Friday, July 31, 2009

HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis

Tajuk : Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Pengarang : Maszlee Malik
Penerbit : PTS Millenia
ISBN : 978-983-3604-76-0
Mukasurat : 216 Halaman
Status Stok : ADA
Harga seunit : RM 13.90

Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin.

Asal Usul HAMAS
HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan pada Fatah seperti yang pernah didakwa. HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta oleh Likud bagi memporakperandakan masyarakat Palestin seperti yang difitnah oleh sesetengah yang lain.

Gerakan HAMAS merujuk pada perjuangan yang panjang. HAMAS menegaskan yang perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928. Penulis akan membawa pembaca melihat sejarah IM dan perjuangan Palestin serta bagaimana ia dapat berubah bentuk kepada HAMAS.

"Kami yakin, saudara-saudara seISLAM kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan ISLAM, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Dimanakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"

(Petikan Pesanan HAMAS buat umat ISLAM di Malaysia)

Saya mencadangkan anda semua untuk membaca buku ini untuk mendalami budaya politik yang betul dan contoh pemimpin (Qudwah Hasanah) yang tepat di zaman global ini. Ingat JIHAD pada ALLAH tidak semestinya berperang mengangkat senjata dan melakukan serangan berani mati. Dengan politik juga kita dapat membantu umat ISLAM dalam memartabatkan lagi maruah agama ISLAM itu sendiri. Jangan ISLAM atas nama semata-mata tanpa ada sedikit pergantungan dan penghambaan pada YANG ESA.


Wallahualam... ALLAHU AKHBAR!!

Penjelasan & Mohon Respon

Salam Muhibah & Perpaduan buat semua pembaca..

Tentu anda kebanyakkanya berada di rumah sekarang kerana banyak IPTA & IPTS yang ditutup atau dipercepatkan cuti pertengahan penggal gara-gara wabak H1N1. Sebagaimana di UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam, kami diberi cuti seminggu iaitu dari 25 Julai 2009 sehingga 2 Ogos 2009. Ramai yang terus pulang ke rumah setelah pekeliling ditampal. Sampaikan tiket tok balik kampung habis dengan cepat sekali. So, sape yang lambat tu, balik lambatla..


Dalam kegembiraan itu, sebenarnya ada perkara yang terselindung di mana ramai orang tidak tahu. Sebenarnya cuti seminggu ini adalah cuti yang ditarik dari cuti raya seminggu nanti. Jadi, kita pelajar UiTM hanya bercuti raya selama 3 hari sahaja untuk meraikan Hari Raya Puasa yang akan datang. Rugilah pada pelajar yang belajar di Sabah, Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia yang telah membeli tiket balik kampung selama seminggu.

Pada 27 Julai 2009, MPP UiTM Pahang & MPP UiTM Sarawak telah berbincang bersama-sama dengan wakil dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Pahang & UiTM Sarawak sewaktu kunjungan MPP UiTM Pahang ke UiTM Sarawak pada 25 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009 untuk memohon rayuan pada pihak pentadbiran UiTM masing-masing tok membenarkan pelajar bercuti raya selama seminggu dan menggantikan cuti yang ditarik itu pada cuti akhir semester. Di mana, minggu kuliah tetap berjalan selama 14 minggu dan final akan dianjakkan seminggu lewat tok menggantikan cuti raya yang dipohon selama seminggu.

Oleh itu, saya nak minta respon dari anda semua berkenaan pemohonan pemanjangan cuti raya ini. Adakah anda bersetuju dengan cadangan delegasi MPP ini atau ada cadangan lain yang ingin diutarakan. Jika ada, bolehlah hantarkan cadangan anda untuk diambilkira dan dibahaskan sebelum sebarang keputusan dimajukan ke pihak pentadbiran pada 10 Ogos 2009 (seminggu dari sekarang).

Selain itu, saya juga mendengar khabar berita mengenai terdapat borang H1N1 yang terdapat di laman web UiTM yang perlu diisi oleh setiap pelajar UiTM sewaktu pulang ke UiTM setelah seminggu bercuti penggal. Saya agak terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan mengenai borang tersebut dari pihak pentadbiran. Sejam kemudian, saya mendapat message dari sahabat saya mengatakan berita tersebut adalah palsu berdasarkan keterangan Dato' Timbalan Naib Canselor UiTM yang disebarkan oleh YDP MPP Shah Alam. Jadi, saya harap tidak timbul lagi pertanyaan tentang borang H1N1 ini.

Akhir kata, saya tinggalkan anda dengan beberapa maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan tuntutan pelaksanaan keputusan secara syura dan kepentingan bertanya sekiranya tidak tahu.


"... Sedang urusan mereka (diputuskan) secara syura antara mereka ..." (Surah Asy-Syuura; 38)


"... Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Nahl; 43)


Wallahualam.. ♥ ISLAM. ALLAHU AKHBAR!!!

Monday, July 20, 2009

PELAJAR MUSLIM (TERGOLONGKAH KITA??)

10 Ciri Pelajar Muslim (Al-Marhum Sheikh Mustafa Masyur)


Pertama

Penuntut Muslim hendaklah memastikan niatnya sentiasa betul dalam menuntut ilmu. Seorang pelajar Muslim tidak hanya menuntut ilmu semata-mata untuk mendapatkan sijil bagi memperoleh kerja, jawatan dan mampu menyara hidup. Sebaliknya pelajar hendaklah meletakkan niat belajar untuk memberi sumbangan kepada Islam.


Kedua

Membetulkan pandangan terhadap pelajaran iaitu bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat yang memenuhi otak bagi menghadapi peperiksaan tetapi yang dikehendaki adalah menyediakan keperibadian terpelajar. Peribadi ini akhirnya boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia sejagat di samping memahami hubungan bidang yang dipelajari dengan kehidupan. Pendek kata, pendidikan akhlak adalah lebih utama dalam ajaran Islam.


Ketiga

Pandai memilih kawan dan bahan-bahan bacaan yang akhirnya membantunya menjauhi maksiat dan dosa.


Keempat

Mengatur masa dengan baik dalam semua aspek termasuk belajar, mengulangkaji, tidur, beriadah dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan. Ringkasannya, tidak menggunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.


Kelima

Membiasakan diri dengan kebersihan yang dimulakan dengan pembersihan dalaman iaitu perbersihan hati dari dendam, hasad, pemarah, takbur, terpedaya dan setiap perasaan yang dimurkai ALLAH swt.


Keenam

Berusaha menguasai bidang pelajaran dan mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Hal ini dituntut bagi menggembirakan hati ibu bapa di samping mengelakkan fitnah kepada pelajar Muslim.


Ketujuh

Menggilap bakat dan potensi diri dalam perkara yang boleh memberi faedah kepada usaha-usaha pengembangan.


Kelapan

Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan ALLAH dari godaan syaitan.


Kesembilan

Memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masanya adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi.


Kesepuluh

Hendaklah menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam termasuk dalam berpakaian, perhiasan dan pergaulan. Hendaklah menyuburkan adab pemalu, bijak memilih kawan perempuan serta memahami masalah agama terutamanya berkaitan hal kewanitaan Muslimah. Juga melaksanakan peranan sebagai pendakwah kepada kawan-kawan sejenisnya.


Tuesday, July 7, 2009

Program MPP UiTM Pahang

Program Keindahan Bersama Mahasiswa [PKBM]

11 Julai 2009

*wajib pada semua pelajar bahagian 1


Bengkel Aktiviti Pelajar

11 Julai 2009

*wajib pada semua MT kelab dan persatuan untuk menetapkan tarikh aktiviti masing-masing


Hari Organisasi Mahasiswa [HOMSIS]

21 & 22 Julai 2009

*sama macam HARKEP cume tukar nama je


Jom Konvoi

1 & 2 Ogos 2009

*lawatan sambil khidmat masyarakat di Kuantan (terbuka kepada sesiapa yang berminat)


p/s : sebarang perubahan akan di updatekan..

pertambahan aktiviti dari masa ke semasa. Harap Maklum! =]

Monday, July 6, 2009

Jom Rempit ke Masjid!!


Salam Muhibah, Salam Perpaduan..

Terkejut sebenarnya tengok gambar ni. Tapi gambar ni bagus. Ada pengajaran yang ingin disampaikan. Jadi kepada semua yang suka merempit tu, eloklah ikut. Yang ini baik, tak de salahnya, takkan dapat dosa malahan dapat pahala lagi. Kepada pemuda-pemuda @ lebih luas, golongan kaum Adam ini, lebih baik pergi ke masjid untuk menunaikan solat 5 waktu. Ganjarannya tinggi kerana solat berjemaah, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Malah dalam Hadis ada menyebut,

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Shalat berjamaah itu lebih utama daripada shalat sendirian dengan 27 darjat. (HR Muslim 650, 249)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Shalat berjamaah itu lebih utama dari shalat sendirian dengan 27 darjat. (HR Muslim 650, 249)

Dari Abi Musa ra berkata bahawa Rasulullah SAw bersabda, `Sesungguhnya orang yang mendapatkan ganjaran paling besar adalah orang yang paling jauh berjalannya. Orang yang menunggu shalat jamaah bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang shalat sendirian kemudian tidur. (lihat Fathul Bari jilid 2 halaman 278)

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAw bersaba, `Siapa yang mendengar azan tapi tidak mendatanginya, maka tidak ada lagi shalat untuknya, kecuali kerana ada uzur.(HR Ibnu Majah793, Ad-Daruquthuny 1/420, Ibnu Hibban 2064 dan Al-Hakim 1/245)

Dari Abi Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki yang buta dan berkata, “Ya Rasulullah, tidak ada orang yang membawaku ke masjid. Rasulullah SAW berkata untuk memberikan keringanan untuknya. Ketika sudah berlalu, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, `Apakah kamu dengar azan shalat?`. `Ya`, jawabnya. `Datangilah`, kata Rasulullah SAW. (HR Muslim 1/452).

Jadi saya menyeru kepada pelajar UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam terutamanya pelajar baru, rajin-rajinlah ke Uwais Al-Qarni untuk menunaikan solat. Bukan jauh sangat pun. Jalan kaki sikit je dah sampai, lagi-lagi pelajar siswa dan pelajar di kolej siswi. Berjalan selangkah ke masjid pun dah boleh dapat pahala. Takkan ganjaran semudah itu pun kita nak lepaskan, betul x??



* SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR BARU DAN LAMA KE UITM PAHANG KAMPUS KHAZANAH ALAM BUAT KESEKIAN KALINYA*

Hanya KepadaMu Aku Menyerah

Ya Hayyum Ya Qayyum

Subhanallah, Alhamdulillah, Astagfirullah, Allahu Akhbar

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Kuasa

Ya Allah,

Kau tenangkanlah hati ini,

Janganlah Engkau bolak balikkan ia setelah Engkau beri hidayah,

Sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini,

Melainkan Nur imanMu...

Ya Allah,

Bantulah aku yang sentiasa mengingatiMu,

Bantulah aku yang sentiasa mensyukuriMu,

Bantulah aku untuk perbaiki amalanku,

Pimpinlah diri yang lemah ini,

Serta bantulah aku untuk menanam keyakinan pada diri ini,

Aku sentiasa menjadikan Engkau sebagai pelindung dan wali bagiku,

Setiap masa di setiap keadaan,

Agar diri terpimpin untuk mencari redhaMu,

Bagi setiap perkara yang kulakukan,

Dalam kehidupan yang sementara ini...

Ya Allah,

Tempatkanlah aku bersama hamba-hambaMu yang taat,

Peliharakanlah hati ini agar sentiasa tenang dalam apa jua keadaan,

Jauhkanlah aku dari tergolong dalam golongan orang-orang yang berputus asa,

Jadikanlah aku hambaMu yang syukur lagi redha

PadaMu aku berserah, padaMu aku berharap,

Tuhan Yang Menciptaku menentukan setiap sesuatu,

Aku percaya setiap sesuatu pasti tiada yang sia-sia,

Semua akan ada hikmahnya,

Sesungguhnya kepadaMu kembalinya segala urusan,

Dan sesungguhnya kepadaMu jua lah

tempat aku akan kembali,

Ya Hayyum Ya Qayyum