Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha :)


Korban di Malaysia

Korban di Mesir

Korban di Palestin

Senang dudukkah kita?

Setelah nabi Ibrahim as bermimpi supaya menyembelih anaknya nabi Ismail as yang amat dicintainya, perintah Allah SWT itu terus dilaksanakan. Berbeza dangan kita hari ini, walaupun terdapat hitam putih dalam al-Quran supaya melaksanakan hukum Islam, manusia tetap berdalih dan angkuh.
Sedangkan nabi Ibrahim as sanggup menyembelih anaknya walaupun hanya mendapat perintah Allah SWT dari mimpi yang tiada langsung hitam putih. Tetapi manusia kini pula enggan memotong tangan seseorang yang bergelar pencuri walaupun sudah tersedia dalil qat'ie sebagai hitam putih arahan Allah SWT.
Manakah yang lebih sedih, menyembelih anak sendiri atau memotong tangan pencuri?
Semoga sambutan hari raya korban kali ini dapat kita hayati perintah Illahi..

Tidak sedarkah kita?

4 Perkara


Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya.

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
”Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
”Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.