Wednesday, May 20, 2009

Ukhuwwah [Part 2]





miss my sahabat so much =[

Tuesday, May 19, 2009

Doakan Bersama..

Bismillah Hirrahman Nirrahim..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka..

Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku,
dan Pahala yang besar bagi mereka,
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka deritakan keranaku,
Hilangnya semua hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
dan Bertambahnya pahala kebaikan mereka,
Dengan perkenanMU ya Allah,
Hanya Engkau yang berhak membalas kejahatan,
Dengan kebaikan yang berlipat ganda..

Ya Allah,
Bila magfirahMU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya,
Maka izinkanlahku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Dengan santunanMU di tempat kediamanMU,
Yang dinaungi kemuliaanMU,
AmpunanMU serta rahmatMU..

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta anugerah yang tiada berakhir,
dan Engkaulah yang Maha Pengasih & Penyayang..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Salam Perpaduan, Salam Muhibah dan Salam Kematangan kepada semua,
saya ingin menyerulah kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita yang telah mewujudkan kita di muka bumi ini dengan izin Illahi.
Terciptanya kita dari air mani yang hina menjadi segumpal darah yang akhirnya membentuk seorang manusia yang cukup sempurna, Alhamdulillah.
Jasa mereka tidak akan sama sekali dapat dibalas dengan apa jua bentuk hadiah atau balasan.
Kita hanya sekadar dapat memuaskan hati mereka dengan mentaati dan mematuhi segala perintah mereka selagi mana ia tidak melanggar syarak.
Oleh itu sahabat-sahabat, dengan senjata umat Islam yang paling kebal dan tiada tandingannya inilah, kita gunakan sebaik mungkin untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaan yang tidak terhingga pada mereka dengan penuh keikhlasan.
Kepada sahabat-sahabat yang telah kehilangan parent, gunakanlah doa ini sebagai penghargaan yang tidak berbelah bahagi kita pada mereka kerana doa anak-anak yang Soleh & Solehah dapat membantu mereka di akhirat kelak. Semoga apa yang ingin saya sampaikan di sini tidak untuk menyedihkan sahabat-sahabat yang tiada parent, tetapi sebagai pembakar semangat untuk sahabat-sahabat lebih istiqamah dalam menghargai & menyayangi mereka walaupun mereka telah tiada. Pada yang masih mempunyai parent, hargai & sayangilah mereka sebaik mungkin selagi mana kita
masih mampu melihat dan menjaga mereka.

Wassalam...

Saturday, May 16, 2009

Ukhuwwah [Part 1]



Berdasarkan riwayat Muslim dr Abu Dzar r.a. berkata, bersabda Rasulullah[SAW];
"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerah ketika bertemu saudaramu."


Bismillahir Rahman Nir Raheem

Maksud ukhuwwah (persaudaraan) adalah:

Hati-hati dan roh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran, sahabat syaitan durjana. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang.

Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada, yang sederhana adalah menyamakan saudaranya dengan dirinya sendiri dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).

Jadi sahabat2, pilihlah nak memiliki persahabatan yang bagaimana.. yang paling rendah, sederhana atau yang paling tinggi darjat kasih sayangnya pada sahabatnya. Sekiranya sahabat2 telah pun menentukan dan mempunyai sahabat yang paling tinggi darjat kasih sayangnya, maka jaga dan suburilah hubungan yang diredhai ALLAH ini sebaik mungkin. Dan apabila dinamakan persahabatan yang paling tinggi darjat kasih sayangnya, maka akan adalah ujian daripada Yang Maha Esa untuk menguji dan melihat seteguh & sesetia mana persahabatan itu dipelihara. Tidak kalah juga kedengkian dan kegelisahan syaitan yang runsing dan bingung setiap kali adanya persahabatan yang terbina atas landasan akidah yang kukuh kerana ALLAH SWT, maka tidak senang duduklah syaitan2 ini yang berusaha untuk menghancurkan serta memecahbelahkan hubungan tersebut.

Buat sahabat2 saya yang tahu bagaimana kasih sayang saya pada mereka, saya sangat2 merindui saat2 indah kita bersama, bergurau senda, beriadah beramai2, menjamu selera bersama, solat dan tidur secara berjemaah.. andai diri ini telah melakukan kesilapan yang mengguriskan hati sahabat2, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri ini. Sahabat, bimbing dan perbaikilah diriku ini. Terimalah salam persahabatan dan kasih sayang daripadaku..

Ku akui kelemahan diri,
Kuinsafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah taubatku ini..




Wallahualam..

Thursday, May 14, 2009

CERITERA


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.


Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?


Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.


Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?


Pemuda: Tentulah sakit!


Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?


Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.


Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?


Pemuda: Tidak!


Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.


Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?


Pemuda: Tanah!


Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.


Terjawab sudah soalan ketiga.


Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.


Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.



Saturday, May 9, 2009

Ada apa dengan CSC?

"Kenapa ain asyik mengadap lap top je?? Kan da nk exam CSC esok ptg..", hamba ALLAH SWT


"Hmm rasenye tak salah main lap top time exam CSC", aien kot.


Rasenya CSC ader je kene mengena ngan lap top. xsemestinya blaja CSC guna buku je.
Cubela buka minda sket, saya rasa kalau kita blaja secara praktikal, adalah lebih berkesan dan terus je masuk sebab saya guna pendapat bahawa learn form mistake, try and error..

Oleh itu, tak perlu memperoalkan cara pembelajaran seseorang itu kalau anda tidak memahami cara pembelajarannya. Setiap orang lain caranya. 1 Matlamat Infiniti Cara Perlaksanaannya. YEAH!!


MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMPERKASAKAN HPA!!
Produk HPA ada banyak. Yang paling popular adalah KOPI RADIX 7in1
Mengandungi pelbagai herba antaranya adalah Tongkat Ali.
Selain itu, minuman yang popular dikalangan kanak-kanak adalah RADIX KOKO
Mirip kepada Milo, mengandungi ekstrak barli yang terdapat kesan serat yang tinggi
berfungsi sebagai pelawas.
Mai Secawan!
[xpasal pasal??]



Wallahualam..

Krisis Ekonomi Global

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻡ ﻮﺑﺭﻜﺍﺘﻪ ﺍﷲ ﻮﺮﺤﻤﺔ


Krisis ekonomi dunia kini kian meruncing. Biasalah tu, ekonomi ni akan turun naik turun naik, ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah. Jadi terpulanglah kepada kita samada bersedia atau tidak dengan persiapan-persiapan menghadapi krisis global ini. Pelbagai tanggapan dan pandangan pakar ekonomi dunia meramal dan terus meramal. Namun segalanya terletak pada kekuasaan ALLAH SWT. Kita sebagai umat Islam seharusnya peka terhadap keadaan semasa kita, tidak kira di dalam atau di luar negara. Penting untuk kita mengetahui, meneliti, merancang dan bertindak agar kita tidak di pandang rendah.

Setelah diketahui apabila George W. Bush akan meletakkan jawatan pada akhir tahun lepas dan menggantikan jawatan beliau dengan Barack Hussien Obama, ekonomi dunia telah mula menampakkan kemerunduman dan berlaku penyusutan yang mendadak pada harga petroleum dunia. Dahulu kita dikejutkan dengan harga petroleum dunia mencecah 140++ Dolar America setong, tetapi kini harga petroleum dunia boleh didapati dalam lingkungan hanya 80++ Dolar America setong. Jelas memperlihatkan bahawa krisis ekonomi dunia ini sangat serius. Tambahan pula, banyak syarikat-syarikat besar termasuk syarikat gergasi Jepun yang mana pekerjanya terdiri daripada hampir 2/3 rakyat Jepun terpaksa mengambil inisiatif yang dratik dengan membuang sejumlah besar pekerja bagi menampung kejatuhan ekonomi Barat. Negara kita sedikit sebanyak menerima impak dengan jumlah penganggur semakin bertambah hari demi hari.

Jadi bagaimanakah persediaan kita, umat Islam khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi dunia ini?? Pertama, bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menggenggam segulung sijil tamat belajar, adalah lebih baik untuk mereka menyambung pelajaran mereka dalam bidang yang lebih tinggi. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sepenuhnya di dada sementara menunggu keadaan ekonomi kembali pulih dalam jangka masa selama 5tahun lagi. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam ini, pelajar Islam akan mudah mendapatkan pekerjaan setimpal dengan kelulusan yang ada. Selain itu, umat Islam harus bijak berbelanja dan menguruskan keperluan harian. Tidak melakukan pembaziran dan tidak membeli barangan yang tidak berfaedah seperti membelanjakan duit dengan unsur-unsur hiburan dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan. Seelok-eloknya membelanjakan duit yang ada untuk benda-benda yang penting dan membantu menjana ekonomi ummah (HPA!!). Di samping itu, kita dapat memelihara diri dan keluarga kita terhindar daripada barang-barangan haram. Mencari yang halal itu fardhu dan dituntut dalam Islam!

Oleh itu wahai sahabat-sahabat semua, ayuhlah buka minda untuk sama-sama berubah agar kita tidak tenggelam sebagaimana tenggelamnya ekonomi dunia kini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang wajib untuk difikirkan bersama dalam merubah presepsi dan tanggapan orang bahawa umat Islam lemah, mundur dan tidak berfikiran kritis dan kreatif dalam menghadapi krisis ekonomi global.


Wassalam...

Thursday, May 7, 2009

Ucapan Dasar??

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah Syukur dipanjatkan ke hadrat ILLAHI, akhirnya saya berpeluang untuk menulis permulaan perjalanan blog yang tidak seberapa ini. Pertamanya ucapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan dalam MPP iaitu saudari Nad & saudara Liwau yang telah mencetuskan idea persaingan antara blog-blog sehinggalah lahirnya blog MUHASABAH CINTA ini. Segala bantuan dan tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini amat diperlukan untuk memperbaiki segala kekurangan dan cacat celanya.
Muhasabah Cinta tercetus setelah sekian lama saya menghayati setiap bait2 lagu Muhasabah Cinta yang dipopularkan oleh edCoustic. Cinta yang Maha Agung yang berhak menentukan nasib dan takdir setiap orang di muka bumi ini. Lagu ini banyak mengajar saya erti bersyukur terhadap setiap nikmat yang diberikan, jelas menampakkan bertapa DIA Maha Berkuasa terhadap hambaNYA. DIA dengan mudah tanpa mengira waktu, boleh sahaja mengambil setiap nikmat kekayaan, ilmu, kesihatan, keluarga, malah setiap inci pada tubuh badan kita. Maka, hina dan malulah kita apabila berhadapan dengan Yang Maha Pencipta ini. Tunduk & sujudlah dengan penuh kehambaan menampakkan bahawa kita insan yang lemah serta tidak punya daya sama sekali terhadap kebesaran ciptaanNYA ini.
Untuk pengetahuan sahabat2, dalam 2 minggu ini sahaja pelbagai peristiwa pahit yang terjadi. Di mana ALLAH nak memberi kita ujian untuk melihat bertapa kita bersyukur atau tidak dalam menghadapinya. Minggu lepas, saya dikejutkan dengan 2 kisah pilu. Mak saudara saya telah mengalami kemalangan sehingga menyebabkan dia berada di dalam wad untuk beberapa hari. Kedua, keadaan mak yang tidak berapa sihat sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Rupanya mak rindu anak mak yang sorang ini sampai jatuh sakit kat rumah. Lama ain tinggalkan mak demi untuk meneruskan perjuangan di Kampus Khazanah Alam ini. Maafkan Ain mak. Minggu ini sahabat2 pula diberi ujian. Saudara NYPD, terpaksa berkejar pulang ke rumah kerana ayahnya mengalami kemalangan. Begitu juga dengan saudara saya yang jatuh di rumah sehingga menyebabkan kecederaan pada kakinya. Semoga kalian tabah menghadapi setiap ujian ALLAH dan semoga cepat sembuh saya doakan.
Akhir kata, setiap yang terjadi merupakan susunan dan kronologi yang indah, penuh dengan hikmah daripada DIA Yang Maha Esa. Berikanlah sepenuh keyakinan dan pengharapan agar ujian yang menimpa dapat dihadapi dengan tenang. Ingatlah setiap apa yang kita miliki ini bersifat sementara, tiada yang kekal. Hanya IMAN & TAKWA penentu segalanya.

Wassalam..

Wednesday, May 6, 2009

Kata-kata bermanfaat

InsyaALLAH ain harap kata-kata di bawah ni dapat membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya akan terkesan dan memikirkan kembali kebenaran dan kesahihan kata-kata tersebut.


`Cerdasnya orang yang beriman adalah

dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat,

yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk mati,

tapi hidup untuk Yang Maha Hidup,

hidip bukan untuk mati,

tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati,

jangan cari mati dan jangan pula lupekan mati,

kerana mati adalah pintu untuk berjumpa dengan ALLAH.

Mati bukan cerita akhir dalam hidup,

tapi mati adalah awal cerita yang sebenarnya.

Maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.'


Oleh itu wahai sahabat2 ingatilah kematian agar diri tidak terlena dan terleka. kita ini hanya pinjamanan sahaja di dunia ini.Maka, kejarlah kelebihan di syurga berbanding kelebihan di alam nyata yang fana ini.

Wassalam..

Tuesday, May 5, 2009

Harapan


Semoga ada PELANGI untuk setiap TAUFAN,
Semoga ada RAHMAT untuk setiap UJIAN,
Semoga ada SENYUMAN untuk setiap TANGISAN,
Semoga ada KEBERKATAN untuk setiap DOA DAN AMALAN.

Renungan

“Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)