Friday, September 18, 2009

Happy Eid Mubarak~


miss my sahabats..
jom konvoi selangor lak!!

Monday, September 7, 2009

Wasting Time


In this weekend, I think me wasting lots of my time with things that are not so important. I don't know why. But I just regret it now when its time to weekdays.. Owh God please helps me! If I could rewind the time, I will recover back my wasting time. Hm could I?

My proposal

Tests

Quizzes

Project CSC

Lab reports

and many more..

I can always ask people to pray for me. Will you? But if I myself don’t have any effort to change it, it never happens. Me, wake up! Final is around the corner.. Hm I have to share this with you all, as reminder to you and me as well..

Dari Abu Hurairah r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” [H.R. Ibnu Majah & At-Tarmizi: Hasan]

Pengajaran Hadis:

Allah tidaklah menjadikan manusia suatu makhluk yang sia-sia hidup di dunia ini tanpa tujuan. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. mengajarkan umat Islam agar memohon ilmu yang berguna, iaitu ilmu yang dapat diamalkan bagi kepentingan hidup di dunia dan seterusnya kepentingan di akhirat.

Seseorang umat Islam disarankan memilih sesuatu berdasarkan kedudukannya yang lebih utama, utama, terbaik, baik, sederhana dan sedikit baiknya. Mana-mana yang tidak berguna hendaklah terus dibuang atau ditinggalkan.

Umat Islam tidaklah wajar hidup tanpa tujuan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam perancangan itu hendaklah ditinggalkan sesuatu yang tidak berguna kepada agama, diri dan keluarga. Jika ada orang yang mengamalkan bid’ahnya dalam suatu masyarakat, maka tinggalkan dia dengan bid’ahnya, janganlah terikut dengan kesesatan, sebab dia mensia-siakan hidup anda!

That’s make me think, am I doing the ‘sia-sia’ things? Am I in sin?? Owh God please forgives me! I will change to better person that think and do only the important things for my Religion, myself and my beloved family.. I’m sorry mummy, daddy..

Hand Phone Al-Quran - myiman




Ciri-ciri perisian;

-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris
-doa khatam al-quran
-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis)
-11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain
-waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara


Ciri-ciri telefon:

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bleutooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sd card slot
-camera 1.3 megapixel


Accessories:

-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan


Extra feature

-games
-unit converter
-currency converter
-world clock


Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAM

Harga Seunit:
RM 380.00
(Harga Asal:RM 390.00)

hm nak beli!!

Saturday, September 5, 2009

Layar Keinsafan...

Perjalanan perjuangan ini tidak terlepas dari ujian dan dugaan. Ujian yang dianugerahkan pasti ada hikmah disebaliknya. Tika diuji, ayuh kita kembali kepada Dia.. Memohon keampunan dan perlindungan. Ujian yang dianugerahkan adalah kafarah pada dosa-dosa yang dilakukan. Ujian ini tanda kasih dan sayang Dia pada hambaNya agar tidak terleka dengan nikmat yang melimpah. Moga Allah beri kemenangan kepada Islam dan ketabahan pada pejuang agamaNya yang sedang diuji. Mungkin kita kalah di dunia, tetapi tidak di akhirat. Dia lebih Mengetahui... Janji Allah bukan pembohongan!


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecik
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihmu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikuriakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar...

Hm banyak kenangan saya pada lagu ini. Tapi tu semua kenangan. Kisah silam diingati untuk pengajaran, bukan diulangi. Berubah dari kurang baik kepada lebih baik. Bukan kerana kita jahat. Tidak semua orang sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah saw..Berusahalah membaiki diri kita.

Tadi tengok cite Nur Kasih (Peminat setia!=D) Dia buat pengambaran di sekitar Makkah, Jeddah. Hm tibe-tibe rindu pada baginda. Bila lagi saya dapat menziarahi baginda & memijak tanah suci...

Kesalahan Muslim di Bulan Ramadhan

Salam mahabbah buat semua. Dah masuk hari ke16 kita berpuasa. Tapi adakah kita tahu bahawa puasa kita diterima ALLAH? Jom kita baca, adakah kita...
  1. Makan dan minum setelah batal puasa dengan sengaja. Hm dah la sengaja batalkan puasa, pastu nak tunjuk-tunjuk kat org yang dia da xpuasa. xbolehla macam tu.
  2. Makan sahur di tengah malam bukan di penghujung malam. Selalunya orang malas nk bangun pagi-pagi, so dia makanlah sahur sebelum tido.
  3. Bersahur (makan dan minum) tanpa beribadat kepada ALLAH. Ambillah peluang ini untuk beribadat dan merasai kemanisan Qiamullai yang berada dalam bulan Ramadhan.
  4. Solat withir selepas solat terawih. Solat withir adalah penghabisan solat sebelum bermulanya Subuh yang baru. Jadi untuk menyahut seruan Qiamullai di bulan yang mulia ini, kita seharusnya solat withir setelah selesai Qiamullai.
  5. Tidak melaksanakan solat apabila berpuasa. Hm rugi je dia puasa tapi x solat. Umpama makan tak kenyang-kenyang.
  6. Tidak melalukan solat subuh secara berjemaah. Berjemaah tu kan lebih banyak pahalanya daripada solat bersendirian, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan. Kalau dah sahur secara berjemaah, kan elok solat pun berjemaah.
  7. Niat ke masjid atau surau hanya untuk memeriahkan keadaan bukan untuk beribadat kepada ALLAH. Seronok tengok ramai orang kat masjid, tapi niat kita kena betul...
  8. Beralasan & tidak produktif semasa siang hari. Penat puasa sampai dah tak larat nak buat keje-keje harian. Haisyh, tak bolehlah macam tu..
  9. Memperbanyakkan tidur di siang hari. Walaupun ada hadis menyatakan tidur itu ibadat, tapi ia adalah hadis yang dhaif (lemah). Lagi pun, kalau tidur banyak-banyak, lagi memenatkan badan.
  10. Menjadikan imsak sebagai lampu merah untuk bersahur. Sepatutnya, kita perlu berhenti bersahur sebelum waktu imsak, bukan time dah imsak berhenti.
  11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid atau di surau dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Ramai wanita yang tak sedar bahawa kain telekung mereka jarang dan menampakkan tubuh badan. Kalau berpakaian yang seksi dan tidak menutup aurat tapi pakai telekung, sama je macam tak pakai telekung.
  12. Berpuasa dengan duit yang haram. Dalam keadaan puasa, kita seharusnya berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas besar, dosa-dosa dan harta yang haram. Jadi kalau ada harta yang haram, seelok-eloknya bertaubat dan tidak melakukannya lagi. Tambahan, sebelum masuknya bulan Ramadhan, kita seharusnya meminta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan lebih afdhal daripada meminta maaf apabila masuknya bulan Syawal.
  13. Tidak berdoa sewaktu berpuasa. Antara doa yang dimakbulkan oleh ALLAH ialah doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. Jadi banyak-banyakkanlah berdoa kerana ia adalah senjata umat Islam.
  14. Kurang membaca Al-Quran & menghabiskan waktu dengan perkara-perkara yang lagha. Pada bulan Ramadhan inilah kita seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar pahala dan amal ibadah umpama kita hanya ada waktu keemasan ini sahaja.
Dengan pendedahan ini, harap-harapnya baki Ramadhan kali ini dapat diperbaiki agar ibadah puasa kita diterima oleh ALLAH. Owh jangan lupa, malam Lailatul Qadr. Sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi malam-malam terakhir di bulan Ramadhan dengan amal ibadah untuk menggantikan semula dosa-dosa yang pernah kita lakukan dulu.

Wallahu 'alam...