Monday, June 22, 2009

Perjuangan Pemimpin

Kadang-kadang dalam perjuangan merentasi menujuNYA yang Satu..
Pelbagai dugaan yang menimpa..
Meratah keimanan kita satu per satu..
Kadang-kadang terasa tak mampu..
Kadang-kadang mahu beralah..
Tapi ingatlah wahai sahabat-sahabat..
Di sana terselit kebahagiaan yang hakiki yang menanti..

SALAM PERJUANGAN

7 yang mendapat naungan ALLAH:
~PEMIMPIN YANG ADIL~
~Pemuda yang membesar dalam ibadah~
~Orang yang hatinya mengingati masjid~
~Orang yang merahsiakan sedekah~
~Lelaki yang menolak zina~
~Dua orang yang bertemu & berpisah kerana ALLAH~
~Orang yang menangis kerana mengingati ALLAH~

Oleh itu, pesanan saya buat semua orang yang bergelar pemimpin, peganglah tanggungjawab dan amanah itu sebaik mungkin. Jangan hanya kerana inginkan populariti, nama, pangkat dan kedudukan sahaja kita memegang jawatan. Tugas sebagai pemimpin sangatlah berat. Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar di akhirat kelak ketika disoal ALLAH, kita dapat menjelaskannya dengan sebaik mungkin. Bukan sekadar nama atas kertas, bukan sekadar melakukan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan, aktiviti yang ramai orang hadir namun melalaikan. Pemimpin haruslah bijak menjaga amanah yang telah diberikan, bijak menguruskan masa, bijak mengatur strategi dan bijak memberikan kesedaran pada masyarakat selain menjaga ibadah dan kebajikan masyarakat. Jika tidak, dia hanya melakukan kerosakan demi kerosakan, baik dari segi akhlak, jati diri, masyarakat, alam sekitar mahupun diri sendiri! Firman ALLAH :

"Ketahuilah sesungguhnya mereka adalah orang yang membuat bencana dan kerosakan tetapi tidak disedarinya. Apabila dikatakan kepadanya, 'Berimanlah kamu sebagaimana orang itu telah beriman'. Mereka menjawab, 'Patutkah kamu beriman seperti orang bodoh itu?' Ketahuilah bahawa merekalah orang bodoh itu tetapi tidak mengetahuinya."
[Surah Al-Baqarah : Ayat 12-13]

Bagi mereka yang mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin pula, anda perlulah bijak dalam menilai pemimpin melalui ciri-ciri pemimpin yang sebenarnya. Janganlah pula anda memilih pemimpin berdasarkan popularitinya, kecantikannya dan kemewahannya, serta janganlah anda memilihnya kerana mempunyai niat di sebaliknya pula.. Ini kerana, andalah yang mencorakkan dan menentukan keadaan dan situasi dalam sesebuah organisasi itu sendiri. jika pemimpim yang anda pilih seorang yang jahil, tamakkan harta, korupsi, gila glamor, tak tahu wat keje maka organisasi itu akan hancur binasa. tetapi jika anda pilih pemimpin yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berlandaskan ajaran Islam, maka insyaALLAH organisasi itu akan maju, mudah ditadbir dan kurang masalah yang berlaku.. Sekaligus, bebanan dosa terhadap kerosakan yang berlaku tidak diperolehi. Jadi anda fikir-fikirkanlah.. Anda inginkan doasa atau pun pahala..??

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment