyang witir, kemudian dia hendak mengerjakan sembahyang sunat yang lainnya seperti sunat tahajjud, hukumnya adalah harus dan tidak makruh perbuatannya itu. Akan tetapi bolehkah dia mengulangi sembahyang witirnya itu? Dalam hal ini, sembahyang witirnya yang awal itu tidak terhapus. Oleh yang demikian janganlah diulangi sembahyang witirnya itu, akan tetapi bolehlah dia mengerjakan apa saja sembahyang yang syaf‘an (genap) jika dia mahu. (Majmuk: 4/22,32)

Dalam sebuah hadis Thalq bin ‘Ali daripada ayahnya berkata yang maksudnya :

"Saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

**maaf pembetulan entry di atas. tidak digalakkan solat witir selepas solat terawih kalau niat nak bgun qiam. tapi xmengapa jika xyakin dpt bgun qiam dan solat witir dahulu. =D

Post a Comment