Saturday, August 29, 2009

Think

Masih adakah matahari esok
untuk ku nantikan?
Subuh selalu hadir
dengan selubung harapan...
Itulah aku,
hanya membilang jumlah matahari,
satu demi satu...
Projek bio - Thesis?! Grrr.
Doakan saya dapat 4 flat sem ni..

Wednesday, August 26, 2009

Tribute to My Sis



For My Sis,
you left us here
for your future
be good, girl
take a good care
Always remember ALLAH
Never left HIM aside
pray for your success
miss our parent
think about our family
make us proud
with flying color
we'll waiting for you
in the next 4 years
Happy Fasting Sis!
miss you on Syawal...

ilysm n imysm...='(

Diri, apa khabar iman?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
[Surah As Saff: Ayat 2,3]

Kalau tuhan,kita kenali,kasih sayang dan perananNya,
Kalau tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaanNya,
Kalo tuhan kita rasakan,betapa dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sangggup mati keranaNya,
kita akan sanggup berkorban apa saja kerananya,


Kalau tuhan dikenali
Cintailah Tuhan ,dia adalah segalanya,
korbankanla apa sahaja kerananya,

Cintakan Tuhan,cinta paling mahal,
cintakan selain Tuhan cinta murahan..


Kalau Tuhan kita kenali,dialah segala2nye,
Kalau Tuhan kita fahami,

Dialah pengurus seluruh keperluan kita,
Kalaulah kita faham,tuhan ini siapa sebenarnya,
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
Kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya

Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya,
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya.

Kalau Tuhan dikenali...
Cintailah tuhan dia adalah segalanya,
korbankanla ape sahaja keranaNya,

Cintakan tuhan,cinta yg abadi,cintakan selain tuhan cinta murahan

Pernahkah kita tanya pada diri kita tentang kesihatan iman? Sejauh mana peningkatan suhu dan darjat keimanan kita? Adakah kita sedar tentang keperluan iman? Adakah kita menjaga iman bagai menatang minyak yang penuh?
Iman tidak akan sihat tanpa makanan rohani, iman tidak akan sihat tanpa penambahan khasiat ibadah setiap hari, iman tidak akan sihat tanpa riadah hati. Iman sentiasa menunggu kita untuk disembuhkan dengan ta[ubat] nasuha.
Fikirkanlah kebajikan iman agar iman tidak lari dari kita. Jagalah kebajikan iman agar kita tidak jauh dariNya, jagalah kebajikan iman agar iman sentiasa menemani disamping kita, jagalah kebajikan iman agar diri terbela...

Aiman xkesah!

Friday, August 21, 2009

Notes


SELAMAT BERPUASA SAHABAT!
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA
TERUSKAN PERJUANGAN...

Kata Mutiara
Semoga RAMADHANmu sempurna, hakikatnya seharum cendana, iktikadnya seagung singgahsana, makrifatnya seanggun kencana..lembaranmu bermakna..diiringi ikhlas, dilindungi ihsan, dipayungi insaf..ampunilah dan minta diampuni..salam wangi suci almubarak...selamat beribadah di bulan Ramadhan Kareem..

Pantun
Azan subuh merentas sempadan,
Fajar mulia syahdu dihati,
Selamat beribadah di bulan Ramadhan,
Moga amalan kita diberkati.

Puisi
Marhaban ya Ramadhan...

Nafas menjadi tasbih,
Tidur menjadi ibadah,
Amal diterima dan doa dijabah,
Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salahberucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan segala kekhilafan yang ada.

.::RAMADHAN KAREEM::.

Salam Kemerdekaan

MERDEKA!!!

Saya Anak Malaysia

MERDEKAKAH KITA


Lima dekad yang lalu

Lantang suara pejuang negara
menyusun sintaksis demi satu anugerah
bukan tempik, tapi tuntut
bersandar pada maruah bangsa
berpaksi pada kecintaan tanah tumpah
merdeka kita dambakan.

Lima dekad merangkak pergi
para pimpinan datang dan pergi

menitis jasa, mengalirkan bakti
nikmat mega kita kecapi
cahaya kemajuan terus dicari
moga terpancar ke segenap negeri.

Lima dekad berlalu pergi
tunas harapan masih tercari-cari
terus leka dan terpinga-pinga tidak mengerti
merakus nikmat yang bukan abadi
membina kealpaan tanpa disedari
mencalar dan memamah jati diri.

Salahkan kita merdeka?
Merdekakah kita?

RAMLIE YAACOB
Jengka, Pahang.
MERDEKA!!!
dah masuk hari ke 21 bulan kemerdekaan. tapi xde pape pun yang istimewa.
selalu ada lagu-lagu patriotik la, FESKEM la, dll.
maybe sbb merdeka dalam bulan Ramadhan dan dorg sibuk nak membanteras H1N1.
pape pun merdeka tetap di dalam hati, mensyukuri nikmat iman & aman.

Program MPP dalam bulan Ramadhan

SENYUMAN PALESTIN
29 OGOS 2009; DSG; 8.00 PAGI
CERAMAH, PAMERAN & **DEMONSTRASI MEMBAKAR BENDERA ISRAEL & USA

*Kesinambungan daripada program semester lepas
*Menyambung perjuangan EAC dalam program tayangan Gerakan Freemanson

SOLAT HAJAT & AMBANG MERDEKA
30 OGOS 2009; UWAIS AL-QARNI & DATARAN INTERLEK; 8.30 MALAM
SOLAT TERAWIH & SOLAT HAJAT KEMERDEKAAN, MOREH KEMERDEKAAN, PERARAKAN KEMERDEKAAN (MENGIKUT PROGRAM), BERSAMA TOKOH KEMERDEKAAN, LAUNGAN MERDEKA, SAJAK & PUISI KEMERDEKAAN

*Kesinambungan daripada program Senyuman Palestin dengan mensyukuri nikmat aman kemerdekaan yang telah kita peroleh selama 52 tahun

MERDEKA (3x)!!!

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!
**sebarang perubahan akan dipinda

Monday, August 17, 2009

Jawabkan boleh?

10 Soalan yang sukar kot untuk dijawab.

Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?

*Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya*

Fikir-fikirkanlah. Saya bukan saje-saje nak memberi persoalan. Tetapi, saya nak sahabat2 berfikir dan mendahulukan perkara yang lebih penting daripada berfikir perkara yang kurang penting. Selain, untuk menguji sejauh mana kepekaan sahabat2 dalam isu-isu semasa sekarang. Adakah sahabat2 berfikir dalam ruang lingkup negara kita sahaja atau secara global? Adakah sahabat2 berfikir tentang diri sendiri sahaja atau mengambilkira tentang orang di sekeliling? Adakah sahabat2 berfikir tentang perkara-perkara yang remeh temeh sahaja atau perkara utama dan yang membimbangkan? Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri dalam percubaan untuk berubah diri menjadi yang lebih baik, peka & prihatin.

Wallahu'alam..

Ramadhan Kehadiranmu Dirindui...



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah berfirman: Semua amalan anak cucu Adam untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku, dan Aku akan membalasi puasanya itu; Puasa adalah benteng (penghalang melakukan dosa); Oleh itu jika kamu berpuasa maka janganlah mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan berahi, janganlah menjerit, janganlah memperbodoh orang lain; Jika kamu dicaci atau diajak berkelahi maka katakanlah: Sesungguhnya aku sedang berpuasa - sebanyak dua kali. Demi diriku di Tangan-Nya: Sesungguhnya air liur orang yang berpuasa di sisi Allah pada Hari Kiamat adalah lebih harum daripada bau kasturi. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Jika dia berbuka, dia bergembira dengan bukaannya, jika dia menemui Allah kelak maka dia akan bergembira dengan puasanya."
( HR Muslim, Ahmad dan Al-Nasaai )


Permulaan Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Jadi umat Islam sangat digalakkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan untuk mendekatkan dirinya dengan Allah 'Azza Wa Jalla. Di antara kelebihan membaca Al-Quran ialah ia akan memberi syafaat pada hari kiamat bagi orang yang membacanya. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bacalah Al-Quran, kerana la akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at (pertolongan) kepada pembacanya."
( H.R. Muslim dari Abi Umamah )


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan. InsyaAllah..


Jangan lupa untuk melakukan juga amalan sunat seperti:
QIAMULLAIL
MELAMBAT-LAMBATKAN SAHUR
MENYEGERAKAN BERBUKA
MEMBACA AL-QURAN (TADARUS)
SOLAT TERAWIH BERJEMAAH
BERSEDEKAH
MENGIMARAHKAN MASJID & SURAU
BERSABAR & BERLAPANG DADA

Wallahu'alam..

Sunday, August 16, 2009

Jika Aku Jatuh Hati..


"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
[Surah An Nur : 26]

Kita bagaimana? Kita tergolong di golongan yang mana?
perempuan yang baik?
perempuan yang jahat?
lelaki yang baik?
lelaki yang jahat?
Oleh itu,
sama-samalah kita perbaiki diri dahulu sebelum menyenaraikan ciri-ciri idaman pasangan kita,
agar kita mendapat pasangan yang sama baik & sama padan dengan kita...

Wallahu'alam.

Wednesday, August 12, 2009

Saya Jatuh ♥ & Rindu

DNA - Dengan Nama ALLAH

Salam buat semua. Hm, saya sebenarnya ingin meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati ini secara terbuka. Saya rasa tak salah kalau saya memberitahunya kerana perasaan ini adalah fitrah manusia.
"Ya Allah, jika benar perasaan ini hadir dalam diriku, izinkan diri ini merungkainya dengan cara yang benar disisiMu dan hanya keranaMu, Ya Rabbana."

Saya jatuh ♥ & rindu pada pemilik alam semesta ini. Lama rasanya saya tidak menikmati keindahan ciptaanNya. Dulu, saya selalu ingin "mendekatiNya". Orang kata, Dia ada di atas (simbolik). Saya berusaha untuk "mendekatiNya" dengan...








*Kat dalam hutan & atas bumbung Kompleks

Saya jatuh ♥ & rindu untuk melafazkan selawat ke atas Baginda. Baginda adalah Qudwah Hasanah saya! =D Saya kagum dengan semangat perjuangan yang ada pada diri Baginda. Saya benar-benar rindu untuk melawat Baginda.

*Di dalam kubah Hijau itulah, Baginda dimakamkan

Saya jatuh ♥ & rindu pada kedua ibu bapa saya yang melahirkan, menjaga dan mendidik saya sehingga saat ini. Lama da tak balik umah jumpa dorang. Terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah & wang ringgit yang dibelanjakan oleh mak & bapak selama ain berada di muka bumi Allah ini. Jasa mak & bapak tidak dapat ain balas dengan kata-kata.

*Pasangan bahagia XD

Saya jatuh ♥ & rindu pada adik beradik, kaum keluarga, dan sanak saudara. Tak sabar nak tunggu raya, boleh jumpa semua. One big happy family at home..


*Kami Adik Beradik!

*Keluarga sebelah ayah (13 orang cucu)

*Keluarga sebelah mak

Saya jatuh ♥ & rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan saya di EAC. Semoga kita semua thabat dalam perjuangan menuju redha Allah. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada...

*Rindunya...MyEm0.Com


Saya jatuh ♥ & rindu pada kakak-kakak angkat saya. Memandangkan saya anak sulung, so saya hanya mampu menumpang kasih sayang kakak-kakak ini. Sebenarnya kalau nak diikutkan, semua yang berumur lebih tua dari saya, adalah kakak saya. Hm dia yang paling best untuk hang out bersama..

*Kak Ngah & Kak Lah ♥

Saya jatuh ♥ & rindu pada kenalan saya di kompleks. Kami kenal time JCC, OC & JPK. Tak tahulah macam mane boleh rapat cam sekarang. Yang pasti, mereka kawan saya!









*Fatin, Ain Salim, Fatimah & Wa

Saya jatuh ♥ & rindu pada ex-roomate saya. Selama 2 tahun di Jengka, saya baru 2 kali tukar bilik. Jadi, lama kitorang bersama. Tetapi akhirnya saya terpaksa memisahkan diri setelah memegang jawatan dalam MPP.








*Sarah, Miza, Farhana & Rasyidah

Dan ramai lagi sehingga tidak dapat untuk disenaraikan di sini. Namun, korang semua tetap ada di hati saya. Semoga ♥ & rindu saya pada korang semua bersandarkan kepada paksi akidah yang kukuh atas nama Islam..

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."

Saya sayang semua..MyEm0.Com

Saturday, August 8, 2009

RASULULLAH S.A.W SEORANG PEMIMPIN YANG BERSTRATEGI

Apabila diamati dan dianalisis sirah Rasulullah s.a.w, kita akan mendapati bahawa baginda s.a.w merupakan seorang pemimpin yang telah menyusun strategi yang kemas dan mantap bagi memastikan Islam menjadi sebuah agama yang unggul dan agung. Antara strategi-strategi yang telah dipraktikkan oleh baginda adalah:

Strategi 1: Melakukan dakwah secara rahsia
Pada peringkat awal penyebaran agama Islam, dakwah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w secara rahsia. Strategi bagi menyebarkan agama yang suci ini adalah dengan menyampaikannya terlebih dahulu kepada orang paling rapat dengan baginda, kaum keluarga serta teman-teman baginda. Mereka ini menganut agama Islam secara rahsia. Kaedah yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w adalah dengan mengumpulkan mereka serta membimbing ke arah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Antara orang terawal yang memeluk Islam adalah Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan seorang lelaki yang mesra, disenangi, mudah untuk berbicara, berakhlak mulia dan selalu melakukan kebajikan.

Strategi 2: Sistem dakwah dan pendidikan yang berpusat
Di samping itu juga, proses dakwah ini juga dilaksanakan secara berpusat. Perkara ini adalah jelas sekali apabila kita melihat Nabi Muhammad s.a.w menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi sebagai pusat dakwahnya dan tempat orang-orang Islam berkumpul. Pusat ini bukan sahaja sebagai pusat dakwah, bahkan juga ianya dijadikan sebagai satu pusat untuk mendidik, memberi kefahaman, memantapkan iman dan membawa manusia keluar dari lorong kegelapan ke arah lorong yang diterangi sinar cahaya.


Strategi 3: Menyemai benih ihsan di dalam hati para sahabat
Selain itu juga, antara strategi yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan menyemaikan benih ihsan di dalam hati para sahabat. Konsep ihsan yang ditekankan oleh Rasulullah adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah s.w.t dan yakin bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dilakukan oleh hamba-hambanya. Penerapan konsep ihsan ke dalam jiwa para sahabat ini telah melahirkan insan yang:
1- Ikhlas dalam setiap amalan dan tindakan.
2- Bersikap amanah terhadap tugas yang diberikan.
3- Menyakini bahawa Allah sentiasa mengawasinya.
4- Sentiasa bersungguh-sungguh dan jujur dalam setiap keadaan.


Strategi 4: Membentuk golongan pelapis yang berjiwa kental
Strategi seterusnya yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan membentuk golongan pelapis berjiwa kental dan berwibawa bagi menjamin kesinambungan perjuangan Islam. Antara anak muda yang terlibat dengan proses penyebaran agama Islam adalah Saidina Ali r.a. Kekentalan peribadi anak muda ini dapat kita lihat apabila beliau sanggup untuk tidur di atas katil Rasulullah s.aw ketika penjenayah-penjenayah besar Quraish telah melakukan persiapan untuk membunuh baginda s.a.w. Di saat-saat genting tersebut, baginda s.a.w telah berkata kepada Saidina Ali: ”Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut a-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.” Tanpa membantah, Saidina Ali melaksanakan misi tersebut dengan jayanya. Di sini kita dapat melihat bahawa penglibatan golongan muda dalam aktiviti dakwah adalah penting bagi memastikan kegemilangan dan kecemerlangan dakwah.


Strategi 5: Membentuk satu jemaah yang berstruktur dan berpasukan
Kekuatan Islam terletak kepada jemaah atau pasukan. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad s.a.w telah memperkuatkan dan membina satu pasukan yang kuat yang terdiri di kalangan para sahabat. Antara ciri-ciri pasukan yang dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah:
1- Menumpukan kepada matlamat jemaah atau pasukan iaitu untuk mengubah dunia dengan menegakkan Islam pada diri sendiri dan menyebarkannya seantero dunia.
2- Menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang.
3- Fokus pada menjayakan tugasan bersama, mengkordinasikan kerja dan menyumbangkan kemahiran tersendiri.
4- Merancang dan merangka misi dakwah secara bersama.

Selain itu juga, setelah bai’ah dilaksanakan, Rasulullah s.a.w telah menyusun dan memperkuatkan lagi jemaah atau pasukan dengan memilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib kepada kaumnya. Naqib atau istilah lainnya fasilitator (pemudahcara) bertanggungjawab sebagai seorang muallim, murabbi, dan mursyid kepada kaumnya.


Strategi 6: Membina perpaduan dan menyatukan umat
Sebaik sahaja tiba di Yathrib semasa peristiwa hijrah, Rasulullah s.a.w telah menyusun strategi untuk membina perpaduan di kalangan umat Islam. Baginda telah melancarkan satu sistem yang dikenali sebagai sistem muakhah (persaudaraan) dengan mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Umar al-Khattab dengan Zaid b. Harithah dan Abu Ubaidah b. Al-Jarrah dengan Saad b. Muaz.
Strategi yang dilakukan oleh baginda ini sebenarnya telah memberikan momentum yang kuat kepada sebuah negara baru pada masa tersebut. Hasilnya, Madinah menjadi sebuah yang kuat walaupun umat Islam terpaksa menghadapi ancaman dan sekatan daripada musuh di setiap penjuru.


Strategi 7: Memanfaatkan segala bentuk kepakaran

Setiap para sahabat mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Oleh itu Rasulullah s.a.w memanfaatkan dengan sebaik mungkin kepakaran mereka bagi menjayakan misi dakwah. Ketika di dalam peperangan khandaq, setelah mengadakan sidang majlis rundingan, Rasulullah s.a.w bersama para sahabat yang lain telah bersepakat untuk menerima idea, pengalaman dan kepakaran Salman al-Farisi r.a. Salman al-Farisi r.a telah mencadangkan agar mempertahankan kota Madinah dengan mengorek parit mengelilinginya. Maka selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengarahkan kepada setiap sepuluh orang lelaki supaya menggali parit seluas 40 hasta. Ketika itu juga, di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang Islam dengan cergasnya menggali parit. Rasulullah s.a.w mendorong semangat mereka dan turut serta menggali parit tersebut. Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w memanfaatkan segala bentuk kepakaran yang ada bagi mencapai kejayaan.

*dari http://mohdazrul.blogspot.com/